Rabu, 19 Ogos 2009

life..


Sign of Life II, originally uploaded by Jeremy-G.

Hari ni aku masuk ofis agak lambat.. pukul 10.15 baru keluar dari rumah.. malas nak keluar awal2, just not in the mood to go to work early.. Sekarang ni rasa work agak hectic, lots of things to be done.. I enjoy my work actually, walaupun agak busy..

Yesterday patutnya aku dah xde kuliah dengan kelas DPLI sebab my collegue sepatutnya ambil alih, tp sebab dia ada hal aku tolong gantikan lecture dia. I enjoy lecturing so tak kisah sgt utk mengganti, as long as diberitahu awal2 so that i can prepare earlier. After aku habis lecture dan mengemas2 peralatan (mic, laptop, lcd dllg).. seorg student dtg kat aku. Dia bawak surat mc dan cakap dia kena demam seminggu so last week dia tak dtg. Sebelum2 ni mmg aku yg bg lecture kat kelas tu. Aku cakap ada surat mc ok.. aku pun tanya dah ok ke, coz ada sedikit kerisauan kot2 dia belum pulih sepenuhnya. She told me dia dah ok.

Then tiba2 dia cakap.. Dr. takziah atas pemergian mak Dr. Dah lama nak cakap personally tapi tak tercakap.. aku cakap terima kasih.. Then dia cakap.. "Dr. saya rasa respect sgt kat Dr. sbb sy tgk Dr. macam still sedih tapi bila time mengajar Dr. boleh mengajar macam biasa, still ada jokes dan nampak Dr. sgt tabah. Sy tak tau mcm mana Dr. boleh buat mcm tu.. Sy rasa mcm kalau sy, sy tak boleh nak cope kalau perkara macam tu terjadi kat sy.. "

Masa nak jawab kat dia, aku ada rasa sedikit sebak, but then terpaksa tahan2.. Aku cakap kat dia.." this is life.. nak tak nak saya kena terima, bukan senang dan kadang2 org yg tak pernah merasai situasi mcm ni takkan faham.. tapi apa2 pun kena kuatkan smgt.. kalau ikutkan sedih.. rasa hari2 nak menangis.. tapi sampai bila.. life goes on walaupun usah.. "

sebenarnya mmgla dari segi luaran org nampak aku mcm relaks.. even bila terjumpa kawan2 atau student yg mengucapkan takziah aku boleh mengawal kesedihan, but still jauh disudut hati aku.. ada satu kekosongan di situ. sometimes aku terfikir.. ehh..skrg ni aku nak balik ke mana? dulu.. di mana mak pergi disitulah aku mengekori.. ramadhan lepas.. mak di kelantan.. aku ke kelantan naik fireflyz.. first time aku naik fireflyz sebenarnya. Skrg ni aku macam keliru.. as where should i go..

Tapi tula kan.. hidup perlu diteruskan walau apa terjadi.. aku sebenarnya tak sekuat mana.. tak sekuat bagaimana student2 aku atau org sekeliling aku tgk.. hanya org yg paling rapat dengan aku saja yg tau yg aku ni bukan sekuat itu.. aku hnya insan biasa..

Minggu ni ada majlis Tahlil hari ke 40 pemergian arwah mak.. juga bersempena kehadiran Ramadhan..


~mel
tgk gambar kat atas tu... walau gelap di sekeliling.. daun itu mampu hidup dan menghijau.. survival itu penting...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan