Ahad, 23 Februari 2014

Suami oh suami..



Hari ni hubby dah nak balik Tg Malim.. walaupun hati berat terpaksalah berpisahkan.. Mujurlah aku tgh cuti sabatikal skrg so aku xrisau sgt tapi nnt bila aku dah kerja balik bulan september mmg aku akan pening sebab aku akan ada 2 kelas mlm.. haa.. mcm manalah aku nak tinggalkan eryna nnt.. hmm.. xtaulah tunggu jela nnt..

Dalam pkl 2.30++ hubby dah nak gerak.. aku mula2 xpuashati tp hubby ckp nnt dia dah biasa jln ke Instun tu dia blk lmbt sikit, Ini dia belum biasa sbb tempatnya terpencil dan sgt gelap bila malam.. aku pun oklah... Aku dah siapkan semua barang keperluan hubby awal2 so bila dia nak gerak semua dah settle.. 

Bila hubby dah gerak aku pun settlekan kain baju ada yg baru aku angkat.. lipat dan letak dlm bakul utk angkut ke atas.. sambil melipat aku tgk jam.. pkl 3.. okla satgi naik atas, mandi & zohor. Dlm fikiran imajin bila dah mandi sejuk badan pas solat boleh baring2 kejab dgn eryna..

Tgh aku dok angkut bakul berisi kain baju ke atas, telefon berbunyi.. telefon tu pun aku letak dlm bakul kain ler jugak sbb xcukup tgn nk pegang.. ringtone menunjukkan ianya dr encik hubby.. aikk nape plak ni..  Aku pun angkat dan kedengaran suara resah hubby di hujung talian.. 

Hubby ; Mummy kunci tertinggal kat rumah!
Aku : Kunci apa pulak??
Hubby : Kunci bilik kat sana lah. Macam mana ni?
Aku : Laa kunci tu kat ne? Papa kat ne?
Hubby : Dekat tmpt kunci laa.. Papa dah dekat nak smpi Sg Bakap.
Aku : Kita jumpa separuh2 laa.. 
Hubby : Papa susah dah nk pusing ni.. bla bla bla..
Aku : Nak suh mummy hantar ke? (sebenarnya dah tau jawapan tp tanya la jugakkan, kot2 tekaan meleset)
Hubby : Mummy hntr la, papa masuk exit Nibong Tebal/Sg Bakap tunggu kat situ..
Aku : Okla... 

So.. nak jadi cerita aku pun bergegas ke sana.. tak sempat mandi, solat zohor pun idak.. tgk jam budget2 leh sampai umah b4 asar..  So last2 di tempat bawah ni kitorg berjumpa.. huhu

Aduh penat sebenarnya.. tapi kerana kesian kat hubby nak drive jauh aku hantar juga.. Punyalah sygnya kat suami kan? :P


Anyway xpelah itulah sebahagian pengorbanan seorg isteri.. kan.. Yang penting hari Jumaat depan ni pkl 5 punch out sila balik cepat ya bang!!

~mel

1 ulasan: