Selasa, 13 Januari 2015

Misi Sukarelawan Banjir USM - Part 3

Inilah sekolah yang kami pergi... SK Lela Jasa.Keadaan sekolah tak teruk mana tetapi keadaan asrama memang sangat teruk... musnah...
Beginilah keadaan barang-barang dari bilik-bilik asrama. Tilam dan bantal musnah sama sekali. Boleh katakan hampir semua di tingkat 1 dan 2 tiada barang yang dpt diselamatkan. Dewan makan yg agak canggih pun habis musnah. Siling tinggal rangka sahaja.. semua jatuh ke bawah.


Sedang kami mencuci terjumpa teddy bear kat bawah ni.. sedihnya tengok dah comot disaluti selut..  So jiruslah dengan air sikit bagi molek kembali...


Dalam mencuci terjumpa pula naskah-naskah muqaddam yang rosak ditenggelami air.. :'(



Boleh tahan  kotornya kami hari tu... baju seluar semua dipenuhi selut. Pencucian bukan hanya di bahagian bawah tapi selut melekat di bahagian siling ... mmg sakit tengkuk mencuci. Sebenarnya tak rasa kami mencuci 100% bersih kerana airpun bukan air bersih.. jadi kesan2 selut tu mmg sukar dihilangkan terutama di belah atas bahagian bilik2. Setelah mencuci kami pun naik ke tingkat 3 utk solat. Kata seorang Ustaz yg menyertai rombongan.. kalau yakin pakaian tak kena najis tak pe solat dgn pakaian kami mencuci tu. So kami xdelah menukar pakaian utk solat cuma aku tukar tudung je lepas solat sebab tudung aku mmg basah kuyup terkena air cucian siling. Untuk ambil wuduk kami guna air mineral botol kecil sahaja.. tiada air bersih yg dijumpai utk mengambil wuduk. Mujurlah aku beli sedozen air mineral di Penang, so bekalan air aku ada banyak..  Selesai Jamak Taqdim.. kami pun bersiap2 untuk pulang..
Aku and the geng termasuk Prof Munirah yg bersama-sama dengan kami...

Dah penat mencuci.. naik bas kelaparan pulak.. mujur kami dibekalkan dengan roti gardenia 60 sen. :), Dalam perjalanan pulang dipaparkan dengan suasana banjir yg memilukan.. Manik urai, K.Krai, Kg Pahi... dan banyak lagi yg tak sempat ke rakamkan..
Di area Kg Pahi Kuala Krai.. dengan rumah tinggal tapak rumah saja.. rumah senget.. rumah tersembam ke bumi.. Ya Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...  Kami terus pulang ke HUSM utk berehat dan bermalam untuk malam itu.

Keesokan hari, hari Ahad kami dijadualkan pulang... rasa tak puas berada di sana tapi tugas menanti semula di Pulau Pinang. Namun pengalaman kurang sehari di Kuala Krai sangat menginsafkan.. bahawasanya kita tak punya apa2 selain dari Allah... Kalau dulu masa zaman diriku agak jahiliah tak terfikir tentang betapa kita sebagai manusia yg selalu mungkir dan engkar tapi bila melihat sendiri akibat dari keengkaran manusia.. rasa diri ini sangat kerdil.. rasa sangat berdosa kerana selalu terasa gah di bumi Allah ini.. sedangkan diri kita tiada apa2.. bila Allah berkata 'kun fa ya kun'.. tiada kuasa kita mampu menolaknya.. Ya Allah.. ampunkan dosa hambaMu ini.. ampunkan dosa keluargaku.. suamiku.. anak2ku.. jadikanlah kami dari golongan hambaMu yang bersyukur, merasa cukup dengan rezeki yg Kau limpahkan dan tidak kedekut untuk berkongsi rezeki-rezeki kami.. Ya Allah, jauhikanlah kami dari ujian dan dugaan yg tidak mampu kami tanggung.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Satu lagi yg aku rasa best dalam misi ini adalah walau siapa kami.. kami dilayan seperti sukarelawan. Walaupun anda professor, Dr. atau siapa2 saja.. kami berkongsi partition 1M4U.. mandi di bilik air yang tidak sempurna.. makan dalam keadaan di mana-mana saja.. Allah.. itu sudah cukup menginsafkan dan menerujakan diriku..



Apa pun syukur kerana diberi peluang untuk melalui pengalaman ini. Sedih waktu untuk tinggalkan Kelantan.. juga adalah sebahagian dari tanah tumpah darahku.. moga diberi peluang lagi untuk ke sini berbakti.. Tq encik suami kerana memahami dan memberi kebenaran menyertai misi ini serta mengurut pinggang yang sakit akibat pencucian yang intensif :P

~mel
Pengalaman yg berharga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan