Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sebulan berlalu..

Pagi in mendung & hujan.. Semendung hatiku diwaktu ini. Hari ini genap sebulan arwah mak pergi... mak pergi pada 9.7.09.. meninggalkan kami adik beradik yatim piatu tanpa ayah & tanpa ibu... Malam tadi aku rasa sgt sedih.. sehingga hari ini.. aku sepatutnya pergi menjalankan kajian di sebuah sekolah pagi ni tapi disebabkan serabut.. aku tak jumpa sekolah tu.. last2 aku balik semula ke ofis.. aku tak contact sape2 cakap aku xjumpa sekolah, dan aku malas nak ambik kisah.. biarlah.. hari ni aku rasa lost.. i don't care..

Dari malam tadi aku teringatkan mak.. disaat aku terpaksa bertugas hingga hampir pukul 2pg.. aku rasa sgt rindukan mak..aku rasa sgt susah.. aku tak tahan asyik disindir.. dan diberi hint, kalau tak mampu baik undur diri.. Aku benar2 rasa tiada support.. tiba2 teringat.. mmg aku dah tiada siapa2.. dulu ada juga mak, dlm sakit2 dia dapat juga aku berbual mencurahkan perasaan aku.. yg cakap dia sayangkan aku walaupun apa terjadi.. yg sanggup buat apa saja walau dirinya tak terdaya.. itulah mak.. setelah mak pergi.. pada siapa aku nak mengadu...

Walau apa pun.. aku sedar sekarang ni aku hanya ada diriku.. aku tak boleh bergantung pada siapa2, mak dah tiada.. ayah mmg sudah sekian lama pergi.. adik beradikku yg lain ada keluarga mereka sendiri.. aku? just here... meniti hari...


~mel
sampai bila harus begini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan