Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 14 Jun 2011

Kenali Mutiara..

mutiara



mutiara



Berasal dari laut,di kenali sebagai MUTIARA AIR LAUT /AIR MASIN.
Tahan apabila di bakar dan apabila di gigit terasa pasir dan
tak boleh tercalar.Berat dan saiz hampir sama antara Mutiara
Air Laut dan Mutiara Air Tawar tetapi harga Mutiara Air Tawar
lebih murah. Mutiara Plastik pula warnanya seperti air tawar,lebih
ringan dan lebih murah.cair/meleleh apabila di bakar dan terasa
licin apabila di gigit dan mudah terkelupas.

Aku ni mmg suka kan beading... manik... dan apa2 yg seangkatan dengannya. Before this hubby selalu pergi Sabah utk buat research, tapi aku tak berpeluang nak ikut.. maklumla.. time dia pergi dulu aku tengah saratla.. Eryna kecik sgt la.. dllg.. Tapi setiap kali dia pergi, mmg dia bawak balik gelang mutiara yg cantik2.. Dua tiga minggu lepas aku ke Sabah sorang2 utk mengajar PPG. Before that dah pergi satu family. Kali ni pergi sorang coz nak pergi kejab utk ngajar jer.. Kebetulan plan nak tumpang tidur satu bilik dgn sorang kakak ni yg sama2 mengajar dgn aku di UMS utk save costs. Bila dah berjalan sesama pompuan... mmg berjalan ke tempat2 jual mutiara ni dgn hebatnya.. huhu.. mmg gila aku dibuatnya..

mutiara

Mmg banyak aku borong mutiara yg jenis kat atas ni.. beli by string.. tapi xde masa lagi nak buat.. huhu.. nk kena pi A tu Z cari sedikit bahan.. pastu aku ada gak beli bnyak kristal.. ber string2.. murah.. aku beli tu ingat nak buat hand made brooch.. customise utk diri sendiri... hehe.. nak wat brooch juntai2 hajat dihati... Anyway.. tgh2 browse internet tadi dapatlah kaedah kenali mutiara kat atas tu.. kebetulan aku pakai gelang mutiara pembelian hubby tercinta... so.. aku gigitla... yess!! memang asli... hihi.. gigit terasa pasir dan tak calar langsung.. Actually hubby aku pun ada taste mutiara yg tersndiri.. masa dia pilih gelang mutiara utk mothers day (time tu we all di Sabah)... mmg cerewet giler.. huhu..


~mel

1 ulasan: