Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 11 Januari 2015

Misi Sukarelawan Banjir USM - Part 2



Pada hari kedua (Sabtu) adalah hari untuk bekerja. Kami diberitahu ada 3 buah bas lg yg baru smpi pkl 3pg membawa student. So jumlah bas usm adalah 6 buah bas. Sukarelawan usm ditempatkan dibeberapa dewan desasiswa, dan makan disediakan oleh pihak sukarelawan yg bertugas utk memasak di Pusat Islam. Rupa2nya banyak IPTA lain juga mnjadikan husm sbg markas sukarelawan. Masa kami solat di pusat islam, team sukarelawan upm bertugas utk memasak. 

Masa taklimat pada pagi sabtu ni kami diberitahu kami diarahkan mencuci SK Lela Jasa, K.Krai.. otw ke Gua Musang. Mula2 aku rasa pelik jugak takkan enam2 bas pi ke satu sekolah. Apalah kerja nak buat dgn sukarelawan lebih 200 org ni.. Before berangkat kami diberi boot, mask dan sarung tgn.. juga dipesan jgn beli di gerai2 berdekatan kwsn banjir, ditakuti jangkitan kencing tikus. Jadi kami bawa makanan secukupnya.. 
Sessi memilih boot.. 

Dah dapat boot masing2.. 

Setelah dpt boot dan semua bas ready kami pun memulakan perjlnan ke K Krai yg mngambil masa 3-4jam.. Bila sampai K.Krai, pemandangan yg kami lihat sgt meruntun jiwa.. Gambar2 yg dilihat di media sebenarnya tidak menyediakan kami dgn situasi sbnr.. 


SMK Kuala Krai terjejas teruk akibat banjir.. pagar ni separuh roboh..


Pekan Kuala Krai dah berubah sama sekali, kedai masih bnyk belum buka.. sampah penuh di sana sini.. aktiviti penduduk masih lg melibatkan aktiviti membasuh dan mencuci pasca banjir.. Kami sgt mampu mengucap dan berdoa bila melihat keadaan sekitar...



Rupa-rupanya kami ditugaskan membersihkan asrama SK Lela Jasa dimana pelajar2 dari kawasan sekitar ditempatkan di asrama ini dari kampung2 sekitar. Mengikut guru2 pelajar di sini terdiri dari pelajar miskin...
Ready utk berkhidmat.. Walaupun kami ready tp pemandangan selepas ini sgt menduga hati dan perasaan masing2..

Setelah takilmat kami ditugaskan mencuci tingkat 2 asrama lelaki. Asrama setinggi 4 tingkat ini ditenggelami air setinggi 2 tingkat hingga ke siling.. jadi dua level alatan dan perabut musnah. Tilam semua xdpt diselamatkan. Bila berada dlm bangunan baru aku faham kenapa 200 org diperlukan utk mencuci. Ini termasuk juga lebih kurang 50 org anggota tentera yg bertugas mengangkat dan memasukkan ke dlm lori barang2 berat yg musnah utk dibuang tak tahulah di mana. Respek sungguh kat diorg ni. Masa kami sampai brg2 di tingkat atas dah habis dibuang dan bilik2 ditinggalkan kosong utk kami cuci..

Kat bawah ni keadaan masa mula2 kami sampai.. Air masih belum ada so pihak tentera mem 'boring' air bawah tanah utk operasi pembersihan dan dipam naik ke tingkat atas utk proses pembersihan..

Mcm tak percaya tgk asrama nie..

Bilik asrama yg kami cuci.. katil semua tinggal rangka dan penuh selut..

Sukarelawan baru nak start kerja..
situasi masa mula2 sampai...

Bermain dgn selut..

Tu dia selut di tingkat 2.. :(

Cik Yah mencuci dgn jayanya..

Mencuci dan menyental.. nampak mudah tapi selut tebal berinci2.. terpaksa pinggah selut dulu baru boleh sental..

Askar angkat barang berpuluh2 trip.. 

Selfie sikit... jgn tgk sy tp tgk kemusnahan kat bawah tu.. subhanallah..

~mel
to be continued.. bateri henfon dah nak abis, powerbank pun dah surrender.. blogging dari atas bas waktu pulang ke Penang... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan