Khamis, 27 Februari 2014

Tak Sihat...

Bangun2 pg tadi Eryna demam.. kebetulan aku mmg plan nk pi Pusat Sejahtera USM utk ambik ubat yg dah nak abis.. so bawak jela eryna sekali.. Sampai klinik ok pulak si Eryna.. dgn permainan yg ada mcm2 mmg sukalah anak dara mommy ni..


Environment klinik usm ni mmg bagus.. walau ramai org tp xletih sgt menunggu sbb aircond kuat.. pastu staf mmg baik2 belaka.. tak mcm misi2 yg kt klinik kesihatan biasa yg kdg2 kerek semacam.. Sebenarnya eryna first time aku bawak ke sini.. biasanya aku bawak pi Poliklinik Penawar panel usm jugak.. tp since dah termula dtg sini rasa ok.. dan mmg ok tgk eryna yg demam tu dok enjoy main...


huh.. lama lg nk menunggu ni.. mau tertido aku aras kusi empuk ni.. :P

~mel
live blogging

Rabu, 26 Februari 2014

Sarapan sendirian..

Sekarang ni pagi2 aku akan lepak di rumah buat apa2 yg patut.. kemas rumah basuh kain dllg sambil2 buat sikit2 kerja di komputer.. Pagi ni aku buat bfast utk diri sendiri.. ala ala american bfast.. garlic bread, telur goreng cair & baked beans... biasanya aku mmg perlu bfast yang agak berat, cuma aku tak berapa suka makan nasi lemak pagi2 kecuali yg mak mentua aku masak.. huhu.. yg tu boleh makan 2-3 pinggan..  Bila aku dah makan heavy pagi2.. tgahri aku mulalah xde selera nak makan... malam pun aku kurang ada selera makan..

Since dah tak de teman utk lunch skrg ni, sama ada aku makan tghari simple2 utk, biskut ke.. goreng pisang ke. buah2 ke..utk lunch... utk makan mlm aku makan roti atau nasi sikit jer.. Aku tak berapa nak makan nasi skrg ni.. tapi kalau sayur2 okla.. entahlah tak tau la apasal.. mungkin dah bertukar jadi minah saleh.. huhu...



Atas ni bfast aku pagi ni... sedap jugak.. tak toleh kiri kanan aku makan... :)


Anyway sebenarnya nak ngumpat sikit pasal makcik sebelah.. bukan apa masa kami mula2 pindah wat renovation dia punya bising ckp kitorg buh tiles kat depan tu tinggi sangat nnt kalau basuh kereta ke ape rumah dia akan basah sebab rumah dia rendah... tak lama lepas tu dia pulak buh tar depan rumah dia.. pastu buh pasu bunga antara rumah kitorang dgn rumah dia.. Sekarang ni apa jadi?? bila dia siram bunga abis bertakung air kat depan rumah kitorang.. aduhh... aku bukannya apa, kalau dia tak cerewet dan mengata kitorg tak pe.. tak kisahpun dia nak buat mcm mana.. ini semua benda salah.. entah lah kan.. manusia..manusia.. yang aku pelik dia tak de pulak perasaan segan ke ape sebab menakungkan air depan rumah org.. siap siram pokok depan halaman rumah aku... makcik.. makcik... hishhh.. tambah dosa aku ngumpat dan membebel kat makcik ni.. tak pe tak pe.. apa2 pun semoga makcik dirahmati Allah.. dikurniakan kesihatan yang baik.. dan senyum2 selalu.. maafkan saya kerana membebel kat makcik yer..


~mel

Ahad, 23 Februari 2014

Suami oh suami..



Hari ni hubby dah nak balik Tg Malim.. walaupun hati berat terpaksalah berpisahkan.. Mujurlah aku tgh cuti sabatikal skrg so aku xrisau sgt tapi nnt bila aku dah kerja balik bulan september mmg aku akan pening sebab aku akan ada 2 kelas mlm.. haa.. mcm manalah aku nak tinggalkan eryna nnt.. hmm.. xtaulah tunggu jela nnt..

Dalam pkl 2.30++ hubby dah nak gerak.. aku mula2 xpuashati tp hubby ckp nnt dia dah biasa jln ke Instun tu dia blk lmbt sikit, Ini dia belum biasa sbb tempatnya terpencil dan sgt gelap bila malam.. aku pun oklah... Aku dah siapkan semua barang keperluan hubby awal2 so bila dia nak gerak semua dah settle.. 

Bila hubby dah gerak aku pun settlekan kain baju ada yg baru aku angkat.. lipat dan letak dlm bakul utk angkut ke atas.. sambil melipat aku tgk jam.. pkl 3.. okla satgi naik atas, mandi & zohor. Dlm fikiran imajin bila dah mandi sejuk badan pas solat boleh baring2 kejab dgn eryna..

Tgh aku dok angkut bakul berisi kain baju ke atas, telefon berbunyi.. telefon tu pun aku letak dlm bakul kain ler jugak sbb xcukup tgn nk pegang.. ringtone menunjukkan ianya dr encik hubby.. aikk nape plak ni..  Aku pun angkat dan kedengaran suara resah hubby di hujung talian.. 

Hubby ; Mummy kunci tertinggal kat rumah!
Aku : Kunci apa pulak??
Hubby : Kunci bilik kat sana lah. Macam mana ni?
Aku : Laa kunci tu kat ne? Papa kat ne?
Hubby : Dekat tmpt kunci laa.. Papa dah dekat nak smpi Sg Bakap.
Aku : Kita jumpa separuh2 laa.. 
Hubby : Papa susah dah nk pusing ni.. bla bla bla..
Aku : Nak suh mummy hantar ke? (sebenarnya dah tau jawapan tp tanya la jugakkan, kot2 tekaan meleset)
Hubby : Mummy hntr la, papa masuk exit Nibong Tebal/Sg Bakap tunggu kat situ..
Aku : Okla... 

So.. nak jadi cerita aku pun bergegas ke sana.. tak sempat mandi, solat zohor pun idak.. tgk jam budget2 leh sampai umah b4 asar..  So last2 di tempat bawah ni kitorg berjumpa.. huhu

Aduh penat sebenarnya.. tapi kerana kesian kat hubby nak drive jauh aku hantar juga.. Punyalah sygnya kat suami kan? :P


Anyway xpelah itulah sebahagian pengorbanan seorg isteri.. kan.. Yang penting hari Jumaat depan ni pkl 5 punch out sila balik cepat ya bang!!

~mel

Rabu, 19 Februari 2014

Borak

Tadi ke pasar malam Taman Tun Sardon untuk beli barang dapur sikit dan makanan malam... Beli mihun je pun sebab makan tenghari tadi dah lambat.. Tengah jalan2 terjumpa dengan tiga orang kakaklecturer dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.. dua orang aku kenal sebab diorang mengajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang aku jadi Penyelarasnya dan sorang lagi aku kenal sebab sama2 jadi felo di Saujana dulu2..

Bila dua org kakak tu iaitu Pn Jamilah & Dr. Rozaida nampak aku terus dia cakap... aduii awat muka sedih hari ni.. tak sempat aku nak jawab diorg dah jawab sendiri.. ini mesti abang dah xde bersama ni.. kecoh la pulak cakap aku kurus laa dan lain2 lagi.. dalam hati aku cakap lerr takkan baru sehari ditinggalkan suami aku dah kurus.. huhu.. Then Dr. Wan Ros yg sama2 jadi felo dulu cakap (dah lama tak jumpa dia ni).. dia mmg nyaris tak kenal aku.. dia cakap berubah betul aku ni.. aku cakap kenapa? Dulu aku pakai tudung glamer2 ni aku simple sangat.. dgn t-shirt muslimat.. tudung plain hitam... huhu.. Aku cakap.. saya dah insaf kak wan.. haha.. Tapi Pn Jamilah tu cakap.. ala ni mesti sebab dia tak de mood nak melawa sebab suaminya tak de.. kalau tidak.. tudung dia masih lawa2.. bergaya lagi.. Aduhh.. kakak2 ni memangla xleh layan sgt..haha..pening kepala aku dibuatnya..

Then tetiba Pn Jamilah & Dr. Rozaida cakap dgn muka tak puas hati.. kitorg dah kena buang dari PPG... langsung tak cakap apa terus dibuang jer.. Aku pun serba salah.. aku pun cakap.. entah la aku sebenarnya dah tak sepatutnya menyelaras PPG sebab aku tgh sabatikal tapi disebabkan tak de org yg boleh buat kerja aku tu so nak tak nak aku tolong lah jugak menyelaras walaupun dah dekat nak sebulan aku sabatikal.. Patutnya dah ada org ganti.. tapi setakat ni semua kerja penyelarasan aku masih buat..Nak nye semester baru dah nak bukak... Tapi aku cakap kat diorg aku tak ambil tahu pemilihan pensyarah sebab aku consider diri aku tgh cuti, so pengurus opsyen yg pilih.

Tetiba Pn Jamilah cakap.. Tak pe kitorang faham..nanti suruh diorg bayar aku dua kali ganda.. cuti2 pun kena wat kerja.. Pastu Dr. Rozaida cakap.. a ah betul.. PPG tu kalau aku takde memang takkan berjalan laa.. tu sebab tak de org boleh ganti.. Pn Jamilah pun setuju.. memang xde org boleh ganti aku sebab kerja penyelarasan tu sgt berat dan banyak benda yang perlu tahu...  Kembang semangkuk pulak aku dibuatnya kena puji bertingkek2.. huhu..

Anyway.. borak2 ni sedikit sebanyak menenangkan hati aku yg gundah gulana.. maklumla kena puji kan... hehe...

Update on hubby: Alhamdulillah dia dah dapat surat untuk ke INSTUN Tg Malim dan tadi terus ke sana lepas balik dari putrajaya.. dah dapat bilik free utk 30 hari.. Bila aku check google maps.. dari rumah ke INSTUN tu ambil masa 2 jam 45 minit... ok.. aku rasa lega.. tak de la jauh sangat kan.. Insyaallah...

~mel

Redha...

Since semalam hati tak berapa tenang.. Semalam encik suami melapor diri di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.. Penempatan tak tau di mana.. tunggu dari pagi sampai ptg pun xtau kat mana.. tensen menunggu.. 

Actually since dpt berita hubby dpt SPA aku try set kan kepala dgn hakikat my husband mungkin akan berada jauh dari aku.. tapi hoping dia akn dpt posting area penang.. tiap hari berdoa.. walaupun hati rasa sgt kehilangan sbb b4 this sentiasa berdua.. sarapan bersama.. lunch sama.. hantar anak bersama.. semualah bersama.. tapi mlgnya di usm hubby punya jawatan kontrak.. walaupun gaji naik mcm biasa tp rasa jugak tak secure.. walaupun kami pun tahu susahla kalau kontrak hubby tak renew.. sure akan renew punya.. So nak tak nak bila dpt jawatan kerajaan tetap takkan nak tolak.. org lain ramai yg hampa sbb gagal interview..

Since smlm gak rasa agak sensitif jugak..yelah tunggu punya tunggu result samar2.. last2 hubby gtau mungkin dia ditempatkan di INSTUN Tg Malim.. first pertanyaan of course la., penang xde?? Dia ckp xde.. pilihan just putrajaya or tg malim.. ok lepas tu aku terpaksa terus set kan mind.. ok pas ni terpaksalah kami berjauhan.. 

Tapi frankly speaking aku positive jer  .. aku rasa aku bknlah seorang wanita yg lemah.. aku mampu berdikari.. dan aku rasa encik hubby pun tau and that's why dia pun agak relaks dan xdelah gelabah..Dan dlm hati kata.. setakat penang-tg malim tu xdela jauh sgt, insyaallah.. Walaupun pening2 lalat kira kami ok..

Pagi2 tadi aku terpaksa blk Penang dgn Eryna naik flight sbb hubby kena kerja di putrajaya terus.. dahla dia xprepare.. baju pun xbawak :P, Terpaksa pinjam baju adik aku.. mujurlah adik aku yg accident hari tu masih mc lagi 2 bulan.. hehe.. Dek kerana nak kena balik jugak ke Penang sebab ada appointment utk ambil darah esok so mlm2 tadi aku book AirAsia utk aku dan eryna.. mujurlah ada.. Malindo Air pun ada lagi murah tapi mengenangkan hubby tak berapa biasa kat Subang so ambik jela Air Asia. Sampai2 kat rumah.. rasa pelik jer.. sebab nampak macam sunyi.. huhu.. Bila bukak pintu rumah tetiba aku realise that ini satu kehidupan baru.. satu episod baru.. aku akan sendirian selama 5 hari seminggu dan temanku hanya akan muncul di hujung minggu.. tetiba berlinang airmata... rasa sayu sangat.. macam manalah aku nak hadapi.. tak lama dlm sayu2 tu mak mentua aku sms.. tanya aku ok ke.. dia suh aku sabar dan tabah.. ehh.. mcm tau2 je.. makin sayu hati aku..

Sebenarnya aku rasa aku mampu untuk hadapi segala2nya.. cuma tak boleh bayangkan eryna hanya dapat berjumpa papanya hujung minggu sahaja... sedih laa... 

Apa-apapun perancangan Allah itulah yg terbaik.. terpaksalah aku redha...


Anyway terima kasih encik suami kerana hadiahkan benda2 di bawah.. huhu,, mcm tau2 je nak berpisah... waaa.. pagi tadi dia siap suruh aku tukar isi perut henbeg lama dalam kereta time subuh sepieee tu ke henbeg Guess baru ni.. Hubbyku peminat Guess.. mmg henbeg yg dia hadiahkan mesti jenama Guess.. Henbeg & purse sepasang ni beli di Sogo sehari sebelum beliau lapor diri... 




Tenkiu Encik Faizal.. ilebiu...

~mel

Jumaat, 7 Februari 2014

Anak Mommy..

Hari ni dan esok mommy ada bengkel mobile learning di UKM.. Eryna dah ada di rumah uwan Gombak since Selasa.. tinggal ruman uwan kejab sementara mommy balik penang 2 hari..

Semalam mommy sampai dari Penang.. time nak tidur mommy tanya.. Yina nak tidur dgn mommy ke dgn uwan.. 

Dengan konfidennya Yina jawab.. dengan uwan... time nak tidur mommy tanya lagi.. Yina nak tidur dgn sape... Yina jawab lagi.. Nak tidur dgn uwan.. Mommy ckp abis mommy nak tidur dgn sape.. Yina cakap mommy tidur sorang2..

Mommy pun naik atas.. dan zzzzz...

Tetiba tghmlm terjaga.. Yina muncul dgn bantal cakap nak tidur dgn mommy.. ishishish...  

Tak lama lepas tu uwan pulak muncul.. ehh.. Eryna ada kat sini yer.. terkejut uwan terjaga tengok Eryna hilang.. boleh pulak dia panjat tangga mlm2 buta cari mommy... huhu..


Eryna... eryna.. anak dara kesayangan mommy...

~mel