Ahad, 8 Februari 2009

kapal...

karpal or kapal.. yg sedang terumbang ambing.. (buat sementara waktu aku jadi penulis blog politik la pulak...huhu). sedikit sebanyak dalam pada aku duduk bersendirian melayan perasaan ni.. aku secara terpaksa mengikuti kemelut politik negara kita.. yup.. terpaksa.. sebab kat rumah aku tak de Astro.. so setiap kali aku dok nak menyuap makanan utk makan malam aku terpaksa mengadap berita tv3 mendengar macam-macam hal tentang situasi politik yg bg aku agak huru hara kat malaysia sekarang ni..

tadi si karpal singh lak keluar di tv3. semalam si ezam.. esok tak taulah pulak sape yg akan muncul... jeng..jeng..jeng.. aku rasa entah apa-apa sebab nampak sangat tv malaysia ni tak fleksibel. aku sebenarnya teringin jugak nak tengok.. kot2 satu hari nanti malaysia bertukar kerajaan.. manalah tau tetiba Tuan Guru Nik Aziz jadi PM.. apalah akan berlaku pada tv3 tu.. cuba bygkan macam mana derang tiba-tiba nak terbalikkan muka derang.. agaknyer mungkin akan meletup tv3 tu.. huhu.. anyway tu la kan.. mungkin derang xfikir pembangkang akan berpeluang menerajui malaysia..but who knows kan..

apa-apapun mmglah kan.. kalau selalunya kita mmg bandingkan tv3 dengan sesuatu yg xberapa bagus pun.. huhu.. contohnya: kalau ada org yg suka mengumpat2 org atau dok suka citer pasal org.. biasanyer kan kita akan cakap.. alaa.. dia tu kan tv3.. (kira dah establish la tv3 ni suka cakap mende yg xbetul.. hehe..)


anyway bagi aku lah kan.. ramai anak muda sekarang dah terdedah dgn situasi negara luar, dah tengok macam mana demokrasi di negara lain tu berjalan.. so rasanya bila tengok tv3 tu mmg akan rasa.. what the heck are they talking about.. balik2 politik malaysia yg mcm hampeh.. bnyk lg benda berfaedah yg boleh di war warkan.. tapi tu lah kan.. bila fikir2 balik tentang org yg kita pilih semasa pilihanraya hari tu.. sedihkan bila pendirian mereka tak tetap.. bagaimana mereka nak jadi pemimpin negara kalau diri sendiri tak terpimpin.. hala tuju politik diri sendiri pun boleh bertukar2 sekelip mata.. bagaimana nak membela nasib anak bangsa.. ??


hmm ... malaysia.. malaysia.. macam mana lah nasib anak bangsa kita suatu hari nanti.. tiba-tiba teringat pulak time aku belajar seni silat gayung time sekolah dulu.. untuk membakar semangat selalunya kami menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api.." . Mmg akan rasa smngt untuk berjuang..

~Anak kecil main api.. terbakar hatinya yg sepi..
Airmata darah bercampur keringat.. bumi dipijak milik org..




~mel
jgn kerana berebut kuasa bumi melayu ini tergadai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan