Sabtu, 29 Disember 2018

Menunggu berjemaah zohor di Masjid Batu.. masuk2 ditegur oleh seorang nenek.. bertanya org sini ke.. saya cakap saya org dekat2 sini.. singgah otw nak ke Tesco sahaja. Beliau bertanya boleh tak belikan nasi untuknya.. beliau belum makan tengahari lagi.. beliau siap minta nak nasi lauk udang sambal & rendang.. saya cakap ok, lepas solat zohor saya bagitau en. suami yg saya nak pi kedai dekat masjid tu utk beli nasi nenek tu.. en suami teman saya ke kedai tu.. lepas saya beli kami decide terus mkn kat situ, so sy ckp suruh en suami tunggu je kat situ sementara sy jalan kaki semula ke masjid.. saya juga bungkuskan air utk nenek tu.. Sampai di masjid tersenyum nenek tu nampak saya bawa nasi tu.. banyak kali dia ucapkan terima kasih kerana belikan nasi utk dia.. Saya katakan padanya.. balik nanti jalan elok2 ya.. dia bgtau dia akan duduk di masjid sampai kuliah maghrib.. nanti dia minta sesiapa hantar balik.. dia cakap umur dia dah 80 tahun, tinggal sorang, anak2 takde.. balik rumah pun xde apa.. Adus hampir berlinang air mata saya.. sedih.. dalam usia emas sebegitu, Allah beri ujian sendirian.. mengharapkan insan tak dikenali.. 😭😭. Moga Allah permudahkan urusan kita di usia sebegitu nanti.. Allah... Setelah itu saya berjalan semula ke kedai makan bertemu Encik suami yg menunggu.. saya ceritakan pada encik suami.. last2 dia cakap.. kenapa tak ajak nenek tu duduk dgn kita?? #Adess 🙄🙄


Jumaat, 28 Disember 2018

Ibu Tunggal...

Tadi ke sekolah menguruskan keperluan sekolah esp. utk Aliff. Hari ni orientasi Form 1. Sementara tungggu ujian saringan berbual dgn seorang ibu.. cantik orangnya.. mmg jenis org utara yg hidung mancung dan putih melepak. Sambil berbual2 saling bertanya lantas dia memberitahu saya yg dia merupakan ibu tunggal. Anak 5. Suami meninggal 7 tahun lepas akibat kanser, tinggal di Kg. Belah Dua dlm 2-3km dari taman perumahan kami. Suaminya meninggal pada usia 33 tahun. Dia bercerita sekarang dia tinggal bersama-sama dengan keluarga ipar. Arwah suami anak bongsu, dibela oleh kakak2 iparnya. Setelah suaminya meninggal, dia diberi sebuah rumah kampung (rumah kakak ipar dia) utk tinggal bersama anak2. Dengan kelulusan SPM (sebelum tu suri rumah) dia start menjahit kecil-kecilan utk menanggung anak2. Dapat bantuan zakat bulanan tapi tak cukup, so terpaksa banyakkan usaha sendiri untuk meneruskan kehidupan. Waktu suami meninggal tidak meninggalkan sebarang harta, socso tak sampai haul katanya (saya tak tanya pjg ttg ni), mujurlah kakak ipar bermurah hati bagi sebuah rumah utk tinggal. Masa beli buku dia cakap juga dengan anak 5, sulong form 1 dan bongsu nak masuk tahun 1 (waktu suami meninggal anak ini berumur 8 bulan), mmg dia agak sesak, tp dia cakap dia buat je apa2 kerja yg boleh utk menanggung keluarga. Kagum saya.. tengok orgnya mcm periang, muda berbicara tapi apa yg ditanggung tak siapa yg tahu. So, utk diri kita.. bersyukurlah dgn apa yg ada dalam hidup kita. Kalau rasa susah, ada org lain yg lebih susah, kalau rasa tak mampu ada lagi org lain yg lebih tidak berkemampuan.. kalau masih boleh bergoyang kaki di rumah, kalau masih boleh bangun pukul 10-11 pagi.. jgn kata hidup kita susah, jgn nak meminta2 dgn org lain... sedarlah hidup ini bukan tempat utk bersenang2 tetapi hidup ini adalah tempat utk bersusah2 utk bersedia ke alam abadi.. #AmbilPengajaran #blog #muhasabahdiriTadi ke sekolah menguruskan keperluan sekolah esp. utk Aliff. Hari ni orientasi Form 1. Sementara tungggu ujian saringan berbual dgn seorang ibu.. cantik orangnya.. mmg jenis org utara yg hidung mancung dan putih melepak. Sambil berbual2 saling bertanya lantas dia memberitahu saya yg dia merupakan ibu tunggal. Anak 5. Suami meninggal 7 tahun lepas akibat kanser, tinggal di Kg. Belah Dua dlm 2-3km dari taman perumahan kami. Suaminya meninggal pada usia 33 tahun. Dia bercerita sekarang dia tinggal bersama-sama dengan keluarga ipar. Arwah suami anak bongsu, dibela oleh kakak2 iparnya. Setelah suaminya meninggal, dia diberi sebuah rumah kampung (rumah kakak ipar dia) utk tinggal bersama anak2. Dengan kelulusan SPM (sebelum tu suri rumah) dia start menjahit kecil-kecilan utk menanggung anak2. Dapat bantuan zakat bulanan tapi tak cukup, so terpaksa banyakkan usaha sendiri untuk meneruskan kehidupan. Waktu suami meninggal tidak meninggalkan sebarang harta, socso tak sampai haul katanya (saya tak tanya pjg ttg ni), mujurlah kakak ipar bermurah hati bagi sebuah rumah utk tinggal. Masa beli buku dia cakap juga dengan anak 5, sulong form 1 dan bongsu nak masuk tahun 1 (waktu suami meninggal anak ini berumur 8 bulan), mmg dia agak sesak, tp dia cakap dia buat je apa2 kerja yg boleh utk menanggung keluarga. Kagum saya.. tengok orgnya mcm periang, muda berbicara tapi apa yg ditanggung tak siapa yg tahu. So, utk diri kita.. bersyukurlah dgn apa yg ada dalam hidup kita. Kalau rasa susah, ada org lain yg lebih susah, kalau rasa tak mampu ada lagi org lain yg lebih tidak berkemampuan.. kalau masih boleh bergoyang kaki di rumah, kalau masih boleh bangun pukul 10-11 pagi.. jgn kata hidup kita susah, jgn nak meminta2 dgn org lain... sedarlah hidup ini bukan tempat utk bersenang2 tetapi hidup ini adalah tempat utk bersusah2 utk bersedia ke alam abadi.. #AmbilPengajaran #muhasabahdiri

Khamis, 27 Disember 2018

Isnin tidak lagi begini...

Inilah waktu bangun kami suami isteri pada hari Isnin sejak 4 tahun 10 bulan yang lepas. Biasanya dia akan bangun dahulu.. dan bersiap dan saya bangun menyiapkan coffee dan makanan untuk dia bersahur. Mungkin ini tidak perlu lagi utk masa akan dtg kerana dia tidak perlu lagi travel balik ke Tg Malim setiap pagi Isnin. Setiap pagi Isnin setelah dia mula gerak ke Tg Malim saya akan jadi serba salah.. nak sambung tidur rasa bersalah sebab dia sedang memandu sendirian dalam gelap. Biasanya saya terus tidak tidur, sambung buat kerja rumah mahu pun siapkan apa2 kerja yg boleh saya buat dlm kesunyian itu. Kadang2 saya kalah juga.. tertidur hingga Subuh. Bila terbangun cepat2 menyemak aplikasi Find My Friends dalam IPhone utk memastikan di mana dia berada. #Alhamdulillah waktu jam ini boleh ditutup bermula minggu depan. Mungkin tidak tutup terua tetapi di adjust waktunya untuk keperluan sahur pada setiap hari Isnin dan Khamis. Moga Allah memberkati keuarga kami.. InsyaAllah.. Amin Ya Rab.. #alhamdulillah #mommypapa #HBP #PJJ


mel

Isnin, 24 Disember 2018

Lapor Diri #KKM Putrajaya

Alhamdulillah.. hari ini 24 Disember 2108, encik suami melaporkan diri sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan Malaysia. InsyaAllah akan ditempatkan di Hospital Balik Pulau bermula 26 Disember 2018. Syukur... hampir 5 tahun kami menantikan saat ini...

#erynazulaikha temankan papa lapor diri di #KKM Putrajaya pagi ni.

Ahad, 23 Disember 2018

Kenduri Pahlawan Melayu

Encik suami @faizalr dengan pahlawan Melayu iaitu bapa pengantin yg merupakan rakan sekerja di INSTUN.

Dalam Perjalanan...

Dalam perjalanan ke Gombak.. nak singgah sebentar di kenduri kawan hubby @faizalr di Felda Residence Sg Klah.. then ke #GombakSetia. Esok hubby nak lapor diri di #KKM Putrajaya, then singgah #INSTUN ambil brg.. Moga dipermudahkan.. InsyaAllah.. Amin..

Sabtu, 22 Disember 2018

Selepas selesai cucuk meningococcal.. #erynazulaikha punyala takut nak cucuk.. siap xmo cucuk.. lepas cucuk cakap takla sakit sangat.. huhu.. Lepas ni nak menyelesaikan urusan Aliff yang agak complicated... moga Allah permudahkan..


Pulut Rendang

Keletihan sebenarnya sebab sampai ke Penang pukul 11.30malam tadi akibat jem. Tapi semangat memasak muncul pula.. jadi kita masak pulut kuning dan rendang ayam.. kebetulan abgcik pun balik.. jadi bila makan ramai2 kejab je licin seperiuk pulut kuning & rendang ayam. #alhamdulillah.. sebenarnya dah beberapa hari teringin nak makan bila tengok @dapur_cikna tayang pulut kuning dan rendang... hihi..

Isnin, 17 Disember 2018

Doa Seorang Ibu

Isnin 17/12/18 - seawal 7 pagi memandu ke UUM kerana diminta membantu menilai Portfolio Pengajaran untuk Anugerah Pengajaran UUM. Isnin biasanya agak meletihkan kerana bangun seawal 3.40 pagi menemankan suami yg akan pulang ke Tg Malim dan menyediakan sahur ringkas utknya yang berpuasa sunat setiap isnin. Biasanya selepas suami gerak ke Tg Malim sy tidak tidur, buat apa2 yg patut.. pagi ini saya sudahkan dengan membaca tesis sebagai penilai luar. Tak sempat siap sedar2 dah subuh.. cepat2 bersiap ke UUM. Setengah hari di UUM, memandu pulang. Dlm perjalanan rasa letih yg amat, maklumla bangun awal. Di rumah lepas asar konon nak sambung baca tesis.. last2 tertidur ditemani tesis. Terkejut bila Aliff & Eryna menyuarakan hasrat nak main badminton di luar rumah.
Lepas maghrib perut berkeroncong.. lupa tak lunch. Sedang di dapur sedang memikir apa untuk dimasak, Aliff datang dan bersuara. Mommy.. tak payah masak susah2.. nasi tengahari tadi (yg saya masak sebelum ke UUM) ada lagi, buat nasi goreng jer.. Betul juga.. lantas saya terus menggoreng nasi dan telur dadar. Sebenarnya tadi mcm clueless nak masak apa.. mujur Aliff dah tolong fikirkan.
Mujurlah anak2 faham keletihan ibunya.. apa2 yg dimasak sentiasa selera dimakan. Sentiasa juga berusaha membantu, selepas makan, pinggan settle dibasuh termasuk pinggan mommy.. juga termasuk kuali nasi goreng. Meja dipastikan telah dilap dan dibersihkan selepas makan.

Syukur anak2 memahami dan saling membantu. Tak perlulah banyak A wahai Aliff Eryna.. cukuplah dengan menjadi manusia yg punya empathy, akhlak dan punya rasa tanggungjawab. InsyaAllah Kecemerlangan akan hadir seiring kemenjadian itu... Amin Ya Rabbalalamin.
#DoaSeorangIbu


 ~mel

#UUM Teaching Award

17 Disember 2018 Bertugas menilai Portfolio pensyarah2 UUM bagi Anugerah Pengajaran UUM. Mereka menjemput saya khas untuk menilai kualiti dan tahap inovasi pengajaran dan pembelajaran di sana. #USMStyle #alhamdulillah #sulongselalu #WeLead
~mel

Sabtu, 15 Disember 2018

Shopping @Sunway Carnival Mall, Penang

Hari ini kami membeli barang2 persekolahan untuk Eryna. Settle semuanya di Parkson Sunway Karnival. Entah apa yang dipujuk oleh Eryna dapat juga pau lego Friends dari papa.

Gambar 2 Dara Pingitan...hihi.. selepas pau papa @faizalr #erynazulaikha sesungguhnya happy..
~mel

Jumaat, 14 Disember 2018

Keynote Speaker #CIIDT2018

Alhamdulillah dijemput sebagai #Keynote Speaker untuk International Conference on Creativity, and Invention in Digital Technology (CIIDT 2018) pada  11/12/2018. Sharing session ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebagai practitioner yang menggunakan pelbagai digital tools. Yang penting adalah saya ingin menyakinkan para pendidik dengan penggunaan digital tools yang betul dan di rekabentuk dengan baik, ianya akan membantu menjadikan pengajaran sebagai satu pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya sekadar persediaan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. 




~mel
#AkakMoncong

Rabu, 12 Disember 2018

UiTM Perak

#Alhamdulillah... Selesai sesi talk terakhir tahun ini.. InsyaAllah. Harap2 tiada panggilan last minute 😅. Cuma hari Isnin depan ada sesi penilaian Portfolio utk Anugerah Akademik UUM.. tp xmelibatkan talk, so hopefully not as tiring as giving talk. Hospitaliti di UiTM Perak sgt baik. Perjlnan di mana2 diiringi Liason Officer Dr Thuraya.. juga diiringi juga oleh polis bantuan. I was like.. alamak.. mereka mengangkat saya cukup tinggi dan terasa mcm saya ni nobody.. moga Allah terus ingatkan saya bahawa saya hamba Allah yg lemah, dan tidak jadikan sanjungan manusia sebagai riak dan takbur dlm diri saya. Cuti2 sekolah ini Aliff dan Eryna ikut ke mana2. Di UiTM Perak mereka pun mcm vip, makan minum ada org layan 😂. Siap ada pegawai khas jaga waktu sy beri talk. Sebenarnya nak tinggalkan mereka di rumah tamu jer, tapi bawa pun ok.. so bawa jelah.. Syukur dgn rezeki Allah.. #USMStyle #WeLead #sulongselalu

Khamis, 6 Disember 2018

UTP Squared Debate

#throwback dapat cenderahati dari VC UTP utk squared debate. It was a good experience.. what i love about my job is.. everyday i learn new things.. #sulongselalu #alhamdulillah #WeLead