Selasa, 27 November 2012

Student..

Sy ada seorg student Master by research. Dia memohon sgt2 utk dtg berjumpa sy 2 thn 4 bulan yg lepas sewaktu sy dlm pantang & tgh sakit teruk akibat pendarahan tiada henti pd caesearean sy, kerana SV dia kembali kerahmatullah dan dia sgt perlukan SV yg baru. Kerana kesian, sy benarkan dia dtg ke rumah dlm keadaan sy sakit dan sy sign borang pertukaran SV atas dasar simpati sy pada dia. Kini setelah lebih 2 thn, dia masih belum tamat Master dan belum pun present proposal. Setiap kali sy bertnya ttg research dia, alasan bnyk kerja sekolah (dia cikgu), jatuh bilik air lah..jatuh tanggalah.. dan mcm2 alasan. Hinggalah slps dia present prospektus 2 bln lepas (kena bantai dgn hebatnya masa tu).. dia smng kejab..pastu dia hilang. Mggu lps terjumpa dgn dia di cafe harapan, sy tnya kt dia mana bab2 yg dia janji nk hntr pd sy. Dia ckp internet rumah dia problem, dia janji nk dtg jumpa sy hari selasa. Bila hari selasa, sy terpaksa luangkan masa lebih 2 jam kpd dia sbb sy perlu baca satu persatu bab2 yg dia bawak. Then sy suh dtg betulkan, dtg semula hari Jumaat pkl 9.30.. punyalah sy nk tolong dia sbb candidature yg dia dah extend akan habis feb, sdgkan proposal pun belum present. Pkl 9pg jumaat dia call ckp dis xdpt dtg pg, minta nk dtg ptg. Sy cakap ok dtg 3.30ptg. Pkl 3.30 dia tak muncul2,  40 minit sy tunggu, dia xdtg. Sy ada hal lain, sy keluar ofis tp masih lg kesian, sy sms dia ckp sy perlu keluar ada hal. dia tak reply. Pkl 4.30 dia call tp sy malas nk angkat. Dia sms pulak ckp ada kat depan ofis sy. Masa tu sy kat ofis hubby. Sy tnya hubby betul ke sy ckp kat student tu pkl 3.30 bkn 4.30? Hubby sy cakap betul sbb time student tu call dia ada dpn sy. Sy sms students tu suh dia balik sbb dia dah sejam lmbt.

Dia sms sy balik tnya boleh dia jumpa sy esoknya (Sabtu).. masa tu sy mmg dah geram.. sy just reply sabtu sy cuti. Tetiba smlm, Isnin, dia muncul ketuk pintu ofis sy dgn menghulurkan 3 bab utk sy baca. Nak tau pukul berapa? Pkl 5ptg!! Time tu sy sdg tutup pc utk kluar ofis.Sy ckp kat dia sy xboleh tgk, sy nak kluar dan esok dtg pg2 jumpa saya.. pkl 9pg.. Ok, skrg dah 9.45 dia xmuncul2.. Saya sgt geram, sakit hati dllg skrg ni. Sy dah bnyk bg peluang tp dia sendiri punya masalah attitude yg sgt buruk. Sy sgt anti org yg tak punctual. Student ni selalu ingat diorg satu2nya student yg perlu di attend, diorg ingat lecturer kerja 24/7, xde family, xde kerja lain.. xde life lain..asyik nak melayan student semata2.. inilah contohnya. Dan ramai lg bersikap mcm ni.. ni baru sorang.. yg lain2 tu bila time nak submit time tu lah nak cari sv suh baca tu baca ni.. buat kerja semua last minit pastu nak paksa org layan derang macam masing2 tu puteri2 raja.. Sakit hati betul...

Semalam juga ada seorg student lain yg email 5 bab thesis suh saya baca dan thesis tu due datenya hari ni.. gila betul.. dia ingat thesis tu boleh baca dlm 5 minit? Bila sy gtau dia sy ada kursus sehari suntuk semalam, dia cakap suh sy baca kat rumah mlm tadi... heyyy.. ko ingat aku ni ape? xyah masak? xyah makan? xyah kemas rumah? xyah basuh kain? Hampes gila...

Kalau student kat atas ni dtg jumpa sy nanti bila2 memang sy akan basuh... saya akan canai.. sy akan bebel.. ko nak nangis.. nangis la..


~mel
layan geram!


Ahad, 25 November 2012

Baju Princess..

Time balik Gombak ari tu, mak mentuaku ada bg kain utk buat baju Eryna bg kenduri kawen Faiz, adik hubby pada hujung bulan 12.. Mak ckp tak taulah cukup ke idak utk wat baju kurung sebab kain tu kain lebih dari baju sepupu2 yina utk kenduri tu..Bila aku tgk memang cukup nak wat baju kurung.. tapi Yina bukan selalu pakai baju kurung.. lgpun tema kenduri garden wedding..

So, fikir2 nak buat gaun la utk eryna.. Kebetulan pagi semalam ke kedai A tu Z jumpa reben ros yg cantik.. so.. aku belila.. Ptg smlm aku sibuk siapkan alter kain mak yg tempah org tu jahit besar sgt. Bila dah mlm mood menjahit tu masih ada.. So bila yina dah tidur, pkl 10 aku start gunting baju gaun tu.. Kebetulan incik hubby demam, xleh nk tidur dlm bilik sbb aircon sejuk (yina pulak klu xde aircon suka meragam!!), so hubby dok temankan aku menjahit kat bawah.. sambil dia tidur.. huhu

Pukul 2.30pg siaplah aku menjahit baju princess eryna.. cuma ada bhg lipatan yg perlu jahit tgn lom siap. Hajat hatiku nak jahit manik utk bg glitter2 sikit.. itu aku akan buat sikit2 nnt tiap2 mlm before tidur.. huhu..

Eryna dah try baju princess yg mommy buat.. hihi..suka dia.. :D

~mel 💞
p/s masa eryna try baju tu dia lom mandi.. hihi

Khamis, 8 November 2012

Di manakah hilangnya malu...

Iyer.. itu topik yang sentiasa berlegar-legar di kepala aku bila aku melihat penjual2 online terutamanya di facebook yang menjual barang2 'kesihatan' dan kecantikan untuk untuk perempuan.. tagline2 yang dipaparkan kadang2 membuatkan aku yg membaca malu.. tapi mereka yang memaparkan tak malu kah?
Terfikir jugak.. mungkin aku ni dah tua kot.. sebab tu lah sgt sensitif dgn mende2 mcm tu.. tp aku rasa dari dulu aku mmg bukan seorang yg suka dengan perkara2 yg memaparkan dengan terang ciri-ciri keperempuanan... Aku tidak selesa bercerita tentang perkara-perkara yang agak sulit...

Contoh yg aku lihat.. pagi tadi aku melihat di timeline ada seorg yg sgt kukenali, masih anak dara.. menjual barang kesihatan secara online.. dan paparan utk tagline produk tersebut adalah... 1) Laraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan P***D**A. Terus terang aku rasa sangat sedih.. seorang gadis menjual barang dgn tidak malu2 memaparkan perkataan tentang badan perempuan yg seharusnya malu utk diperkatakan dengan huruf besar lagi.. Aku yg membaca merasa malu bagi pihak beliau.. Kalau nak menjual pun agak2lah.. kita ni perempuan.. islam.. seharusnya menjaga akhlak, menjaga perkataan.. menjaga setiap perbuatan.. aku tak tau org lain laa... aku nak sebut perkataan tersebut dgn kawan2 perempuan pun tgk2 juga orgnya.. inikan pula nak paparkan di fb utk menjual barang berkenaan... nauzubillah...

Ada juga isteri-isteri (mentang2 dah kawen).. bila menjual barang kecantikan dan kesihatan tidak malu2 memaparkan chat/perbualan antara mereka dan kawan2 yg guna produk mereka.. cerita pasal hubungan intim suami isteri.. bahagian d*** yg makin $%^& dan macam2 lain yg membuat aku tertanya2... mereka ni tak malu ke? Boleh cerita pasal hubungan suami isteri... suami cakap isteri makin $%%^& dan lain2 lagi la.. yg tak sanggup aku nak tulis (malu!). Tidak kah mereka ini tahu.. bercerita mende2 macam tu adalah HARAM..  walaupun nak jadikan testimoni... Yang aku peliknya dah paparkan mende2 mcm tu bg pulak motivasi cara keislaman... errr... semangat nak dapat duit jadikan macam tu?

Apa2 pun... wahai wanita.. jagalah aib masing2.. sembunyikan apa yg perlu disembunyikan..dan bersikap malulah.. Malu itu menghindarkan diri kita dari melakukan perbuatan yang tidak baik...Peringatan ini juga untuk diriku.. semoga aku sentiasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.. malu untuk menjadi wanita yg terlalu terbuka pemikirannya dan semoga Allah sentiasa teguhkan keimananku dan keluargaku... Amin Ya Rabbal Alamin...

Maaf sekiranya ada yg baca dan terasa..  malu utk menulis pos ini tapi malu juga utnuk menegur secara terang-terangan, takut disangka dengki atau irihati.. sedang sebenarnya memang malu melihat keterbukaan wanita2 di luar sana... Malu itu sebahagian dari iman..  jagalah maruah kita sebagai wanita islam..


~mel