p/s.. Tulisan aku ttg konvo ni akan ada 3 part.. banyak yg aku ingin perkatakan.. 1st part ttg perasaan & cita2ku... 2nd ttg the konvo itself.... 3rd pasal kehadiran graduan ke konvo.. slow2 akan ku tulis...
Petang tadi tepat jam 2ptg aku sampai ke Aras 1 Bilik pelbagai Guna, Perpustakaan Hamzah Sendut USM, utk menjadi wakil (staf akademik) pusat pengajian aku ke konvo sidang 8 (last) usm. Sbnrnya inilah pertama kali aku menghadiri konvokesyen ipta tempat, dan hadirku sbg staf akademik adalah sbg tetamu yg agak terhormat. Konvo yg pernah aku hadiri sblm ni adalah konvo uni luar negara... walau ada persamaan tp ada rasa kelainan bila mendengar bunyi gamelan... ada keunikan yg tak mampu utk aku huraikan..
Sampai di bilik pelbagai guna tu aku sign kehadiran, dlm senarai tu ada 24 org staf, dan petugas terus menunjukkan aku jubah akademik staf yg aku pakai. Minah sorang tu bg aku saiz 44, dgn konfiden aku cakap... besar ni.. cuba 42. Betulkan.. saiz 42 ngam2 cantik. etiba aku rasa bangga... aku pakai jubah academician.. jubah yg sukar utk disarungkan oleh org biasa.. hmmm...
Sambil2 tunggu tu salah seorg kakak prof madya dari dept. aku cakap.. kalau nak gi toilet baik gi skrg.. nanti pkl 6 baru habis tak boleh keluar... jenuh... hehe.. Then ada taklimat.. yg kelakar nyer time taklimat yg staf perempuan2 yg membawa henbeg diminta menyorokkannya di dalam jubah... jenuh jugak nak sorokkan... huhu... and then kami kena berbaris di dewan chanselor.. sampai kat pintu besar.. stop!!
Masa kat pintu tu baru aku perasan.. ibu bapa & graduan semua dah masuk.. semuanya sedang berdiri menanti ketibaan kami. Waaa.. tetiba rasa mcm best.. baru terasa i'm somebody.. and i have something.. Dalam row tu.. kami staf akademik beratur di hadapan, diikuti org besar2 kat belakang we all.. (Pro Chanselor, TNC, dekan2 & pro2.). Dlm kumpulan aku, ada prof. madya, timbalan dekan, Dr.2 .. termasuk aku la (rasa yg paling cabuk!!). Bila music start, kami berjalan ke dlm dewan tu.. semua ibu bapa & graduan tepuk tgn... waaa.. aku lost lg.. ada perasaan terharu jugak.. rupanya aku dah sampai ke tahap ini.. tahap yg aku rasa xde ape2 tp sukar bg org lain nak mencapainyer...
Tiba2 rasa bersyukur.. i'm here now.. i've got to make the most of it.. Semasa upacara penyampaian ijazah berlangsung... aku memandang ke bawah.. tgk org besar2 tu duduk di "takhta" yg agak tinggi... apalah perasaan mereka.. dalam hatiku berkata... aku ingin menjadi seperti mereka... aku ingin.. aku ingin... dan aku harus berusaha mencapainya... aku boleh melakukannya.. Kalau aku boleh mencapai ke tahap sekarang.. mengapa tidak aku teruskan ke satu destinasi sedemikian..
Tiba2 aku rasa ada semangat.. Aku bangga aku ada di sini, terasa usaha ku selama beberapa tahun ini tidak sia2... tetapi aku tak suka dipandang luarbiasa... aku suka bergaul dgn semua org.. aku tak suka bila org tau siapa aku.. akan ada jurang antara aku dgn org lain.. aku tak mahu... aku mahu mencapai sesuatu yg lebih tinggi.. tp aku tak mahu dikenali sbg sorg yg punya pangkat dan berada di puncak menara gading... I just want to be known as... the plain melati... that is me.. and that is always me... even if i'm up there...
Part 2... coming...
mel~~
thinking of u even when i'm so ambitious..
because i want u to share it with me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan