Memaparkan catatan dengan label sukarelawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukarelawan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Januari 2015

Misi Sukarelawan Banjir USM - Part 2



Pada hari kedua (Sabtu) adalah hari untuk bekerja. Kami diberitahu ada 3 buah bas lg yg baru smpi pkl 3pg membawa student. So jumlah bas usm adalah 6 buah bas. Sukarelawan usm ditempatkan dibeberapa dewan desasiswa, dan makan disediakan oleh pihak sukarelawan yg bertugas utk memasak di Pusat Islam. Rupa2nya banyak IPTA lain juga mnjadikan husm sbg markas sukarelawan. Masa kami solat di pusat islam, team sukarelawan upm bertugas utk memasak. 

Masa taklimat pada pagi sabtu ni kami diberitahu kami diarahkan mencuci SK Lela Jasa, K.Krai.. otw ke Gua Musang. Mula2 aku rasa pelik jugak takkan enam2 bas pi ke satu sekolah. Apalah kerja nak buat dgn sukarelawan lebih 200 org ni.. Before berangkat kami diberi boot, mask dan sarung tgn.. juga dipesan jgn beli di gerai2 berdekatan kwsn banjir, ditakuti jangkitan kencing tikus. Jadi kami bawa makanan secukupnya.. 
Sessi memilih boot.. 

Dah dapat boot masing2.. 

Setelah dpt boot dan semua bas ready kami pun memulakan perjlnan ke K Krai yg mngambil masa 3-4jam.. Bila sampai K.Krai, pemandangan yg kami lihat sgt meruntun jiwa.. Gambar2 yg dilihat di media sebenarnya tidak menyediakan kami dgn situasi sbnr.. 


SMK Kuala Krai terjejas teruk akibat banjir.. pagar ni separuh roboh..


Pekan Kuala Krai dah berubah sama sekali, kedai masih bnyk belum buka.. sampah penuh di sana sini.. aktiviti penduduk masih lg melibatkan aktiviti membasuh dan mencuci pasca banjir.. Kami sgt mampu mengucap dan berdoa bila melihat keadaan sekitar...



Rupa-rupanya kami ditugaskan membersihkan asrama SK Lela Jasa dimana pelajar2 dari kawasan sekitar ditempatkan di asrama ini dari kampung2 sekitar. Mengikut guru2 pelajar di sini terdiri dari pelajar miskin...
Ready utk berkhidmat.. Walaupun kami ready tp pemandangan selepas ini sgt menduga hati dan perasaan masing2..

Setelah takilmat kami ditugaskan mencuci tingkat 2 asrama lelaki. Asrama setinggi 4 tingkat ini ditenggelami air setinggi 2 tingkat hingga ke siling.. jadi dua level alatan dan perabut musnah. Tilam semua xdpt diselamatkan. Bila berada dlm bangunan baru aku faham kenapa 200 org diperlukan utk mencuci. Ini termasuk juga lebih kurang 50 org anggota tentera yg bertugas mengangkat dan memasukkan ke dlm lori barang2 berat yg musnah utk dibuang tak tahulah di mana. Respek sungguh kat diorg ni. Masa kami sampai brg2 di tingkat atas dah habis dibuang dan bilik2 ditinggalkan kosong utk kami cuci..

Kat bawah ni keadaan masa mula2 kami sampai.. Air masih belum ada so pihak tentera mem 'boring' air bawah tanah utk operasi pembersihan dan dipam naik ke tingkat atas utk proses pembersihan..

Mcm tak percaya tgk asrama nie..

Bilik asrama yg kami cuci.. katil semua tinggal rangka dan penuh selut..

Sukarelawan baru nak start kerja..
situasi masa mula2 sampai...

Bermain dgn selut..

Tu dia selut di tingkat 2.. :(

Cik Yah mencuci dgn jayanya..

Mencuci dan menyental.. nampak mudah tapi selut tebal berinci2.. terpaksa pinggah selut dulu baru boleh sental..

Askar angkat barang berpuluh2 trip.. 

Selfie sikit... jgn tgk sy tp tgk kemusnahan kat bawah tu.. subhanallah..

~mel
to be continued.. bateri henfon dah nak abis, powerbank pun dah surrender.. blogging dari atas bas waktu pulang ke Penang... 

Sabtu, 10 Januari 2015

Misi Sukarelawan Banjir USM - Part 1

Sejak mulanya banjir di negeri Kelantan, hati meronta2 ingin ke sana. Setiap hari ku ikuti perkembangan. Masa mula2 USM kampus induk buat misi ke KB, masa tidak sesuai.. ada mcm2 plan yg dah dibuat dr awal. Bila kluar circular email ttg fasa 1 pencucian sekolah di Kelantan aku sgt teringin nk pi. Tapi ianya hari bekerja, mana pulak aku nk tinggalkan eryna. Lepas tu tgk ada Fasa 2 dan Fasa 3.. fasa 3 nmpk menarik sbb pi hari jumaat..  bila tanya hubby.. alhamdulillah dia xmnghalang.. rasanya klu dia still keje usm mesti dia akan ikut sekali.. 

Kami berkumpul di Kompleks Cahaya USM pkl 9pg jumaat.. Eryna kutinggalkan di taska dan hubby akan ambil setelah smpi dr TM.

Taklimat sebelum berangkat..
Aku & gengss yg smngt nk bekerja 😍😍

Tiga bas USM.. satu dari kampus kejuruteraan dan dua dari kampus induk. Semuanya staf USM. Pada mlmnya ada 3 lg bas yg membawa student pula.. so 6 bas kesemuanya utk fasa 3..

Kami ikut jln Gerik. Sampai di Titiwangsa.. tengok banyak konvoi nk ke KB.. siap jumpa konvoi surau tmn pauh jaya juga.. Bila masuk area kelantan nmpk bnyk kemusnahan.. jln keretapi pun musnah.. hmm..

Perjalanan mmg lama.. sampai Kelantan dah Maghrib.. Sampai HUSM dah Isyak.. kami kelaparan.. dihidang nasi lauk sardin.. licin.. hihihi

Kami ditempatkan dlm dewan desasiswa.. dok dlm partition IM4U yg boleh muatkan 4 org dah dibekalkan sleeping bag.. alhamdulillah.. dah lama tak tido mcm ni.. 


Mandi pun dlm toilet je.. tingat zaman sekolah dulu2..
Dah siap utk bertugas. Aku dan Aziah dlm partition kami.

Ready to go to SK Lela Jaya Gua Musang..HUSM bekalkan boot PCK, glive, mask dan semua peralatan. Doakan misi kami dipermudahkan.. InsyaAllah.. Amin..

~~To be continued

~mel
live blogging dr atas bas USM B