Selasa, 16 September 2008

Pasar Ramadhan..

Since puasa mmg aku jarang2 masak..  mmg rasa malas sgt, plus bila dah balik kerja dalam pukul 5.30 tu macam lebih baik pergi pasar ramadhan kat belakang USM ni haa..  kalau awal2 dulu aku tak dpt nak budjet apa yg patut aku beli tapi skrg ni dah tau dah supaya tak membazir.. yang penting air musti dua pack..

Aku mmg tak pernah pergi pasar ramadhan lain, except masa first day aku gi kat pasar ramadhan gelugor. Since that day was raining, so mcm xde apa2 kat sana. Skrg ni aku rasa malas nak gi sana sbb rasa jauh. Kalau yg kat belakang USM ni dekat sikit dgn rumah aku.  Oleh kerana dah macam hari2 aku gi ke pasar ramadhan tu, aku dah macam tau waktu2 yg sesuai & senang nak cari parking. selalunya dalam pukul 4 lebih dah bukak.. 

Aku sebenar bukan nak cerita pasal pasar ramadhan tu.. tapi pasal kegeraman aku dgn environment pasar ramadhan tu..  Pasar ramadhan tu letaknya di depan kawasan desasiswa + rumah kakitangan USM (besar + baru).  Memang dibuat kat atas jalan kecik yg b4 this laluan biasa kereta. motor dll. So bila pasar ramadhan bukak.. cam biasa jalan tu ditutup.  

Benda2 yang aku geram kat P.R tu..

1. Kalau pukul 4++ masa org baru nak bukak gerai dan jalan belum di letak sekatan utk  no-entry.. ada kereta2 yg tak reti bahsa, tgk org tgh siap2 nak bukak gerai.. main redah jer dlm tu..  kalau bwk slow tu boleh la dimaafkan.. ni bawak cam kat F1.. kkdg terkejut tetiba ada kereta mcm nak langgar kita kat blakang... huh!

2. Bila dah pkl 5 cenggitu..  bila sign no-entry tu dah letak kat jalan.. ada plak motor2 yang xreti bahasa.. masuk jugak kat situ.. xreti2 ke nak park motor & jalan kaki?? ataupun kalau just nak lalu jer..ikutla jalan lain.. yg geram nya laju gak tu.. ada satu hari tu cemas2 nak terlanggar anak org.. geram betul laa.. xde kesedaran sivik langsung..  

3. Harga makanan.. so far aku rasa okla.. tapi semalam bila terkena karipap 3 bijik = 2 inggit.. aku rasa geram betul..  Aku selalu budjet Rm10 utk beli makanan.. dan selalunya kalau beli nasi kerabu lauk ayam ke.. baru RM4 + air RM 2 + kuih singgit @ murtabak ke singgit setengah...  tp bila karipap tu harga 3 + 2 inggit.. aku rasa geram sgt.. bulan2 puasa pun nak cari untung cam tu.. grrr... 

Itulah kegeraman2 aku kat pasar ramadhan tu.. tatau la kot2 adalak kegeraman utk hari ni.. tapi hari ni kelas aku abis pkl 7 jadi kena beli apa yg ada je laa... 


mel~~
lembutkan hatimu, then u'll know..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan