Selasa, 7 Ogos 2007

Benda dah nak jadi....

Hari ni kereta Mel accident. Inilah first time Mel terlibat dgn accident since bertahun-tahun dah Mel bawak kereta. Accident tu berlaku petang tadi, dlm pukul 4 lebih waktu NZ. Mel dlm perjalanan nak ke rumah kawan Mel. Entah macam mana kat satu tempat tu ada sebijik van yg di parking di tepi jalan (di kawasan yg tak boleh parking).. tetiba aje keluar mengejut. Hmm.. walaupun Mel tak laju..tapi berdentum jugaklah bunyinya. Rasanya Mel pun tak sempat nak tekan brek.. terus redah aje. So, akibatnya.. kemek & remuklah bahagaian depan dan tepi sebelah kanan kereta kesayangan ku... hu hu... Sedih tidak terkira dibuatnya.

Sebenarnya, walaupun Mel tak apa2 akibat accident tu, tapi terkejutnya mmg tak dpt dipertikaikan lagi. Memang menggigil dibuatnya terkejut accident tu. Lepas accident, cam tak tau nak buat apa, blank kejab kepala.. nak park kereta kat mana pun tak boleh nak fikir masa tu. Sampai 3-4 jam barulah ok sket trauma akibat accident tu. Tak tau ler kalau jadi apa2 kat mel masa accident tu..hmm.. agaknya lagi trauma kot.

Anywa, just nak share satu experience yg sukar rasanya nak dpt disebabkan accident ni. Semasa Mel dlm keadaan terketar2 dan blank tak tau nak buat apa... Mel gi park kereta kat satu tmpt yg agak jauh. Si pemandu van yg kluar tak tengok kiri kanan tu dtg dan bincang dgn Mel apa nak buat. Tetiba dtg seorang pakcikmat saleh, entah dari mana munculnya, bagi sekeping kertas kat Mel.. dan cakap.. if anything please call me. Mel pun tanya dia.. for what? Dia cakap, i saw everything that happened, and if you need my help, i'm willing to give evidence that it was not your fault. Mel macam speechless masa tu. Bila mel tengok kertas tu, ada nama dia, no phone rumah & address. Dlm keadaan Mel yg kelam-kabut.. menggigil.. takut.. masa tu.. yg mampu mel cakap kat pakcik tu... Thank you very much...

Hmm..Mel just terfikir, kalau diri mel sendiri ada di tempat pakcik tu, mel mungkin akan biarkan, dan tak nak ambik tahu sebab nanti akan menyusahkan mel dgn prosedur2 yg akan terlibat dlm keadaan yg cam tu. Bila mel fikirkan balik.. hmm.. baik betul pakcik nie.. walaupun dia tak kenal mel.. dah ler pompuan muslim bertudung.. dia boleh just ignore and terus with whatever he was going to do at that time. Tapi bila dia bg particulars ttgh diri dia tanpa di minta.. menunjukkan ikhlasan seseorang walapun lain bangsa, budaya dan cara hidup. Bukan nak pandang negatif pada bangsa kita sendiri, tp... rasanya ada kebenaran kalau dikatakan org melayu kurang peka terhadap apa yg berlaku disekeling.


Hmm.. mata mel dah ngantuk.. kepala dah berat... esok kena naik bas gi school...hu hu.. padan muka mel.. Catch u all later.. nye..



Mel~~
Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...
Tak perlu bersedih.. patah tumbung, hilang kan berganti...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan