Jumaat, 29 April 2011

Sumpah.. (dari kaca mata seorang pendidik)

Salam..

Blog aku jarang membicarakan hal politik, biasanya lebih kepada hal-hal personal diriku. Tapi petang ini aku terpanggil untuk menulis tentang sumpah. Sumpah dalam politik Malaysia semakin menjadi-jadi. Aku kurang berminat tentang politik sebab aku rasa politik dalam pendidikan memungkinkan pengaruh yg kurang sihat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bagi aku, biarlah individu berfikir sendiri, membangunkan minda dan menilai politik secara matang tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, senario politik malaysia bagi aku sangat kurang menyenangkan. Aku rasa bimbang bila anak-anak kita didedahkan dengan percaturan politik yg melibatkan sex dan sumpah. Sex sudah seperti menjadi trend. Yang meloyakan tekak apabila pendedahan sex ini melibatkan orang-orang yg beragama Islam. Bukankan payung Islam tersebut sudah sepatutnya membuatkan insan-insan mejauhkan perlakuan yang melibatkan mendedahan sex? Sudah hilangkah rasa malu kita sebagai umat islam? Yang membimbangkan aku apabila anak-anak kita dari peringkat umur secara bebas dapat membaca tentang perkara sex sebegini bagaikan perkara tersebut adalah perkara biasa. Entah-entah anak2 kita yg berbual2 di sekolah juga membincangkan perkara yg sama. Logiknya jika ibubapa juga taksub politik. Bercerita di depan anak2.. takutnya aku.. Akhirnya.. kalau perkara-perkara ini mempengaruhi anak-anak kita.. itu yg menjadikan makin ramai pelajar terjebak dgn perlakuan yg kurang menyenangkan.

Sumpah!! Ini juga aku takut. Aku rasa ramai guru pasti mengaku.. ada pelajar yg suka bersumpah.. sumpah cikgu!! saya tak buat!! atau sumpah cikgu! Bukan sy yg buat!!. Sepatutnya perkataan sumpah ini tak boleh dihalalkan untuk membuktikan sesuatu. Sumpah, sama ada akan membuatkan org lain percaya (walaupun tidak benar).. ataupun menimbulkan perasaan ragu-ragu di hati manusia. Dalam Islam, kalau ragu-ragu maksudnya kena tinggalkan. Kita tak boleh ragu-ragu dengan sesuatu.. kalau ragu-ragu, jgn buat atau jgn percaya. Kalau bab makanan pun kalau ragu2 pun kita xleh makan kan, haram! Tapi skrg ni, dah jadi trend, bersumpah utk membuktikan sesuatu. Jadi kemungkinan pelajar2 yg belum matang akan terfikir, ehhh.. baik aku bersumpah aku tak sihat mlm tadi, demam, tu yg tak siap kerja sekolah... mesti cikgu akan percaya.

So, aku rasa.. politik sgt ni sgt2 kotor dan membawa pengaruh yg sangat tidak baik kepada pemimpin-pemimpin kecil yang sedang kita bentuk sekarang ini. Tolong2 la sgt2 wahai org politik.. kasihanilah generasi akan datang.. :(



~mel

Rabu, 27 April 2011

Busy..

~gambar hiasan :P

Aku sgt2 busy sejak akhir2 ini. Dah berminggu2 tiada cuti weekend.. kerja 7 hari seminggu.. letih, penat.. semua cukup. tapi nak buat mcm mana.. dah tugas. terpaksa juga terima. Anyway siang tadi my best mentor, Prof Fong gtau kat aku.. u should tolak mana2 kerja yg tak berkaitan.. aim for the job that can help your future... Bagus betul dia, bnyk bg nasihat kt aku.. and dia ckp kalau dpt bnyk sgt kerja yg xpatut.. tolak aje.. haha...

This week walaupun cuti pjg.. tp aku kerja jugak.. mujurlah sabtu jer.. itupun aku terpaksa minta member tukar jadual sbb aku perlu ambik kelas pagi... klu x kelas aku smpi mlm... Next week aku nk ke Kota Kinabalu pulak.. ngajar di sana.. ke KK kali ni mmg dgn family laa.. utk lain2 session belum pasti..

So.. nk watcamne.. tiap minggu kerja.. nak balik kampung pun xleh (rasa bersalah).. aku ni anak yatim piatu.. klu ada mak ayah mesti dah kena bebel..Last two weeks aku ngajar di KB, so dapatlah jumpa kakak aku di sana... tp tu laa.. kesian kt hubby & parents hubby.. mesti derang rindu..

Ngantuk daaa... jom tidur... kepenatan.. hari ni td ada 3 viva masters.. berpinau kepala dibuatnya..

~mel



p/s Risau aku bila wife aku bz sesangat ni. Grrr. (ditaip oleh hubbyku time aku xsedar..huhu)

Sabtu, 23 April 2011

PTPTN


3-4 minggu aku mmg tersangat busy.. masa rehat aku rasanya just masa tidur. Dah beberapa hujung minggu aku berkerja, so tak berkesempatan nak update blog. Actually banyak perkara yg nak di blogkan tapi disebabkan tak de masa so senyap je la..

Anyway.. nak berbalik kepada kisah Melbourne.. ada kisah yg hampir menyebabkan kami tak jadi ke Melbourne... iaitu kisah hubby di blacklist oleh PTPTN. Tujuan kami ke Melbourne utk ke Conference Global Learn 2011. Petang nak ke Melbourne, my brother hantar kami ke LCCT. Waktu kami sampai di LCCT untuk bertolak ke Melbourne.. kami terus checkin, solat and kami makan kejab kat McD, kemudian terus nak ke gate utk tunggu kat gate. Kami mmg agak awal tp aku mmg lebih suka awal dari tergopoh2 kemudian.


Sampai di Immigresen, bagi pasport, tiba2 pegawai immigresen tu cakap hubby tak dibenarkan keluar negara kerana blacklisted PTPTN. Kami sgt terkejut sebabnya setiap bulan bayar PTPTN. Then kami diarahkan ke pejabat.. kat pejabat tu jumpa 2 org pegawai lelaki yg cakap tak boleh buat apa2 coz hanya PTPTN shj yg boleh whitelist balik. Kami cakap.. mcm mana nak whitelist mlm2 buta (time tu dlm pkl 9.00 mlm & flight kami pkl 10.30). Diorang cakap tak boleh bantu and derang just bagi no pejabat PTPTN.. call pun mmg tak de org angkat. Masa tu aku dah sangat gabra dan rasa nak nangis dah!! Takkan aku nak ke Melbourne sorang!! Bukan xpernah ke luar negara sorang tapi dah rancang nk gi dgn hubby mmg tak sanggup rasanya nak gi sorang. Then aku cakap kat derang, kalau kitorg tunjukkan bukti pembayaran tiap2 bulan derang xleh consider ke? Kalau hubby tak bayar bolehlah kami terima.. ini kami bayar tiap2 bulan!! Time tu ada sorang pegawai pompuan terdengar kata2 aku. Dia tanya nak tunjuk camne?

Aku cakap boleh bukak cimbclicks and tgk transaction bulanan account my hubby. Kebetulan mmg bawak laptop & broadband. So kami buka and tunjuk terus statement account yg menunjukkan transaction bulanan yg bayar ke PTPTN dan siap ada monthly schedule utk bayaran bulan2 seterusnya. So dia suruh kami print.. gitu gini gitu gini dekat 9.45 pun belum settle. Last2 dlm pkl 10 baru kami dibenarkan keluar pejabat. Tapi dgn amaran lepas balik ni mesti minta PTPTN whitelistkan & rayuan lepas ni tak dilayan lagi!! Terpaksa kami berlari ke gate.. sampai2 org dah suruh boarding.. nak terkucil pun tak sempat!! Sgt tension masa tu.




So.. untuk sape2 yg lom bayar PTPTN silalah check status anda. Sebab kalau u all start bayar lambat..kemungkinan di blacklist tu amat besar. Dan even dah bayar pun u all takkan di whitelist automatik! Kena contact PTPTN utk status. Patutnya PTPTN ada system utk update status org yg dah bayar. Sistem skrg ni sgt menyusahkan org. Kononnya PTPTN ni nak membantu rakyat tp nampaknya dalam kes kami.. sgt tidak membantu... menyusahkan lagi adala. Bayangkan kalau sorg tu jenis tak gi oversea.. tetiba dah berumur nak ke Mekah... tetiba xdpt pi Mekah sbb kena BLOCK PTPTN??? hahaha..

Anyway... pengajaran sungguh!!

~mel