Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.
Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.
Sewaktu menunggu nama dipanggil
Bila nama dah dipanggil utk scan.. eryna pun dengan gembiranya berbaring di atas katil. Memula sebelum pergi tu takut katanya.. puas pujuk!
Mamat pengimbas ni waktu mengimbas cakap semuanya nampak ok.. so kami agak lega.. tapi kena jumpa doktor dulu..
Setelah jumpa doktor tak sampai 2 minit, dotor cakap semua dah ok, lubang dan fully covered dan Eryna dah boleh discharged dari Hospital Pakar Jantung Kanak-Kanak. Alhamdulillah.. Eryna siap high five dengan doktor lagi... Semua Happy..
Dah sampai parking kereta.. punyalaj jauh papa park.. tapi tak pe.. we are happy..
~mel
kalau tak tulis cepat-cepat nanti lupa :P