Selasa, 23 Februari 2010

Hari ke 5...

Hari ni masuk hari ke lima aku kat hospital.. Kebosanan tu mmg tak dapat dibendung lagi.. Aku rasa berbeza bila masuk hospital dlm keadaan kita tak berdaya, tak boleh bangun dgn keadaan aku sekarang ni yg boleh jalan2 dan bergerak macam biasa.. Just problem dlman yg perlu di monitor.. Hari ni pagi2 doktor dah dtg dan aku pun awal2 dah tanya bila aku boleh keluar.. Doktor cakap result belum stabil but much better.. so harap2 hari ni makin ok dan ada perubahan positive.. Doa2 lah yer..

Kesin kat hubby balik kerja kena dtg sini.. Walaupun kalau boleh aku nak dia dtg temankan aku kat hospital ni tapi sebab aku ni bukannya terbaring takleh gerak.. Cuma kebaikan wad ni xde time melawat yg guard jaga kat pintu.. meaning hubby boleh dtg bebila masa & balik bebila jugak.. So xdela aku tensen sgt.. Aku pun boleh jalan2 kat bawah cuma aku just turun bila hubby dtg jer.. walaupun aku rasa sihat walafiat, aku xberani pulak nak gi jalan bawah sengsorang.. takut jugak kot2 ade effect ubat.. kang terbongkang kat bawah sorang2 aku gak yg susah... huhu..

Anyway enjoy gambar2 suasana hospital yg aku ambil pg ni... BTW.. nurse kat sini baik2 belaka.. ramah tamah dan sentiasa tersenyum... setakat ni tak de la nurse yg muka masam.. semuanya ok..siap berfacebook dgn aku pun ade.. huhu... Siap nak belajar.. Baru aku pasan yg ramai lagi org yg bukan kaki internet macam kita ni... Terutama golongan2 nurse yg kerjanya fizikal.. tak duduk setempat..

Tuesday morning..
Ini mentari hari ni... xcantik sgt sebab dari angle lain dan thru tingkap sbb tangan aku sedikit menggeletar pagi ni sebab effect ubat.. so takut nak keluarkan henfon keluar tingkap.. kang sesia iPhone aku jatuh ke bawah.. huhu.. Kalau nak beli baru kena beli iPhone gak.. tefon lain macam dah xbest jer nak guna skrg...


Hospital..
Ini pemandangan kad area kecemasan. Masa nak checkin hospital dulu daftar kat sini laa.. Mujur dah biasa bawak student sakit.. so taulah mana nak dituju bila sendiri sakit.. huhu


Misi..
Ini misi yg bertugas pagi ni... Biasanya pagi2 pukul 5.30pg dia akan kejut aku utk ambil bacaan darah.. 7.30 bg medication.. kol 8.00 ambil blood pressure and check demam.. Since masuk sini smlm aku temperature aku naik (demam) dan ada blood pressure meninggi dan mlm tadi menurun sgt pulak... pening dibuatnya... but overall aku rasa sihat jer..


Room..
Inilah bilik yg aku duduk.. Room 7.. Bilik ni memuatkan dua org pesakit.. beraircon dan oklah agak private berbanding dgn bilik2 sebelumnya. Supposedly aku masuk bilik sorang tp bilik single semua penuh (ada 2 jer pun kat wad A3 ni..huhu).. Kalau dok bilik single mmg sah aku pujuk hubby checkin hospital dgn aku sekali & gi keje dari hospital.. :)

Ex roommate..
Ni jer gmbr yg aku tak ambil pagi ni.. Aku ambil 2 hari lepas.. Gambar masa ku kat bilik 4 org.. tp masa tu aku berdua jer kat bilik tu.. Bilik tu selesa cuma tak best sebab xde aircon jadi aku kepanasan.. so tu sebab aku tukar.. kalau ikutkan aku suka dok dengan kakak ex-roomate aku tu. Dia mengidap leukimia.. dah berbulan dok hsptl.. kesian dia.. really nice lady.. Aku skrg ni boring2 mmg gi lepak sana borak2 dgn dia..


Panjang lak entri hari ni.. Actually ada smngt sikit bila doc kata ada perubahan sikit walaupun still tak ok.. Penuh harapan agar esok ok.. Insyaallah.. Amin.. Doakan aku yer.. also thanks to my dear Hubby..


~mel
Bilik 7A, Wad A3,
Hospital Pulau Pinang.

2 ulasan:

  1. Doa bebanyak yer ... Semoga mommy ngan kandungan sihat walafiat ...

    BalasPadam
  2. ikut cakap doktot ye mel... take care.. baca ayat Salamun kaulamiirrabirahiim byk2 kali.. dari surah yasin x ingt olak ayat baper...

    BalasPadam