Jumaat, 29 April 2011

Sumpah.. (dari kaca mata seorang pendidik)

Salam..

Blog aku jarang membicarakan hal politik, biasanya lebih kepada hal-hal personal diriku. Tapi petang ini aku terpanggil untuk menulis tentang sumpah. Sumpah dalam politik Malaysia semakin menjadi-jadi. Aku kurang berminat tentang politik sebab aku rasa politik dalam pendidikan memungkinkan pengaruh yg kurang sihat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bagi aku, biarlah individu berfikir sendiri, membangunkan minda dan menilai politik secara matang tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, senario politik malaysia bagi aku sangat kurang menyenangkan. Aku rasa bimbang bila anak-anak kita didedahkan dengan percaturan politik yg melibatkan sex dan sumpah. Sex sudah seperti menjadi trend. Yang meloyakan tekak apabila pendedahan sex ini melibatkan orang-orang yg beragama Islam. Bukankan payung Islam tersebut sudah sepatutnya membuatkan insan-insan mejauhkan perlakuan yang melibatkan mendedahan sex? Sudah hilangkah rasa malu kita sebagai umat islam? Yang membimbangkan aku apabila anak-anak kita dari peringkat umur secara bebas dapat membaca tentang perkara sex sebegini bagaikan perkara tersebut adalah perkara biasa. Entah-entah anak2 kita yg berbual2 di sekolah juga membincangkan perkara yg sama. Logiknya jika ibubapa juga taksub politik. Bercerita di depan anak2.. takutnya aku.. Akhirnya.. kalau perkara-perkara ini mempengaruhi anak-anak kita.. itu yg menjadikan makin ramai pelajar terjebak dgn perlakuan yg kurang menyenangkan.

Sumpah!! Ini juga aku takut. Aku rasa ramai guru pasti mengaku.. ada pelajar yg suka bersumpah.. sumpah cikgu!! saya tak buat!! atau sumpah cikgu! Bukan sy yg buat!!. Sepatutnya perkataan sumpah ini tak boleh dihalalkan untuk membuktikan sesuatu. Sumpah, sama ada akan membuatkan org lain percaya (walaupun tidak benar).. ataupun menimbulkan perasaan ragu-ragu di hati manusia. Dalam Islam, kalau ragu-ragu maksudnya kena tinggalkan. Kita tak boleh ragu-ragu dengan sesuatu.. kalau ragu-ragu, jgn buat atau jgn percaya. Kalau bab makanan pun kalau ragu2 pun kita xleh makan kan, haram! Tapi skrg ni, dah jadi trend, bersumpah utk membuktikan sesuatu. Jadi kemungkinan pelajar2 yg belum matang akan terfikir, ehhh.. baik aku bersumpah aku tak sihat mlm tadi, demam, tu yg tak siap kerja sekolah... mesti cikgu akan percaya.

So, aku rasa.. politik sgt ni sgt2 kotor dan membawa pengaruh yg sangat tidak baik kepada pemimpin-pemimpin kecil yang sedang kita bentuk sekarang ini. Tolong2 la sgt2 wahai org politik.. kasihanilah generasi akan datang.. :(



~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan