Isnin, 3 Mac 2014

Monday..


Pagi ni xde apa plan... so duduk rumah je la.. ingat nak baca draft2 proposal student-student PhD aku yg ada 2-3 orang yang perlu dibaca. patutnya dalam sabatikal xyah buat, boleh serah pada co-supervisor tapi kesianlah pulak.. pagi2 incik suami dah email mintak tolong isikan borang claim dia.. haaa.. dulu masa sesama kat usm semua isi2 borang ni aku yg tolong buat... ehh.. ni jadi PA dari jauh la pulak.. isi borang virtual la pulak... Bila incik suami jauh ni mood memasak pun kurang, tapi perlulah jugak masak dan makan.. lagipun dah tak de peneman utk lunch, so baik ler masak simple2 jer kat rumah.. hari ni ingat nak masak ayam masak kicap je la.. (tapi kicap dah habis, kang kena pi kedai beli..huhu).. 

Tu gambar telur kat atas tu sebab baru pas basuh telur.. sgt penting upacara membasuh telur ni sebab cer bayangkan kalau telur tak basuh.. tetiba bila kita pecahkan kulitnya termasuk dlm telur.. sedangkan telur tu dtgnya dari *@&@% ayam.. entah2 kulitnya bernajis.. so.. puan2 sekelian sila basuh telur sebelum masak.. dan jgn beli makanan dari tukang masak yg tak basuh telurnya..esp kat pasar malam... 

okla sebenarnya xtau nak cakap apa.. huhu.. cuma cadang nak jahit batik pants hari ni.. dok tgk org dok post pasal batik pants & pelikat pants.. teringin nak buat utk sendiri.. kain pelikat & kain batik berlambak ada.. tp zaman dulu2 mak marah gunting kain pelikat/batik ni..membazir katanya... tp tak pe lah kan.. aku nak try guna kain batik sarawak.. ari tu tanya kat hubby kot2 dia nak... dia cakap... ishhh... xmo la..huhu..

~mel

Khamis, 27 Februari 2014

Tak Sihat...

Bangun2 pg tadi Eryna demam.. kebetulan aku mmg plan nk pi Pusat Sejahtera USM utk ambik ubat yg dah nak abis.. so bawak jela eryna sekali.. Sampai klinik ok pulak si Eryna.. dgn permainan yg ada mcm2 mmg sukalah anak dara mommy ni..


Environment klinik usm ni mmg bagus.. walau ramai org tp xletih sgt menunggu sbb aircond kuat.. pastu staf mmg baik2 belaka.. tak mcm misi2 yg kt klinik kesihatan biasa yg kdg2 kerek semacam.. Sebenarnya eryna first time aku bawak ke sini.. biasanya aku bawak pi Poliklinik Penawar panel usm jugak.. tp since dah termula dtg sini rasa ok.. dan mmg ok tgk eryna yg demam tu dok enjoy main...


huh.. lama lg nk menunggu ni.. mau tertido aku aras kusi empuk ni.. :P

~mel
live blogging

Rabu, 26 Februari 2014

Sarapan sendirian..

Sekarang ni pagi2 aku akan lepak di rumah buat apa2 yg patut.. kemas rumah basuh kain dllg sambil2 buat sikit2 kerja di komputer.. Pagi ni aku buat bfast utk diri sendiri.. ala ala american bfast.. garlic bread, telur goreng cair & baked beans... biasanya aku mmg perlu bfast yang agak berat, cuma aku tak berapa suka makan nasi lemak pagi2 kecuali yg mak mentua aku masak.. huhu.. yg tu boleh makan 2-3 pinggan..  Bila aku dah makan heavy pagi2.. tgahri aku mulalah xde selera nak makan... malam pun aku kurang ada selera makan..

Since dah tak de teman utk lunch skrg ni, sama ada aku makan tghari simple2 utk, biskut ke.. goreng pisang ke. buah2 ke..utk lunch... utk makan mlm aku makan roti atau nasi sikit jer.. Aku tak berapa nak makan nasi skrg ni.. tapi kalau sayur2 okla.. entahlah tak tau la apasal.. mungkin dah bertukar jadi minah saleh.. huhu...



Atas ni bfast aku pagi ni... sedap jugak.. tak toleh kiri kanan aku makan... :)


Anyway sebenarnya nak ngumpat sikit pasal makcik sebelah.. bukan apa masa kami mula2 pindah wat renovation dia punya bising ckp kitorg buh tiles kat depan tu tinggi sangat nnt kalau basuh kereta ke ape rumah dia akan basah sebab rumah dia rendah... tak lama lepas tu dia pulak buh tar depan rumah dia.. pastu buh pasu bunga antara rumah kitorang dgn rumah dia.. Sekarang ni apa jadi?? bila dia siram bunga abis bertakung air kat depan rumah kitorang.. aduhh... aku bukannya apa, kalau dia tak cerewet dan mengata kitorg tak pe.. tak kisahpun dia nak buat mcm mana.. ini semua benda salah.. entah lah kan.. manusia..manusia.. yang aku pelik dia tak de pulak perasaan segan ke ape sebab menakungkan air depan rumah org.. siap siram pokok depan halaman rumah aku... makcik.. makcik... hishhh.. tambah dosa aku ngumpat dan membebel kat makcik ni.. tak pe tak pe.. apa2 pun semoga makcik dirahmati Allah.. dikurniakan kesihatan yang baik.. dan senyum2 selalu.. maafkan saya kerana membebel kat makcik yer..


~mel