Isnin, 8 September 2008

Sombong..


Dah lama tak menulis.. pagi2 ni masuk ofis rasa nak menulis blog dulu sebelum menulis proposal yg perlu disiapkan pagi ni jugak. Last night aku terfikir.. aku mengimbau kehidupan aku sebelum ini.. dan tiba2 aku tersedar.. ada satu ketika aku amat sombong. Sombong dgn diriku sendiri, dgn apa yg aku ada dan juga aku amat sombong dengan pendirianku... aku pernah bertekad macam2.. tak nak kawan dgn org yg mcm tu.. tak nak kawan dgn org yg macam ni.. aku suka org yg jauh lebih tinggi dari aku, muda dari aku.. dllg.. 


Ya! Mmg aku sombong masa tu.. dalam hidup aku, aku telah meletakkan kriteria-kriteria yg aku inginkan. Dan sekiranya sesuatu yg hadir tidak memenuhi kriteria tersebut aku akan menolaknya mentah2.. Sombong betul aku masa tu. Dan aku juga amat sombong, bila aku berada di pihak yg benar, aku akan memandang rendah pada org yg membuat kesilapan itu. Seingat aku, aku selalu memandang rendah kepada seseorg disebabkan aku mmg agak terra kat sekolah, bila ada org yg buat silap aku akan pandang sebelah mata. Itu belum lg dgn perkara2 yg lain.  Dan bila ada kawan2 yg ada silap pd diriku, mmg susah aku nak maafkan. Aku bukan seorg yg pemaaf... 

Malam tadi.. aku terfikir.. aku renung-renung akan diriku.. mmg aku sombong. Sombong dgn kurniaan Allah pada diriku.. Aku punya segala apa yg org lain mungkin tak termampu nak capai. Dan aku terjerat dlm liku2 hidup dan yg paling penting aku sedar, dulu aku cakap lain.. apa yg aku tak nak sgt dalam hidup aku dulu, kini itulah yg aku kejar2 kan... yang aku inginkan.. yang aku dambakan.. bila Allah tak redha.. Allah akan tunjuk bila2 masa.. Allah nak beritahu padaku yg kalau itu yg aku mahu tetapi Allah tak redha.. aku takkan dpt apa yg aku nak.. hmm.. 


Dan aku kini aku sedar.. walau di mana tempatku.. walau di tempat teratas sekalipun.. aku cuma seperti sebiji cangkir.. boleh dihias diwarnai menjadi sesuatu yg amat cantik dan dikagumi.. tapi hakikatnya.. asalnya tetap sama.. dari segumpal tanah liat..  

Ingatan buat diriku yang selalu lupa - 
Jgnlah sombong lagi.. jgnlah terasa diriku sentiasa betul.. hindarkan dari perasaan dendam.. hindarkan dari perasaan sukar memaafkan.. jgnlah diriku menetapkan sesuatu yg mungkin tidak mampu ku lakukan... kerana.. bila Allah ingin tunjukkan sesuatu... Allah hanya perlu berkata "Kun Fayakun..."



Buat kawan-kawan..
Aku sedar akan kekhilafan diriku..
Aku pernah lupa siapa aku di sisiNya..
Kerana itu.. 
Ku mohon ampun dan maaf di atas setiap kesilapan & kekurangan yg hadir dari diriku...
Semoga Ramadhan ini aku dan kalian mendapat rahmat & hidayahnya..

Wassalam..



Mel~~
Aku rindu kepada insan yg selalu mengingatkan aku atas kesalahan yg telah aku lakukan..
Dan aku tak marah walau kebenaran itu pahit..  kerana tiada gunanya kemanisan jika ianyanya hanya memudaratkan...
Jangan sombong lagi.. 

1 ulasan: