Isnin, 29 November 2010
malam sepi...
nampaknya anak mommy dah makin kuat.. makin tegap.. dah makin nak besar..berjaya akhirnya pusing dlm kot... lantas mommy bangun buat susu...
habis mommy menulis cerita ini.. habislah susu yg mommy buat tadi.. waktu mommy cabut botol kosong dari mulut eryna.. sempat eryna senyum... mommy selimutkan eryna & cakap... tidur yer sayang... mommy naik semula ke katil... capai selimut.. tapi sukar pula untuk lelapkan mata...
~mel @2.53am...
Jumaat, 19 November 2010
yo!!
yoyoyoyo.. wa cakap lu.. wa rappers.. b/p @fullfilth
hubby beli kopiah baru depan masjid muhammadi kota bharu, ingatkan dia beli kopiah camne.. rupa2nya beli kopiah rappers..
~mel
Selasa, 16 November 2010
Korban...
Hari ni kerja half day aje... walaupun esok raya haji tapi kami tak ke mana2.. just berhari raya haji di usm kali ni.. Insyaallah hari Jumaat baru gerak ke KB ke rumah my sister.. Tak ada persiapan apa2 pun kami ni.. just esok rancang nak masak2 sikit kot2 ada org nak dtg..
Hari raya korban bnyk ertinya bagi diriku... Tahun lepas di hari raya ini adalah hari yg agak sibuk.. bersiap sedia utk kenduri pada hari raya kedua.. Alhamdulillah majlis pada hari raya haji kedua dan ketiga tu berjalan lancar.. Walaupun sebelum itu banyak juga rintangan kami lalui.. alhamdulillah.. akhirnya..
Apa2pun dalam perjalanan kami ini mmg bnyk pengorbanan terpaksa dilalui.. bukan hanya kami yg berkorban tapi insan2 di sekeliling kami jugak berkorban zahir dan batin.. Buat kalian hanya Allah yg mampu membalas segala pengorbanan dan jasa baik kalian... Terima Kasih atas segala-galanya..
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di USM, Pulau Pinang..
Ampun maaf dipinta & salam ukhwah utk semua....
~mel
Sabtu, 13 November 2010
Indahnya...
Gambar ini aku ambil dari arah Masjid USM.. waktu itu azan Maghrib baru nak berkumandang.. Subhanallah.. cantik sungguh ciptaan Allah...
~mel
Sarung bantal..
Pagi2 td.. bgn2 aku terus teringatkan sarung bantal eryna yg tak berganti pasal ada satu sarung je.. Aku dh buka utk basuh.. so tinggallah bantal tu tak bersarung.. So sbb kesian tgk bantal tu .. aku pun amik kain lebih buat sarung bouncer eryna.. dan gunting utk sarung bantal kepala.. & terus jahit.. Bila siap xsampai 10 minit buatnya.. aku bg kat hubby yg dok layan eryna.. Bila dia tgk, dia ckp.. wahhh.. ini kena buat sarung bantal peluk sekali..
So.. aku end-up jahit sarung bantal peluk.. dlm masa 1/2 jam siap semuanya..
p/s gambar di atas menunjukkan eryna dgn bantal2nya yg bersarung baru..
~mel
Khamis, 11 November 2010
40 perkara yang Eryna dah pandai (cilok post!!)
Sempena 4 bulan Eryna Zulaika. Posting ini adalah kolaborasi Faizal dengan Mel.
- Dah pandai pusing badan dari terlentang ke hampir meniarap - Yang ni baru je dapat tgk tadi, belum 100% perfect lagi.
- Dah pandai gelak terkekeh2.. kalau usik perut, best dengar Eryna gelak.
- Dah pandai tengok orang dari jauh.. kalau tengok papa kat luar kereta dan Eryna dalam kereta kepala dia ikut sampai 180darjah..
- Dah pandai tarik kabel iPhone.. kabel tu letaknya sebelah katil dia.. tangan dia dah pandai capai dan main dgn tali kabel tu, terpaksalah letak jauh-jauh..
- Dah pandai merengek-rengek manja... tp x keluar air mata.
- Dah pandai membebel bababa sebab nak susu.
- Dah pandai x cukup susu sebotol kecik, nak kena bancuh lagi seround.
- Dah pandai tidur kat katil baby sepanjang malam.
- Dah pandai tidur mcm org tua, bangun sekali shj sementara pagi. Sekali sekala shj ni.. Biasa lebih dari sekali.
- Dah pandai nak jalan2, duk rumah lama2 asyik nk nangis, bawak berjalan senyap je good girl ni..(sebab mommy dan papa dia kuat jalan kot.. huhu)
- Dah pandai control tangan, awal ritu tgk tangan sendiri sampai juling2 nak bawak masuk ke mulut.
- Dah pandai masuk 5 jari sekali dalam mulut.
- Dah pandai nak mandi bila timenya, lambat x boleh siap ngenget2 lg.
- Dah pandai tgk screen laptop, mcm paham je apa org buat.
- Dah pandai sembuq bila makan ubat.. abis satu katil kena semburan..
- Dah pandai nangis bila panas.. bila bukak aircon tidur dgn amannya...
- Dah pandai hisap jari ibu sahaja.. pastu bunyi cup cup cup..
- Dah pandai lonjak2 dalam kolam mandi.. asyik terantuk je kepala time mandi..
- Dah pandai stop nangis bila masuk jer dlm kolam mandi... teruss senyap + sengih..
- Dah pandai tidur mengereng dgn sendirinya
- Dah pandai main kain.. kalau pakai skirt sedaya upaya Eryna nak tarik skirt ke atas
- Dah pandai tarik jari org ke mulut dia..
- Dah pandai demam sekali dua..
- Dah pandai tgk tv...hahaha
- Dah pandai tak mo baring bila diriba.. nak duduk jugak, kalau riba nangis..
- Dah pandai bertweet... hahaha... akaun twitter @erynazu
- Dah pandai sembuq muntah kat baju kerja papa
- Dah pandai dok diaam bila papa & mommy smayang
- Dah pandai mengamuk hahaha...
- Dah pandai nak balik kampung wan gombak..
- Dah pandai pakai gaun & pakai skirt
- Dah pandai duduk diam2 time atas riba mommy nak makan..
- Dah pandai pergi pasar
- Dah pandai senyum2 bila duduk atas bouncer.. suka sgt!
- Dah pandai kejut org pagi2..
- Dah pandai kentut macam keretapi... put put put.. sampai segan kalau ada org asing kat seblah.. boleh dengar clear tau!
- Dah pandai tak nak bagi org tgk telinga dia...
- Dah pandai tak bagi orang korek idung dia..
- Dah pandai tak bagi org ketip kuku dia..
- Dah pandai.... errrr... errr..... NAK ADIKKK!!! haaaa?????
~mel
jenuh gak cari idea ni.. :P
Perkembangan baru..
Bila kat nursery eryna pagi tadi.. aku tanya kat penjaga dia, kat nursery dia dah pusing2 banyak tak.. penjaga dia cakap..mmg rajin nak berpusing.. aku tanya dah meniarap tak.. dia cakap tak sampai meniarap lagi.. maknanya pagi tadi tula first time eryna meniarap.. :) Alhamdulillah dapat aku rakam detik2 indah lagi bermakna tu...
Semoga anak mommy cepat2 besar dan jadi anak yang solehah buat papa & mommy.. aminn..
~mel
pas ni kena jaga2 la.. makin aktif anak mommy ni.. :)
Ahad, 7 November 2010
minum ptg..
Balik2 dari QBMall & Giant rasa penat sgt.. oleh sbb eryna tido.. aku pun zzz la kejab.. Bgn2 aku rasa lapar.. aishhh tiba2 tingat nak wat cekodok.. aku pun tanya hubby... nak mkn cekodok tak?? Dia ckp.. nak karipap..
haaa... aku terkejut.. tapi aku cakap.. ok.. karipap siap in 1/2 jam.. sooo.., jeng3... karipap ayam siap!!! Jom Makan !!!
~mel
Isnin, 1 November 2010
Misteri 3 (perbualan dgn zainah ptg tadi..)
Bila telefon di sebelah sana berbunyi, tdgr salam dari zainah.. aku pun jawab salam dia.. dia terus ckp.. terima kasihlaaa sebab call dia.. aku ckp saja jer kak.. nak tanya khabar.. Pastu dia terus bukak cerita...
"Nak tahu.." dia mulakan perbualan.. "budak lelaki yg aniaya akak hari tu, bawak lari anak perempuan akak.. dah seminggu dah.. aduhh risau akak.. dah 3 hari dok kat Larkin mencari anak akak tu.."... Errr.. aku sbnrnya tak expect ada cerita gitu.. aku pun tanya.. anak akak yg mana ni kak? (kan dia ckp anak dia 7 org). Dia ckp anak pompuan yg besar sekali.
Aku tnya zainah ni.. camne dia boleh larikan anak zainah.. zainah ckp dia dtg rumah zainah time zainah tak de.. bawak sorang budak pompuan yg lari dari rumah juga.. so skrg ni si mamat amirul hafiz ni bersama2 dgn 2 org budak perempuan.. Zainah ckp dia dh report polis.. gambar dh diedarkan dan budak2 tu dikesan di Melaka...
Hmmm.. aku pun tak taula nk caya ke tak nak caya ke.. sbb cerita dia tu mcm automatik kluar dr mulut dia tanpa fikir pnjg lagi.. xdela macam teragak2 dia nk cakap/cerita.. lancar jer.. pastu latar belakang dia mcm ada ramai budak2.. dan aku terdengar suara budak bising nak cakap jugak dlm fon.. alaaa.. mcm budak2 kecik sibuk nak amik tefon dari mak dia waktu mak dia tgh ckp kat fon.. camtu laa..
Kata Zainah esok dia nak ke Melaka.. dah puas cari anak perempuan dia.. bila dia minta tolong husband dia, husband dia sibuk dgn kerja (??) which aku buat conclusion may be dia dah bercerai dgn husband dia kot.. ishh.. takkan la ada ayah yang tak risau anak perempuan hilang...kan...
Lepas aku dah call zainah tu.. hubby cakap.. cubala try mama amirul hafiz tu.. nombornya masih aku simpan.. bila aku try call.. nombornya tak dpt dihubungi.. sama macam time malam zainah datang ke usm.. try2 tak de org angkat fon...
Anyway.. pelik jugak.. biasanya kalau budak hilang mesti kepoh gak kan? ishh.. ntahla.. makin misteri si zainah ni.. Aku ckp kat hubby.. esok ingat nak call dia lagi.. tnya dah jumpe ke tak anak dia tu.. sambil call tu ingat nak rakam.. huhu... harap2 menjadi laaa...
~mel
Misteri 2..(zainah...oo.. zainah..)
Ceritanya..
Hari ni adalah hari yg memenatkan.. Eryna still demam.. disebabkan aku risau dgn keadaannya ptg tadi aku bawak juga eryna ke klinik. Time keluar tu pulak tetiba hujan turun.. mmg haru biru jadinya dlm usaha supaya eryna tak kena hujan.. bila sampai rumah mmg rasa penat.. tau2 ajela jaga baby demam.. mmg sgt memenatkan.. kerja kat ofis pun tak sepenat tu..
Dalam pukul enam.. aku rasa nak menjahit.. so aku tarik bouncer eryna sambil dia menyusu depan aku.. sambil aku menjahit. Tetiba telefon ku berbunyi.. oleh sebab hari ni aku on-duty kat hostel.. so kalau keluar no tanpa nama tu aku akan angkat dgn segera. Tapi kali ni no tu adalah no talian-tanah (land-line.. hehe)... biasanya student kalau call aku mesti guna henfon punya.. mana ada guna land-line.. Bila aku angkat fon.. alangkah terkejutnya aku bila sipemanggil memperkenalkan dirinya sebagai mak Dyana. Kalau sesape tak tau sape Dyana kena baca sini dulu.. huhu.. Aku mmg tak expect mak Dyana akan call.. maklumla.. time aku jumpa dia hari tu, dia agak garang, marah2.. dllg..
Mak Dyana ni cakap dia mmg dah lama nak call aku tapi dia tak jumpa cari kat mana dia letak kad aku yg aku bg kat dia tempohari. Oh... aku sebenarnya mmg ada berhajat nak call dia sebelum ni tapi setelah fikir2.. aku tak jadi call sbb takut lak dikatakan menyibuk.. Persoalan mak Dyana yg pertama kat aku.. betul ke aku ada call Balai Polis Klang Sentral pada hari kejadian (hari di mana Zainah dtg ke Penang) untuk meminta polis mencari anak2 perempuan Zainah dan melindungi mereka... Aku terkejut jugak time tu.. aku cakap.. "tak de kak, mmg saya langsung tak de call polis bagi pihak Zainah, dia aje yg call pejabat jual tiket bas kat Klang Sentral tu dan mintak penjual tiket tu turun bawah tengok2 kan anak dia kat bawah tu.." Mak Dyana cakap kat aku.. "Zainah bgtau akak, tak perlu call dah balai Polis Klang Sentral sebab Dr. dah call kan Balai Polis tu...".. "Eh... saya tak de call pun kak.. langsung xde.. " kataku...
"Hmmm..", kata mak Dyana.. "Nampaknya dia tipula tu..". Aku pun tanya mak Dyana.. what happen after aku dan hubby balik ke ofis hari tu.. Mak Dyana pun cakap... Actually xde ape sgt, disebabkan Zainah tu willing untuk ikut ke balai polis Kepala Batas, so hati dia jadi agak lembut sikit. Kalau Zainah tak nak ikut ke balai mungkin dia tak jadi lembut hati. So, lepas aku & hubby blaa.. derang terus gerak ke balai polis.. masa dalam keretalah dia suruh Zainah call balai polis kklang sentral suh tanya pasal anak dia, tapi Zainah gtau dia yg aku dah tolong call kan balai polis klang sentral dan polis gitau anak2 dia selamat di sana!... *Perghhh..terkejut aku!* And then after that bila sampai ke balai polis, mak Dyana cakap derang tarik balik report kehilangan IC, lesen dan lain2 barang Dyana...dan kat balai polis tu mmg si Zainah ni amat bekerjasama.. Mak Dyana mintak polis dari balai polis kepala batas utk check anak2 zainah dgn polis di Klang sentral. Malangnya polis Klang Sentral cakap derang tak dapt kesan anak2 Zainah ni. Tu yg membuatkan mak Dyana kembali cuak.
After dah settle di balai polis.. dah makan2 semua, they gi belikan tiket bas utk zainah ke klang. Kata mak dyana, mmg time tu si zainah dok cakap dia teraniaya oleh budak lelaki mualaf si amirul hafiz ni.. so dia pun malas nak fikir panjang, just tolong je laa... meaning mmg dia belikan tiket bas utk htnr zainah ni.. So dalam pukul 6 ptg tu zainah dah bertolak ke klang... dan masa tu dia hntr sms spt di bawah kat aku...masa tu mmg ada bait2 simpati aku kat dia (terasa mcm dia dianiaya...)
lepas sms di atas.. aku dah tak terima apa-apa khabar dari zainah.. tapi berlainan pula bg mak dyana... dia hntr sms ckp dah sampai segamat ptg tu.. dan sewaktu di klang dia mamat amirul hafiz tu sbnrnya ugut dia dan ambil kad bank dia & telah keluarkan duit sbnyk RM100 dari kad dia. Tapi apabila dia sampai segamat dia call lagi mak dyana cakap yg mamat amirul hafiz tu bg kat dia kad cimb dyana pulak dan bg no pin sekali bernombor.. 114.. dah cakap bila sampai segamat suh dia keluarkan duit. Jadi dia try nak kluarkan duit tapi no-pin tu salah. Dia call mak dyana cakap pasal tu dan tanya kat mak dyana... "Kak, berapa nombor pin kad Dyana sebenarnya kak??" Mak Dyana cakap dia terkejut betul. Dah ler cimb tu mmg ada bnyk duit. So, mak dyana cakap.. "hey, takkan saya nak bagi awak no pin anak saya pulak! awak ingat sy tolong awak belikan tiket & bagi makan, saya dah jadi kawan awak ke sampai nak bg no pin!" Terus si zainah letak telefon dan tak call dah lepas tu... Dan nombor pin yg disebut awal tu sblm dia mintak no pin dari mak dyana adalah no kad pelajar UPM Dyana.. dan kad pelajar Dyana mmg tak dipulangkan... yg dipulangkan cuma ic & lesen memandu saja...
Lepas mak dyana call hari tu.. aku termenung.. pelik.. pening.. dan lain2 lagi... ishh.. pening kan.. sape zainah ni.. aku tetiba terfikir.. dia ni mental ke.. takkan org yg kepala nyer ok akan mintak pin no org lain... betul ke dia di aniayai... ke anak2 dia tu hanya imagination.. tp tingat pulak aku ada bercakap (call) seorg lelaki yg bernama amirul hafiz yg cakap dia sedang jaga anak zainah Fikah & Ain.. Atau tah2 lelaki tu husband dia tak?? sama2 ada komplot penipuan... atau...ntahlah..
Actually mmg tak nak fikir dah.. tp sekali sekala terfikir.. ada jugak org mcm tu skrg ni.... hubby aku cakap.. dia tu seorg yg terlalu lurus... lebih lurus dari bendol.. ye ke? So apa pendapat nkorang?
~mel