Dari Bucharest kami menaiki keretapi ke Bacau. Kami seramai 6 org dibantu oleh seorg participant konference yg berasal dari Bucharest yg sama2 naik keretapi dgn kitorg. Gambar kat atas tu kami berenam sedang beli tiket untuk ke Bacau, aku, hubby (tukang amik gambar), Marrku dan Tuomas dari Finland, Yun Mei dari China dan Alexandra yang membantu kami dari Bucharest ke Bacau. Dia memang sgt2 bagus orgnya. Spjg perjalanan dari Bucharest ke Bacau kami berborak sampai tak terasa perjalanan yg hampir 5 jam tersebut. Sampai2 di Bacau, AJK2 conference telah pun menunggu di train station.. so dgn cepatnya kami menapak ke hotel yg disediakan.. jalan kaki jer tak sampai 10 minit.. Nama hotel yg kami tinggal adalah
Vila Corola.. Hotel ni walaupun agak kecil tetapi sgt selesa.. owner nya juga sgt peramah..
Ok aku skip dulu aktiviti di hari pertama iaitu conference sebab aku tgh malas nak menulis.. hehe.. Yang di bawah ini sebenarnya adalah catatan aku sewaktu trip dijalankan pada hari kedua persidangan. So aku just edit sikit2 jer...
Organiser conference ni mmg sgt bagus, pada hari kedua kami berpeluang untuk mengikuti trip ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar... Tempat2 tersebut adalah Neamt & Harghita counties (Bicaz Lake, Bicaz Gorges & Red Lake) dan ianya adalah sgt2 awesome..
Pada hari kedua persidangan, ada arrangement utk trip. Mulanya aku malas
nak ikut.. ingat nak shopping je.. tp bila fikir balik..baikla pergi,
klu gi sendiri mungkin tak sampai pulak ke tmpt2 lain selain dr pekan yg
sedia ada..kan.. So pagi-pagi hari Sabtu kami dah gerak ke tempat bas menunggu... tu haa basnya.. kat gambar atas... :D
Ini adalah Bacau City...
Bandar Bacau ni mmg tipikal bandar di Romania yg bangunannya cantik dan antik serta ada banyak icon2 yg menarik terpapar..
Ni adalah salah satu hotel yang disediakan oleh pihak penganjur..
Bangunan-bangunan cantik dan antik di sepanjang perjalanan kami.. Dapat dilihat sepanjang perjalanan banyak bangunan-bangunan lama yang cantik dan ada juga bangunan yang ditinggalkan.. sayang sungguh..
Me & hubby dalam bas untuk trip tersebut..
Kami memulakan perjalanan dlm cuaca yg agak mendung dan hujan renyai2
dgn Sepanjang jln terdapat banyak gereja.. bangunan2 lama
yg antik-antik.. Pemandangan mmg sgt lain dari negara2 yg pernah kami
pergi.. jln yg kami lalui agak kecil rasa mcm nk berlanggar2 jer
kereta2nya.. Dlm perjlnan tetiba nmpk kereta kuda di tgh jln... ohh..
sgt pelik!! rasa mcm berada di zaman dulu2.. kereta kuda masih digunakan
sbg pengangkutan harian..
Berada di sini mcm berada di zaman silam.. hihihi.. ada gak rasa mcm berada di
Russia kot..(macam pernah pergi Russia).. Kami berhenti kat sebuah bandar lama Gathranams yg berasal
dr kaum lama Kuhulen yg telah dibina sejak tahun 1600. Pengaruh kristian
mmg sgt kuat.
Malangnya disebabkan hujan turun pada pagi tu.. so kebasahan juga la kami.. payung tak de pulak tu, so kami belasah je la hujan2 pun...sambil2 menumpang payung org lain tanpa malu-malu lagi...
Dalam kehujanan kami dibawa ke sebuah biara lama di bandar Roman, yg terletak lebih kurang 40km dari Bacau. This was our first time mask dalam sebuah biara.. satu pengalaman baru utk kami...
Dalam biara tersebut...
Kemudian kami pergi pula sebuah biara lain... ini adalah sebuah biara orthodox. Bisrita Monestary 8km dari bandar ini. Orthodox Monestary dari tahun
1412.. kami dpt lihat seni bina medieval yg mmpunyai dinding yg kuat utk
perlindungan. Monestary ini adalah monestary orthodox monk yg mana
peraturan dia klu org pompuan pergi tak boleh pakai seluar atau skirt
pendek. So di pintu monestary tu disediakan kot2 utk dipakai oleh org
perempuan. Org perempuan juga diwajibkan menutup rambut/kepala bila
masuk monestary ni..Dan aku tgk perempuan2 Romania terutama yg dtg sama2
dlm trip kami mmg siap bawak tudung kepala utk prepare masuk dlm
monestary tu.. Time dalam bas tu sebelum turun ke biara tu tetiba tgk Alexandra dan Livia (salah seorg participants) bawak keluar skaf/shwal dari handbag diorg. Bila ditanya diorg ckp bila masuk biara mesti tutup kepala... then bila kami sampai ke pintu biara, yg perempuan kena pakai kot di atas sebab pemakaian seluar bagi perempuan adalah dilarang dalam biara tersebut. Interesting kan? errr... mcm pompuan melayu islam yg xtutup aurat nk masuk
masjid la tu.. :P Sebabnya lebih kurang jer macam Islam.. kena bertudung.. melabuhkan baju.. kata incik hubby mmg orthodox ni lebih kurang macam islam juga.. dan bila borak dengan bapa mentuaku bila dah balik malaysia, dia cakap kalau ikutkan kita boleh makan daging/ayam yg disembelih oleh diorg ni... yg betul2 la.. bukan yg dah terpesong..
Incik hubby sedang mendengar dgn khusyuknya penerangan ttg biara ini..
Kemudian kami pergi pula ke Pangarati Monastery yg dibina pada abad ke
15 dlm tahun 1460. Dari apa yg diberitahu ianya mula2 adalah sebuah
monestary kecil lepas tu ditambah2 hingga jadi besar pada tahun 1860.
Masa kat sini hujan turun dgn lebatnya.. basah kuyup kami dibuatnya..
Monestory ni atas bukit dan tempatnya sgt cantik.. Senibina nya mmg
kagum aku tgk.. tp bila masuk tu biasalah dlm hati selawat bnyk2.. takut
pun ada..tp pengalaman mcm ni mmg susahlah nk jumpa.. sambil berjalan
sambil belajar sejarah negara lain.. Sgt menarik..
First time tgk ni...
Yo yo je bergambar..
Kami kehujanan tapi still bersemangat nak melawat.. :D
Seni dalam biara ini mmg sangat mengagumkan. Ukiran san lukisan mmg cantik dan detail..
Hubby tunggu diseberang sana.. hujan yg sangat lebat masa ni.. dia malas nak mengharung hujan...
Kagum dengan penerangan dari monk ni...
Setelah habis melawat biara2 tadi.. kami dibawa pula melawat ke kawasan pergunungan di mana tetiba di tepi jalan ada gerai-gerai seperti di atas. Tempat ni namanya Bicaz Gorges dan ianya sangat unik dgn batu2 yang tersergam indah...
Sepanjang jalan adalah cantik ok!
Kami berhenti sekejab untuk bergambar.
Dari biara2 tu kami dibawa pula ke Red Lake di mana pd tahun 1837
Red Lake terjadi akibat landslide. Red Lake ni letaknya di atas gunung..
dan perjalanannya melalui jln kecil.. naik gunung.. Dan bila sampai kat
red lake ni sgt menarik ok. View sgt cantik.. bnyk kedai souvenir..
hehe itu sgt penting. Souvenir kat sini harganya jauh lebih
murah.. masa kami kat Bucharest Fridge Magnet harganya 10 ke atas satu..
sampai takut nk beli.. tp kt atas Red Lake ni hnya 3lei., dlm hati
ckp.. rugi dah beli kat Buchares.. huhu..
Sampai2 di Red Lake.. perut berkeroncong yg amat sgt sebab dah tengahari.. so kami diperkenalkan dengan sejenis roti besar yang digulung yang dipanggil panko (alahai gambar dari henfon incik hubby.. huhu).. dan ianya sangat sedap!! Harganya 10 lei tp percayalah cakap aku.. aku rasa ianya sgt sedap (haha ke sebab lapar.. tak tau laa.. :P). Kat atas tu kami bergambar depan kedai roti tu..
Ada kawasan menjual2 juga di Red Lake ni... so kami ambil kesempatan utk shopping...hihi
Baju pesyen2 romania yg cantik.. sempat aku beli 2 lai utk eryna.. selai utk aku.. hihi..
Me and hubby kat depan Red Lake
Ahli-ahli rombongan menikmati pemandangan yang sangat menarik di sana
Gaya seorang hero filem hindustan... huhu
Gambar dari atas bas waktu nak balik dah dari Red Lake..
Dari Red Lake kami di bawa menikmati pemandangan dari atas pergunungan... subhanallah sangat cantik. Ada sebuah tasik yang sangat besar dan spjg perjalanan kami merentasi tasik tersebut melalui atas bukit.
Sambil2 jalan2 tu tak sedar dah pkl 4 lebih dan kami belum lunch!! masing2 dah bising perut lapar! hahaha.. sabar je laa.. Last2 kami di bawa ke sebuah restoran tersembunyi kat tepi tasik tu.. sgt2 best.. makan mengadap tasik.. Restoran tu di Buhalnita, di tepi Bicaz Lake (Izvorul Muntelui Lake) dan namanya adalah Lostrita Restaurant.
Ini adalah lunch kami pada hari tersebut... ikan trout yg digrill bersama mashed corn.. walaweh... sgt sedap!!
Menapak dari restoran yg berada di bawah bukit selepas lunch adalah sgt meletihkan... kaki aku siap bengkak sampai balik ke sini... :P. Nampak sgtlah jarang exercise.. :D
Cantikkan!! Bukan orgnya tapi pemandanganya daaa...
Lepas makan semua dah penat.. maklumla dah lewat petang.. ingatkan dan boleh balik... rupa-rupanya tak boleh balik lagi... kami dibawa melawat sebuah personal museum yang sangat unik...
Ok.. dah tak larat nak tulis... sambungan seterusnya di Part 3... :-)
~Mel
Best!