Sabtu, 18 Ogos 2007

Pensyarah?

Today i went to a friend's house (a kakak) for lunch. Hari ni kakak tu jemput kami yg pompuan bujang2 aje utk lunch kat rumah dia.. bersempena dgn one of my friends (kakak juga) yang akan balik ek Malaysia hujung bulan ni kerana dah abis pengajian. Jeles lak plak Mel bila dengar org dah nak balik Msia, dah submit thesis.. dan abis oral exam.. aduss.. time mel lambat lagi. Separuh jalan pun belum ikutkan.. masih terhegeh2. Yang kelakar nyer, org yg nak diraikan boleh lupa ada jemputan makan hari ni, yg kuat2 makan cam Mel awal2 lagi dah dtg. So, terpaksalah menunggu sehingga dia dtg. Sabar je. Mujur lah tuan rumah cakap.. makan la dulu.. hehe..jadi tak de tension menunggu dengan kelaparan.

Anyway, since bercakap pasal habis study, biasanya kawan2 Mel yg abis study ni akan balik ke Msia.. dan biasanya diorg (termasuk Mel dedulu) disponsor oleh universiti2 kat Msia. So, balik2akan jadi pensyarah di universiti mana2 la. As for myself, dulu mmg sama macam org lain.. under government sponsor, tp after Mel terpaksa suspend study for lebih 7 bulan (sbb sakit), Mel sambung dengan perbelanjaan sediri. Nak cerita detail what happen.. complicated sgt. But skrg ni Mel terpaksa tanggung sendiri segala expenses kehidupan & study.. which is buat masa ni alhamdulillah masih termampu tanpa menyusahkan keluarga Mel.

So, berlainan dgn kawan2 yg lain yg surely balik ke Msia utk berkhidmat sbg pensyarah, Mel myself berada in a flexible position. Depends la.. hajat hati nak bekerja di sini, tp.. wait n c laa.. . Kalau Mel under government sponsored dulu mmg sah kena balik. Actually bukan apa, malam ni tetiba teringat ada seseorg pernah cakap pada Mel... a few weeks back... katanya.. dia tak boleh meneruskan ukhwah dgn Mel kerana mahu menjaga kedudukan beliau sebg isteri pensyarah... hmm... Bila mel fikir2 balik.. bukankah Mel yg sepatutnya berkata... "Aku tak boleh kawan dgn org itu atau org ini... sbb aku telah hampir bertaraf pensyarah??" Tapi rasanya Mel bukan org yg macam tu..insya allah. Bagi Mel.. mel kawan dgn semua org... tak kisah siapa pun... abg2 ke.. kakak2 ke.. adik2 ke.. as long as tidak melepasi batas2 yang sepatutnya.. Yang penting Mel suka berkongsi pengalaman tak kira dgn sesiapa saja..

Terkilan juga sebenarnya bila alasan sedemikian diberikan. Kalau dikira kedudukan sbg pensyarah.. rasanya Mel ni mmg hidup di dalam lingkungan masyarakat academician sepanjang hidup Mel. Ibu Mel bekas seorg pensyarah... hmm.. dan rasanya Mel tahu batas dan adab utk menjaga kedudukan soerang ibu yg bergelar pensyarah.. which Mel rasa ibu Mel tak pernah mengagungkan taraf dia yg bergelar pensyarah. Rasanya ibu Mel adalah the most humblest person dan tak pernah sekali dia membezakan diri dia dan org lain. Sesungguhnya Mel kagum dgn my mum, berkawan dgn semua org, sehinggakan kdg2 org lain tak tau yg ibu Mel bekas sorg pensyarah universiti.. and I wish that would be able to follow her foot-step dan terutamanya dgn tidak memandang rendah terhadap org lain....



Mel~~
Rindunya kat mama....

Khamis, 16 Ogos 2007

Dugaan buat insan...

Salam untuk semua..

Seperti biasa pagi-pagi begini rutin mel apabila sampai ke pejabat seperti hari2 bekerja biasa… bukak komputer Mac Mel yg tak pernah Mel switch off. Sambil menunggu laptop Mel dibuka, biasanya Mela akan check email terutama email kerja. Kalau tiada email yg perlu di respon, sambil2 minum pagi, Mel akan browse internet.. baca blog orang lain.. sambil mengunyah apa2 yang patut.

Selain dari membaca blog kawan2 Mel, satu aktiviti Mel adalah berkunjung ke blog faizal dan baca blog org lain yg ada link dari blog faizal tu. Hmmm… salah satu blog yg mel suka baca adalah blog Kassim Selamat (http://kasim8888.blogspot.com). Bagi Mel.. bila mel baca blog ni sedikit sebanyak keinsafan menular dlm diri… sebabnya blog ni menceritakan bagaimana pengalaman seorg insan yg dilahirkan sempurna, hidup senang & berkeluarga.. akhirnya ditimpa sakit yg menjadikan beliau seorg yg kurang upaya.. bergantung kepada isteri dan anak2 untuk kehidupan seharian. Sebenarnya secara tidak sengaja Mel jadi addicted membaca kisah beliau… tak pernah lupa untuk meninjau..membaca pengalaman… kadang2 sedih..kadang2 lucu..

Pagi2 ni.. bila masuk ke pejabat.. tengok2 ada posting terbaru kat blog En. Kassim… hmm.. tajuknya.. Suratan Hidup.. Selamat Tinggal… bila Mel baca terus berlinang airmata Mel.. terasa amat sedih.. walaupun ringkas tulisannya.. cuma menyatakan beliau tidak akan update blog lagi… kerana sudah kehabisan cerita untuk dikongsi bersama.. hmm… ada getar dihati Mel.. terasa macam ada kehilangan.. tak tahu mengapa.. walaupun sememangnya Mel seorg yg sensitive tapi sukar juga bagi mel bersedih bg org yg Mel tidak kenali… tapi kali ni.. terasa kesedihan yg menular dlm diri…

Walau apapun… dari kejauhan ini Mel ingin mendoakan semoga insan itu terus tabah mengharungi dugaan dari Allah dan semoga setiap penderitaan yg dilalui akan berlalu.. insya allah.. Juga ingin Mel nyatakan kekaguman Mel terhadap isteri En. Kassim yang tidak jemu2 menjadi jururawat suaminya.. terdetik dihati mel, kalau mel berada ditempat dia… mampukah mel berbuat sedemikian?? Apa2 pun, Mel berdoa semoga dikurniakan hati semulia hati isterinya.. kagum mel dgn ketabahan & keikhlasan hatinya…


Hmm…. tiba2 keinsafan dtg…. Kita tak tahu apa yg akan kita tempuhi dimasa akan dtg, namun dipanjatkan doa semoga apa2 jua dugaan yg bakal ditempuhi mampu kita hadapi dgn sebaik mungkin.... walaupun diri Mel sendiri pernah menghadapi dugaan kesakitan & kehilangan dan waktu itu Mel rasa seperti sudah berat sgt tanggungan yg Mel hadapi.. tapi sebenarnya ada insan yg lebih berat dugaannya dari apa yg pernah Mel alami...

Teringat kata2 Faizal pada Mel tak lama dulu… DIA takkan bagi kita dugaan yg kita tak mampu hadapi... hmm.. benarkan...


Mel~~
bersyukur dgn apa yg ada... insya allah

Sayu jer dengar lagu nie...

Broery Marantika - Selamat Tinggal (Pamit)

Ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi..

Selasa, 7 Ogos 2007

Benda dah nak jadi....

Hari ni kereta Mel accident. Inilah first time Mel terlibat dgn accident since bertahun-tahun dah Mel bawak kereta. Accident tu berlaku petang tadi, dlm pukul 4 lebih waktu NZ. Mel dlm perjalanan nak ke rumah kawan Mel. Entah macam mana kat satu tempat tu ada sebijik van yg di parking di tepi jalan (di kawasan yg tak boleh parking).. tetiba aje keluar mengejut. Hmm.. walaupun Mel tak laju..tapi berdentum jugaklah bunyinya. Rasanya Mel pun tak sempat nak tekan brek.. terus redah aje. So, akibatnya.. kemek & remuklah bahagaian depan dan tepi sebelah kanan kereta kesayangan ku... hu hu... Sedih tidak terkira dibuatnya.

Sebenarnya, walaupun Mel tak apa2 akibat accident tu, tapi terkejutnya mmg tak dpt dipertikaikan lagi. Memang menggigil dibuatnya terkejut accident tu. Lepas accident, cam tak tau nak buat apa, blank kejab kepala.. nak park kereta kat mana pun tak boleh nak fikir masa tu. Sampai 3-4 jam barulah ok sket trauma akibat accident tu. Tak tau ler kalau jadi apa2 kat mel masa accident tu..hmm.. agaknya lagi trauma kot.

Anywa, just nak share satu experience yg sukar rasanya nak dpt disebabkan accident ni. Semasa Mel dlm keadaan terketar2 dan blank tak tau nak buat apa... Mel gi park kereta kat satu tmpt yg agak jauh. Si pemandu van yg kluar tak tengok kiri kanan tu dtg dan bincang dgn Mel apa nak buat. Tetiba dtg seorang pakcikmat saleh, entah dari mana munculnya, bagi sekeping kertas kat Mel.. dan cakap.. if anything please call me. Mel pun tanya dia.. for what? Dia cakap, i saw everything that happened, and if you need my help, i'm willing to give evidence that it was not your fault. Mel macam speechless masa tu. Bila mel tengok kertas tu, ada nama dia, no phone rumah & address. Dlm keadaan Mel yg kelam-kabut.. menggigil.. takut.. masa tu.. yg mampu mel cakap kat pakcik tu... Thank you very much...

Hmm..Mel just terfikir, kalau diri mel sendiri ada di tempat pakcik tu, mel mungkin akan biarkan, dan tak nak ambik tahu sebab nanti akan menyusahkan mel dgn prosedur2 yg akan terlibat dlm keadaan yg cam tu. Bila mel fikirkan balik.. hmm.. baik betul pakcik nie.. walaupun dia tak kenal mel.. dah ler pompuan muslim bertudung.. dia boleh just ignore and terus with whatever he was going to do at that time. Tapi bila dia bg particulars ttgh diri dia tanpa di minta.. menunjukkan ikhlasan seseorang walapun lain bangsa, budaya dan cara hidup. Bukan nak pandang negatif pada bangsa kita sendiri, tp... rasanya ada kebenaran kalau dikatakan org melayu kurang peka terhadap apa yg berlaku disekeling.


Hmm.. mata mel dah ngantuk.. kepala dah berat... esok kena naik bas gi school...hu hu.. padan muka mel.. Catch u all later.. nye..



Mel~~
Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...
Tak perlu bersedih.. patah tumbung, hilang kan berganti...