Memaparkan catatan dengan label tg malim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tg malim. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2016

Kalumpang Resort

Kami ke Kalumpang Resort ni beberapa minggu lepas.. waktu cuti thaipussam 25 jan 2016 kalau tak silap.. (Nampak sgt post terperam dlm draf blog tak diselesaikan). Kalumpang resort ni tak jauh dari tg malim.. Dlm 20 minit je ke sana.. Kami sebenarnya dah lama tak gi mandi manda so ambil kesempatan ini untuk berendam laa...
Bayaran masuk utk ke kalumpang resort ni dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5, for me berbaloi juga sebab ada dua bahagian yg boleh mandi iaitu mandi sungai dan mandi kolam. Kami sampai dlm pkl 10 pagi, orang pun beli, ramai lagi.

Macam2 aktiviti boleh dilakukan di sini tp kami memang fokis nak mandi je laa..

Hubby sedang pasang tag utk masuk dlm kalumpang resort ni


Hubby dgn eryna yg dah tak sabar2 nak mandi...


Menarik juga suasana dlm resort ni.. Kalau nak tidur ada package pnginapan sekali..

Haa dah sampai kat sungai.. Yeayyy!!

Cantik juga view sungai ni.. Orgnya pun cantik.. Kan!


Dah ready nak mandi...

Alkisah eryna tak tahan sejuk.. Takut nak mandi sungai.. Problem betul.. Mengigil2 dia bilq masuk dlm sungai..
Mommy cool jer...
Lain pula dgn si aliff.. Berjam2 dia berendam xmo keluar.. Kami bawa bekal makanan sikit.. Tuna sandwich dan keropok je pun 😜

Papa pun sama...

Terjerit2 takut masuk dlm sungai..
Mamat syok layan berendam air sungai.. Tak takut langsung!

Setelah penat mandi sungai kami beralih arah ke kolam mandi kanak2.. Haa.. Kat sini startlah si eryna tak boleh nk di kontrol.. Berlari. Melompat. Naik gelongsor. Takut kami dibuatnya dgn keberanian anak dara ni..

Syoknya berendam dan main dlm kolam...


Selesai memuaskan hati budak berdua ni kami pun tukar baju..  Oklah tempat tukar bajunya.. Org tak ramai mungkin sbab org ramai mnginap di situ kot.. Jadi dptlah tukar baju dgn aman...Seronok budak duorg ni.. Asyik ajak lagi mandi ke sana..huhu

~mel
Nnt kita pi lagi yer papa..

Isnin, 25 Januari 2016

Lampuneon Cafe, Tg Malim

Last night balik2 dari Fraser's Hill agak penat macam malas nak keluar. Lepas maghrib dah tertido, then hubby ajak keluar juga lepas Isyak. Bila dok rumah hubby di Instun ni mmg kena makan luar ya sebab tak de apa yang nak dimasak. Mula2 nak makan kat Sekiah Makmur jer tapi semua kedai tutup.. so hubby drive ke Tg Malim. Actually hari sebelumnya ada lalu kat area dekat2 Masjid Tg Malim dan nampak sebuah kedai..  mcm lain sikit tapi waktu tu pagi2 tak buka...so hubby cakap.. nanti kita datang makan malam kat sini.. So malam tadi kami pergilah ke kedai Lampuneon Cafe ni.. Kedai macam baru lagi.. dari luar nampak ok.. So kami pun duduk..


Waiter datang dengan cepat.. masa tu memang tak de orang pun, satu meja je yang ada orang.. Bila tengok menu ada makanan melayu biasa spt nasi goreng dllg, dan ada juga makanan western. Tengok harga memang berpatutan.. So kami order western.. hubby order chicken chop, Aliff order fish & chips, aku order Beef Steak & untuk eryna sausage.  Sambil menengok menu, Hubby pulak dok menunjukkan nama Burger (Dimmu Burger) hahaha.. kami gelak.. zaman2 dulu kumpulan faveret hubby tu Dimmu Borgir ke hape nama group tu yang aku terjemahkankan jadi... Dirimu Bog..  :P (Isi tempat kosong). Lain kali boleh la order Dimmu Burger ya...


Sambil2 menunggu order kami tengok sekeliling.. si Aliff dah sebuk sebab nampak mainan lego. Pada keseluruhan interior kedai memaparkan poster kumpulan2 rock heavy metal.. Ada koleksi Iron Maiden dllg.. aku tak tau sangat.. tapi hubby taulah. Last2 aku gtau hubby, cer tanya diorg nak beli tak tshirt ACDC hubby yang dibelinya kat Melbourne 4-5tahun lepas. Sejak hubby dah insaf sikit ni dia dah tak pakai baju tu.. simpan buat kenangan je la.. :P


Masa menunggu hidangan ok, sekejab je dah sampai chicken chop, sausage & fish and chip. Cuma macam biasalah kan sesiapa yang order Beef Steak kena faham bahawasanya kalau order beef steak memang lambat dari makanan lain..


Utk chicken cho & beef steak diletakkan dengan black pepper sauce. Bagi aku rasanya agak sedap.. beef steak memang sesuai dengan taste aku. Cuma aku rasa portionnya agak kurang banyak which I told hubby sesuailah dengan harganya RM13. Biasanya kalau order Beef Steak di De Pauh Garden dekat rumah aku di Seberang Perai, beef steak aje dah berharga dalam RM23. Tapi portionnya pun RM23 jugalah.. so aku rasa kalau orang yang betul2 lapar kena order 2 pinggan baru rasa sendat perut.. kalau sepinggan ni macam hidup segan mati tak mau je rasanya perut ku ini... huhu.. dengan rasa yang sedap terasa pulak terkujat2 sebentar bila cepat sgt habis.. So disarankan owner lampu neon besarkan portion dan bolehlah naikkan harga sikit. Atau lebih bagus boleh buat pilihan portion.. sape nak 2 ketul beef steak or chicken chop tambah beberapa RM. haa barulah ngam! Anyway boleh tengok pinggan encik hubby yang licin.. :P

Ok itu saja.. nanti bila aku balik Tg Malim bolehlah pi lagi.. tp nak order 2 ketul beef steak, boleh? Overall kami recommend Restoran Lampuneon ni.. servis pantas dan rasa pun sedap. Cuma hubby kata kalau kerusi tukar warna hitam barulah lagi rock!!

Hari ni dah balik Penang... dah start rindu hubby yang jauh dimata.. :(

~mel


Ahad, 17 Ogos 2014

Jauh...

This weekend aku & Eryna balik Gombak.. actually hari Jummat hubby ajak ke Instun ada jamuan raya bahagian dia & family dijemput. So pagi2 Jumaat aku & eryna gerak dr Penang ke Tg Malim. Setelah smpi terus ke pej. hubby makan2, bila dah kenyang terus balik kuarters hubby.. nak kata jauh sgt Penang-Tg Malim taklah.. dlm 3 jam drive, tp hari tu aku rasa penat sgt.. eryna pun penat jugak kot.. sbb bila hubby blk dia menjumpai kami berdua tidur bergelimpangan dua org.. Petang after hubby abis kerja kami blk gombak.. kereta comelku tinggal di Instun.

Tujuan hubby ajak blk gombak utk tolong dia kemas brg2 lama.. operasi utk buang.. actually klu ikutkan aku sbnrnya agak sibuk sbb mnggu dpn jadi urusetia seminar pembelajaran maya kebangsaan.. aku ada slot ceramah & aku belum sempat prepare.. Tapi dah hubby ajak balik kan.. aku ikut jer.. penat juga mengemas brg tu.. either aku xsihat atau kepenatan tp mmg badan rasa letih.. kejab2 ter zzzz... 

Pagi tadi pkl 10 lebih kami gerak balik ke tg malim.. eryna mmg dah beberapa hari selsema, mkn ubat.. otw ke tg malim aku gtau kat hubby.. rasa ngantuk.. dia ckp tidurlah dulu.. sampai tg malim, lunch.. naik kuarters hubby, aku ckp aku perlu tidur.. ngantuk!! So aku sempat tidur seround kat kuarters hubby.. pkl 2.30 lebih barulah gerak ke penang.. masa buh minyak di behrang2020 aku siap beli bekalan utk xngantuk.. kopi, kacang dllg.. Eryna pula selsema xhenti.. sampai tgh jalan dia ckp.. lambatnya nak sampai.. yina penat.. Dlm hatiku berkata.. Ya Allah Yina mommy pun rasa xberapa nak larat tp terpaksa kuatkansemangat.. then aku suh yina tidur dulu..

Beginilah yina tidur sehingga sampai ke rumah.. sbnrnya dlm hati ini rasa sayu juga.. Sambil memandu sambil ku belai rambutnya.. hidungnya sarat dgn hingus.. sedih bila berjauhan begini.. masa bnyk habis diperjalanan dan ada kehilangan di situ.. papa kehilangan 5 hari seminggu masa utk bersama kami.. melihat yina membesar.. kami juga kehilangan papa 5 hari dlm seminggu..kdg2 tiada tempat nak bercerita.. tiada tempat nak bergembira..hidup pun rasa mcm lost jer.. hidup hanya sebab perlu meneruskan kehidupan.. Seriusly aku rasa stress sgt.. terutama aku dah nak masuk kerja semula 1/9 ni.. serius aku tak tau mcmmana nak cope..nanti aku ada kelas mlm.. aku bukan ada sedara mara kat sini.. arghhh.. stress yang amat sgt..

Papa cepatlah pindah ke sini semula.. kami tak mampu hidup berjauhan dgn papa...

~mel 

Selasa, 25 Mac 2014

Doa..

Banyak perkara yg nak diluahkan tapi kesibukan dan kekangan masa membuatkan terbengkalai segala draf2 blog yg nak ditulis... Cerita Aussie pun belum habis.. banyak yg menarik, nantilah aku tulis pelan2.. Aku perlu tulis utk aku baca kemudian hari.. Utk aku recall back apa yg telah lalui.. Dan utk aku kongsi dengan suami aku yg menjadi pembaca blog aku yg setia sejak turun temurun.. Dan kawan2 aku yg setia membaca.. 

Balik dari Aussie sampai jumaat pagi aku terus ke penang.. Sabtu ke sabak bernam utk majlis kenduri kawen adik bongsu ku.. Memang kepenatang sebab tak sempat berehat.. Ambil incik suami dan eryna di tanjung malim (time di aussie eryna dok umah uwan gombak) then terus ke sabak bernam.. Tidur homestay di sabak bernam.. Hari Ahad balik gombak... Pagi2 isnin hubby pi kerja ke tg malim.. Plan awal sebenarnya nak lepak di Tg malim slama seminggu.. Tgk2 incik suami lom dpt kuarters.. So terpaksa lepak homestay.. Hari isnin tu dah plan nak ikut my sisters shopping kain baju raya di jakel shah alam.. So dari gombak aku gi Kapar rumah kakak aku.. Then pi jakel.. Then pi GM Klang.. Spjg hari berjalan sebab rumah kakak aku dicatu air 2 hari.. Memula terfikir nak tidur rumah kakak aku je isnin tu tapi dah tak de air... Errr.. Malas aaaa... Incik suami pulak message ckp ada homestay di Tmn Sekiah makmur yg letaknya 2km dr INSTUN tempat kerja dia... So lepas perabih duit shopping aku pun terus ke tg malim... Janji nk jumpa incik suami di behrang2020 utk temankan dia buka puasa.. Sampai sana tepat2 sebelum waktu buka puasa.. Alhamdulillah...

Masuk2 homestay agak kagum gak sebab homestay dia sgt bersih.. Selesa.. Dah banyak homestay aku pergi.. Tp aku rasa ni paling ok... Cuma kawasan tu digi tak ok so internet pun slow banget!! Tapi oklah.. Aku pun tak yah fikir pasal internet... Huhu.. Lari dari kekangan kerja.. Kalau tak asyik dok bukak email ofis jer.. Ni lantak laa...  Tapi hari Selasa tu aku sempat la jugak buat kerja mqa sikit.. Ada kerja due so buatlah juga dgn tenang sebab xyah masak.. Xde gangguan.. Tengahari hubby datangajak gi makan di kawasan berdekatan.. Then dia dia kerja.. Aku? ZzzZzz... Gitulah 3 hari di sana.. Salah satu tempat makan yg kami pi adalah Fatin Corner.. Kedai melayu sempoi kampung yg ada mneyediakan makanan goreng2 utk lunch.. Haaa sambil menunggu kami terperasan ada ruang istimewa di bawah.. Kedai tu siap buat satu ruang ucapan utk mh370.. Fuhh tak sangka.. Dia sediakan pen warna warni.. Kertas siap ber double sided tape.. Dan kita boleh tulis.. So aku ambik kesempatan gak la wat ucapan.. :P


Bagus kan...

Hari ni khamis aku terpaksa pulang ke penang.. Cadang nak stay KL sampai hujung minggu.. Tapi.. Apa kan daya kena balik jugak.. Anyway tak pelah... Sedih tinggalkan incik suami dikejauhan.. 

Yang paling aku miss adalah bercerita ceriti dgn my hubby.. Dialah tmpat aku bercerita.. Dialah tempat aku mengadu.. Bila berjumpa masing2 tak sabar2 nak cerita itu ini.. Kena amik turn utk bcerita.. Terpaksa kumpul cerita seminggu.. Bercerita dgn incik hubby tak sama dgn cerita dgn org lain.. Nak berface time hari2 internet kat behrang tu mmglah lembab... Minggu ni hubby kursus di PD pulak Jumaat Sabtu Ahad.. Dah banyak program kansel termasuklah nak gi kenduri sepupu dia.. 

Seriusly aku doa2 incik suami dapat tukar ke penang.. Aku pindah UPSI? Aku rasa sukar... Standard upsi dan usm tak sama... Semlm jln2 tg malim.. Aduh.. Tak de tesco, tak de jusco, tak de Queensbay.. Huhu.. Aku tak suka KL.. So gi shopping KL tu agak sukar... Smlm gi Tg Malim hubby pun ckp.. Aduhh tak bestnya... Round2 kejab dah mati kutu... So.. Utk aku pindah ke sana.. Macsm sukar.. Lgpun aku tgh cuti sabatikal.. Jadi kontrak aku dgn USM tambah lagi 2 tahun daa...huhu... Mcm mana mau lari.. Walaupun mmg xmo lari.. So.. Harap sgt suamiku dapat pindah ke penang atau mana2 yg lebih dekat...

Apa2 pun semoga Allah makbulkan doa kami.. InsyaAllah.. Amin..

~mel