Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 3 Februari 2009

Fragile...

malam tadi kena tegur... sebab perkataan yg memungkin kan orang salah faham... okey.. okey.. oranglain tolong jgn lekas salah faham.. dan for me.. jgn sangka words yg aku rasa aku faham maksudnya macam tu.. org lain akan faham macam aku jugak.. ok.. let me citer sikit pasal pengalaman aku mula2 menjejakkan kaki ke UK.

aku ni mmg jenis yg amat sensitif. time aku nak ke UK.. first time nak hidup sorang2.. aku mmg sendirian naik flight. totally alone. time tu ok la.. walaupun masa tinggalkan family tu aku mmg agak sedih.. tapi on the way on the flight aku menikmati perjalanan tersebut dgn tanpa masalah. Sampai di Heathrow.. aku terpaksa amik connecting flight ke Manchester and then train ke university aku di sebuah bandar yg agak terpencil lah jugak. Time nak ke connecting flight.. terjumpa dgn sorang pegawai mas.. dia tanya aku nak gi mana. aku ckp nak ke manchester nak amik connecting flight.. so.. dia ckp..meh la join dia sbb dia tgh bawak student2 JPA/Mara yg ada connecting flight.

So.. end up aku join ramai student lain.. and kebetulan ada sorang mamat ni pun nak ke manchester.. so berdualah kami ke manchester satu flight. sampai ke manchester mamat ni dah ada member tunggu.. so aku cakap okla..aku nak cari train ke tmpt yg aku nak gi tu (walaupun aku x pernah smpi ke sana). Masa aku kat airport (msia).. time dgn family aku yg hantar.. my mum menyatakan kebimbangan sbb aku sorang2.. but my dad said.. alah..buat ape nak risau.. dia merayau kat KL tak pernah pun sesat.. that was my dad confidence on me..

In manchester airport time dah collect my luggage and dlm proses nak cari train.. terjumpa dgn dua org melayu.. tnya aku mana nak pergi.. aku cakap aku nak ke Preston. Org tu buat muka pelik and cakap.. ish kat tempat tu xde melayu tau.. time tu goyang sikit hati aku.. then terjumpa dengan sorang kakak ni.. dia nak gi lancaster uni utk wat master dan tunggu org jemput. Aku ckp kat dia aku nak gi cari train and terus gi cari uni aku sendiri. Kakak tu cam terkejut aku nak gi sorang.. tetiba org yg nak jemput dia tu dtg.. husband & wife.. kakak tu gi citer kat yg jemput dia tu.. yg aku nak ke tempat tu sorang.. naik train.. bila aku sebut nama tmpt tu org tu cakap.. nak gi sorang??? aku cakap a ah.. aku yg dah mula goyang bila org yg mula2 ckp xde melayu.. lg bertambah horror bila hubby dia ckp setau dia ada satu keluarga melayu kat situ.. itu pun tah ada lg ke x.. time tu aku dah terus gabra giler.. terbayang aku dok sorang2 tanpa org melayu sorang pun.. err... tetiba meleleh airmata aku depan derang..

Husband & wife tu terus cakap.. dah.. tak yah gi preston dulu.. dah ler xpernah gi..nak gi sorang2.. accomodation pun aku x arrange before hand.. so, derang ckp.. ikut derang gi lancaster sbb hari pun dah ptg masa tu.. esok derang akan hntr aku ke preston.. Husband kakak tu pun ckp.. u are very fragile and u should not go there alone..

So dlm kefahaman fikiran aku dari dulu sampai sekarang.. fragile yg menggambarkan diri aku adalah aku seorang yg sensitif & hati aku mudah tersentuh.. mudah meleleh.. but then bila somebody told me yesterday yg there's a different meaning of fragile.. aku baru tersedar.. alamak.. aku just buat conclusion the meaning of word fragile thru my own understanding.. tp org lain mungkin fikir lain.. hmm... complicated jugak kan..

Okla.. nak abiskan citer kat atas.. last2 aku ikut derang ke lancaster.. pendekkan cerita.. sampai kat lancaster entah macam mana nak jadi cerita fragile lagi.. bila cerita2 dlm kereta otw tu lancaster tu.. my bro. in law ada mak usu & pak usu dok wat phd kat lancaster.. bila aku describe rupa derang.. lerrr.. kakak tu cakap.. kereta yg aku tgh naik tu derang pinjam dari mak usu & pak usu my bro in law. apa lagi bila sampai lancaster, derang terus call mak usu & pak usu.. terus derang dtg malam tu jugak (aku mmg biasa dgn derang).. siap kena marah lg sbb tk gitau nak dtg. bila mak usu sampai dan peluk aku.. cam biasa minah leleh ni terus meleleh jer.. haha.. itulah fragile nyer aku.. dan bila dah jumpa derang.. masalah aku nak gi preston tu terus selesailah.. ade sedara semua derang tolong uruskan laa... huhu..


End-up..kat preston tu ade melayu.. tp mmg xramai.. xsampai 10 org la.. kat fac aku mmg sah aku sorang.. sbb student melayu lain wat accounting dan engineering. Dan kawan baik aku masa tu pun bukan org melayu.. kawan dgn minah saleh jer... nama dia Tracy.. jenis pakai baju serba hitam.. tindik hidung & pusat.. rambut blonde.. but she was the best friend ever..


tetiba rasa nak cari tracy semula... apa agaknyer dah jadi ngan minah tu...



university aku dulu........



~mel
i'm so fragile... until now...

5 ulasan: