Memaparkan catatan dengan label mummy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mummy. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

9 Julai datang lagi...

 

9 julai 2013.. genaplah 3 tahun usia puteri kesayangan kami Eryna Zulaikha.. juga.. genaplah 4 tahun pemergian arwah bonda yang tercinta.. terus sebak melanda hati bila mengingatkan arwah bonda.. Al-Fatihah.. ya Allah semoga arwah bonda bahagia di sana..

Mengingati peristiwa 4 tahun lalu aku rasa sebak.. bonda pergi pada hari Khamis.. 2 hari selepas aku bertemu dengannya, ketika itu hatiku berat ingin berjumpa dgn bonda.. jadi sekembalinya aku dari kepulauan Teneriffe di negara Sepanyol, aku terus menukar tiketku yang sepatutnya terus ke Penang dari KLIA ke esokkan harinya semata2 untuk bertemu bonda di Klang pada masa itu.. Tak ku sangkat itulah kali terakhir aku bersua denganNYA.. pada pagi khamis aku menerima panggilan bahawa bonda telah pergi selama2nya..

Mengingati peristiwa 3 tahun lalu.. lahirnya Eryna Zulaikha ke dunia.. bagiku adalah suatu hadiah yang tidak ternilai.. lahirnya pada tarikh yg sama dengan pemergian arwah bonda tentunya penuh makna buat aku.. maksudnya aku takkan melupakan arwah bonda setiap kali tiba hari lahir eryna.. Kelahiran Eryna bukanlah perkara yang mudah yg telah aku lalui.. tetapi alhamdulillah.. aku (dan kami) berjaya mengharunginya..

Hari pertama Eryna... di sini

 jejari kecil eryna semasa berumur 23 hari... :)

Eryna membesar di sini  dan di sini dan di sini juga di sini... serta banyak lagi lah... huhu


Dan inilah Eryna pada hari ini.. semakin pandai.. semakin banyak ragam.. tetapi sentiasa menghiburkan hati mummy & papa.. hari ini balik2 menyanyi happy birthday untuk diri sendiri sebab kat sekolah tadi tiup kek dan kawan2 menyanyi lagu happy birthday untuknya...
 



Selamat Hari Ulangtahun ke 3 Eryna Zulaikha bt. Muhammad Faizal... semoga menjadi anak yang solehah buat papa dan mummy.. nanti yina dah besar baca blog mummy yina akan tahu betapa yina berada di hati kami sentiasa.. papa mummy sayang kamu, eryna...

~mel

Selasa, 4 Januari 2011

Gift dari Auntie Naini..

Bertuah sungguh Eryna.. masih tak putus2 dapat gift dari kawan2 mommy.. hari ni dapat gift dari auntie yusnaini pulak.. Ni utk sambut besday Eryna yg ke 6 bulan la pulak kot.. iaitu lagi 5 hari.. 9/1/2011. Terima Kasih auntie naini.. hari tu bg mommy tudung.. skrg bg eryna baju yg sgt cantik.. siap ada klip rambut & kad ucapan.. :)

Actually mommy pun xpernah jumpa auntie naini.. tau nama dan rupa saja (tgk gambar).. nnt kalau ada peluang nak jumpe jugak auntie naini.. hihi.. kalau dia lari kita nak kejar.. :P

Anyway.. Thanks again kat Naini.. dan juga kawan2 yg bagi gift kat eryna.. Love u all soo much!!


~mel
Ada lg satu hadiah utk eryna dari kelab sosial kat sini yg belum sempat ambik dari kereta member..huhu..