Rabu, 25 Februari 2009

Guru oo..guru..

Puisi di bawah aku ambil dari facebook one of students.. actually.. walaupun bidang aku lebih kepada internet teknologi tetapi oleh sebab aku bertanggungjawab mendidik bakal-bakal guru semakin hari aku makin mendalami bidang dan tugas guru itu sendiri. teringat aku pada minggu lepas aku pergi untuk menyelia pelajar2 di sekolah menengah di sekitar kulim yg sedang menjalani latihan mengajar.. aku ambil masa sehari suntuk untuk ke 4 buah sekolah.. dari 7pg..sampai 8mlm baru aku sampai rumah.. Sekolah-sekolah tu memang agak pedalaman.. aku sebagai seorang yang tidak pernah menjadi guru sekolah memang merasakan suasana sekolah agak asing sebenarnya.. tapi oleh sebab aku melatih pelajar aku untuk menjadi guru, jadi aku sebolehnya cuba adapt dengan suasana sekolah...

Cuma ada satu yg aku tak boleh lupa.. di salah sebuah sekolah.. oleh sebab itu lawatan aku untuk kali pertama, aku pada mulanya berjumpa dengan Pengetua sekolah & guru pembimbing students yang aku selia.. bila time guru pembimbing tu, the first thing yg guru pembimbing tu cakap kat aku, "Dr. boleh tak Dr. pesan kat guru2 pelatih Dr. supaya memakai pakaian yang bersesuaian untuk ke sekolah & bersukan sebab mereka di sini sebagai GURU, bukan pelajar.. terutama semasa sukan ada yg pakai baju ketat, lengan pendek sampai nak nampak ketiak tp bertudung dsbgnya". Masa tu aku merasa agak malu jugak, tapi terpaksa berlagak profesional dan memohon maaf bg pihak pelajar2 aku.

Bila aku jumpa student2 aku selepas tu.. mmg aku terus menegur mereka.. dan salah satu yg aku cakap pada mereka.. "di universiti semmgnya u all students, tp apabila u all di sekolah u all bukan student lagi pada pandangan org lain.. u all adalah GURU. Di mata semua org guru adalah contoh kepada setiap tingkahlaku.. positif @ negatif.. Guru adalah pemimpin..kalau di sekolah tidak menunjukkan tingkahlaku yg baik kepada anak didiknya.. siapa lagi.. bla..bla..bla.."

Huhu.. actually mcm aku memandai jer cakap.. but still itu apa yg aku believe, sebab itu since aku mengadi seorang yg mendidikn bakal guru, aku cuba utk mempraktikkan apa yg terbaik.. walaupun aku tahu.. akus endiri pun entah apa2...huhu..



Hayatilah... puisi karya Usman Awang ini... guru..oo..guru..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yand ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat


Usman Awang
1979

2 ulasan:

  1. memang penat jadi guru..orang tak tau ingat cikgu balik awal dan banyak cuti je...

    BalasPadam
  2. hargailah pengrbanan guru, tanpa mereka siapalah kita

    BalasPadam