Ahad, 28 Julai 2013

Pasar Ikan KK

Salah satu keunikan Kota Kinabalu adalah pasarnya yg tidak tidur.. yaa.. dari mlm hingga ke pagi pasarnya sentiasa dipenuhi oleh pengunjung.. Pasar ni letaknya tepi jeti nelayan.. so ikan dr bot terus dijual kat situ.. terkejut aku bila tgk ikan ada dijual semurah RM2 sekilo..

Walaupun selalu ke KK, baru 2 kali aku pergi ke pasar ikan pagi di sini.. sebelum ni tak taupun ianya buka pagi2 buta.. Tujuan pergi adalah utk cari udang besar.. ya udang besar saiz XXL.. dengan harga sgt murah.. Masa aku di KK 2-3 minggu lepas.. aku dah beli 2kg.. pagi2 lepas subuh pkl 5.30 kak norlida (roomate hotel) dah ajak ke pasar.. bila tgk udang dia mmg mnggiurkan.. so aku belilah jugak.. mula2 takut juga busuk.. tp bila tingat kaedah bungkus terubuk masin di kuching, aku try wat cam tu.. sampai penang still elok udang tu.. lebih elok dr udang beli kt pasar penang.. hehe..

So pagi2 tadi selepas sahur aku dlm pukul 5pagi aku pun menapak ke pasar KK yg lebih kurang 5 minit perjalanan dari Imperial Boutec Hotel tempat biasa aku menginap.. Before this aku ke sana dgn kak Norlida.. okla.. tp pagi tadi aku sorang2.. semangat tu.. tapi disebabkan suasana pkl 5 pagi tu pun memang sibuk.. pasar penuh dgn orang so tak dela rasa takut pun.. pkl 5 pagi tu macam pasar kita pukul 7-8 pagi sebuknya.. malah lebih sibuk dan berlanggar2 orang membeli belah di pasar tu.. Sampai kat situ aku terus cari udang yang dikehendaki.. beli 2kg dgn harga RM50.. udang yang aku beli ni lebih besar dari udang yang jual di pasar seberang jaya dengan harga RM45/kg...

Balik2 belum sampai rumah dalam kereta lagi encik hubby dah request nak sahur nasi lemak dengan sambal udang besar esok pagi.. hahaha... maklumla dah 2 malam bersahur dimasak oleh abang mamak jer sepanjang isterinya berjuang diperbatasan... hehe...





~mel Lega dah sampai rumah... :)

Selasa, 23 Julai 2013

Ramadhan..

Dah masuk hari ke 14 Ramadhan kali ini.. cepat betul Ramadhan berlalu

Ramadhan kali ini memang lah langsung tak sempat berblog.. kesibukan yang melanda menyebabkan hari2 yg dilalui full sentiasa.. sampaikan di ofis tak berpeluang nak melelapkan mata walaupun time rehat..seingat aku ramadhan lepas aku mmg selalu mengantuk dalam ofis..  tapi kali ni alhamdulillah.. rasa mengantuk tu sangat kurang..

Anyway.. ramadhan kali ni macam biasa kami sederhana sahaja.. biasanya aku akan masak utk berbuka.. kalau beli pun beli kuih2 sahaja.. teringat ramadhan lepas beli lauk di pasar ramadhan taman pauh indah, beli gulai kawah.. konon beli dua bungkus, satu untuk buka satu utk sahur.. last2 tengok2 dlm bungkusan ada dua ketul kecik daging.. sorang nk makan pun xcukup.. buka lg satu bungkusan pun sama, last2 terus insaf utk membeli di pasar ramadhan..

Ramadhan kali ini ada banyak perubahan.. terutama incik suami yg belum lagi meninggalkan kunjungan ke masjid/surau untuk bertarawikh.. which is pertama kali yg aku lihat (mungkin dalam hidupnya juga). Lagi satu beliau banyak mengaji.. tiap masa terluang diluangkan dengan mengaji.. berbanding dulu beliau sgt rajin mendengar lagu2 dung dang dung dang yg sakit gak la telinga aku mendengarnya.. Dulu biasanya lepas sahur beliau akan tidur.. sekarang tidak lagi.. lepas subuh sempat lagi beliau mengaji.. lepas maghrib ke.. asar ke.. zohor ke.. sempat lagi beliau mengisi masa lapang dengan mengaji quran.. alhamdulillah..syukur kepada Allah atas kurniaan ini.. semoga berpanjangan dan diteruskan di bulan2 yg lain.. di bulan2 yg lain biasanya beliau mengaji selepas maghrib sahaja..

Mengikut suamiku beliau bergilir2 tarawikh di masjid/surau yg berlainan.. dari satu surau ke satu surau.. dari satu masjid ke satu masjid untuk mendapat pengalaman yg berlainan.. tapi biasanya hari sabtu beliau ke masjid batu.. katanya tazkirah di situ bagus.. Aku?? Memang tak pernah ikut beliau. Walaupun hati ni sangat2 nak ikut.. awal2 puasa niat dihati nak pergi tapi bila dah lepas buka puasa biasanya aku total kepenatan.. Disebabkan aku sgt aktif disiang hari.. aku boleh kerja straight tanpa rehat di time rehat..balik rumah aku memasak hingga buka puasa.. basuh pinggan kemas meja, sapu lantai, mop lantai, lipat kain bila ada waktu terluang.. lepas maghrib jer aku mmg dah hampir collapse. After solat isyak biasanya aku akan tak mampu bertahan.. So mmg aku tak ikut... ada sekali tu aku rasa badan ok.. nak ikut incik suami.. dia cakap dia nak ke masjid bandar perda.. gak jauh dari rumah, so dia cakap esoknya la... esoknya pulak.. aku kiok!!

Setiap kali suamiku ke surau/masjid yang jauh.. beliau akan balik lambat. Setiap kali itu jugalah aku akan risau yg teramat sgt. Maklum sajalah.. beliau akan naik motor.. kadang2 berkain pelikat sahaja.. kdg2 pakai ler seluar panjang.. Biasanya beliau akan sampai rumah dlm pukul 10-10.15 malam. Tapi kalau ke masjid batu.. pukul 11 pun mungkin belum sampai.. time tu mulalah hati dup dap dup dap.. ya allah..jgnla jadi apa2 padanya di perjalanan.. sehingga beliau sampai rumah baru hati lega.. sambil2 tu sentiasa berdoa.. ya allah permudahkanlah perjalanan suamiku.. pulangkanlah kembali dia kepadaku dan pinjamkanlah dia lagi buat diriku... setiap malam aku berdoa seperti itu.. kadang2 takut.. takut juga something happen.. Namun aku tahu.. semua yg aku ada sekarang ini adalah pinjaman semata2.. andai Allah berkata.. 'kun fa ya kun..' maka apa yg termaktub akan terjadi.. dan aku harus terima dengan hati yg tenang... namun hingga ke saat itu..aku doakan semoga keluargaku dalam lindunganNYA...
 

Ramadhan masih berbaki lebih 15 hari.. buat masa ini rutin masih macam biasa.. minggu ini aku cuti seminggu.. cuti utk berehat dan menjahit sebenarnya.. hati terasa ingin utk membuat kuih raya tapi hati bercakap tak payahlah dulu.. lambat lagi nak raya... mungkin sehari dulu sebelum pulang ke Gombak aku akan buat 2-3 jenis kuih utk dibawa balik.. Cadang nak buat biskut makmur, tart nenas & kuih gunting saja.. cukuplah tu.. So, cuti ini aku habiskan dengan menjahit sahaja.. jahit baju eryna.. jahit baju kurung aku.. baju raya dah ada sebenarnya.. tp memandangkan aku ada banyak kain pasang yg tak berjahit.. maka aku menjahit utk diriku sendiri.. bukan utk raya pun.. aku menjahit kerana minat dan hobi.. dan aku sangat suka menjahit.. (walaupun bila incik suami balik kerja dia komplen... bersepahnya rumah..huhu.. tapi xpelah aku jugak yg kemas rumah tu..). Semalam aku habiskan dengan mengalter baju & seluar.. maklum lah bila beli baju ada yg terlalu panjang.. ada yg terbesar sikit.. so alter sendiri je la..

Hari Sabtu lepas kami sempat ke Kulim menziarahi sedara aku di sana.. dah lama melahirkan hasrat hati aku kepada suami untuk menziarahi keluarga tersebut sempena ramadhan.. kakak ni kehilangan suaminya beberapa bulan lepas kerana kemalangan jalanraya, sekarang ni dia hidup dengan tiga org anak lelakinya dan salah seorangnya cacat (fizikal dan akal). Kesian aku tengok anak ini... dahlah kini ayah tiada.. alhamdulillah sekarang ini aku tengok dah boleh berjalan dengan lancar.. dia dilahirkan tiada kedua tapak kaki.. dan tangan pun bengkok dan jari kurang berfungsi.  Semoga Allah sentiasa melindungi anak ini dan keluarganya..


Lastly.. semoga di ramadhan ini Allah kurniakan limpah dan rahmat pada kami sekeluarga pada Ramadhan ini dan pada masa-masa akan datang. Semoga kami dijauhkan dari dugaan yang besar yg tak mampu kami hadapi.. dan semoga Allah berikan kami kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNYA. Dan.. semoga Allah sentiasa kukuhkan hati dan keimanan kami untuk terus beribadah kepadaNYA.. dan jauhkan dari kami sifat malas...

Akhirkata..

Salam Ramahan...


~mel
hati sayu hari ini... :'(





Selasa, 9 Julai 2013

9 Julai datang lagi...

 

9 julai 2013.. genaplah 3 tahun usia puteri kesayangan kami Eryna Zulaikha.. juga.. genaplah 4 tahun pemergian arwah bonda yang tercinta.. terus sebak melanda hati bila mengingatkan arwah bonda.. Al-Fatihah.. ya Allah semoga arwah bonda bahagia di sana..

Mengingati peristiwa 4 tahun lalu aku rasa sebak.. bonda pergi pada hari Khamis.. 2 hari selepas aku bertemu dengannya, ketika itu hatiku berat ingin berjumpa dgn bonda.. jadi sekembalinya aku dari kepulauan Teneriffe di negara Sepanyol, aku terus menukar tiketku yang sepatutnya terus ke Penang dari KLIA ke esokkan harinya semata2 untuk bertemu bonda di Klang pada masa itu.. Tak ku sangkat itulah kali terakhir aku bersua denganNYA.. pada pagi khamis aku menerima panggilan bahawa bonda telah pergi selama2nya..

Mengingati peristiwa 3 tahun lalu.. lahirnya Eryna Zulaikha ke dunia.. bagiku adalah suatu hadiah yang tidak ternilai.. lahirnya pada tarikh yg sama dengan pemergian arwah bonda tentunya penuh makna buat aku.. maksudnya aku takkan melupakan arwah bonda setiap kali tiba hari lahir eryna.. Kelahiran Eryna bukanlah perkara yang mudah yg telah aku lalui.. tetapi alhamdulillah.. aku (dan kami) berjaya mengharunginya..

Hari pertama Eryna... di sini

 jejari kecil eryna semasa berumur 23 hari... :)

Eryna membesar di sini  dan di sini dan di sini juga di sini... serta banyak lagi lah... huhu


Dan inilah Eryna pada hari ini.. semakin pandai.. semakin banyak ragam.. tetapi sentiasa menghiburkan hati mummy & papa.. hari ini balik2 menyanyi happy birthday untuk diri sendiri sebab kat sekolah tadi tiup kek dan kawan2 menyanyi lagu happy birthday untuknya...
 



Selamat Hari Ulangtahun ke 3 Eryna Zulaikha bt. Muhammad Faizal... semoga menjadi anak yang solehah buat papa dan mummy.. nanti yina dah besar baca blog mummy yina akan tahu betapa yina berada di hati kami sentiasa.. papa mummy sayang kamu, eryna...

~mel