Selasa, 31 Mac 2009

antara dua pokok...


antara dua..., originally uploaded by melati.a.

gambar ini diambil di pantai gelora kuantan hari sabtu lepas.. tenang je nampak laut di hujung sana tu... tapi tak taulah sebenarnya mungkin ada gelora yg kita tak nampak..


sekarang ni aku cuba bertenang dan menenangkan diriku.. sesekali aku rasa tertekan.. tp aku cuba juga menahan diri dari rasa sedih, suram & putus asa... tadi sebelum balik penang ibuku banyak kali turun naik mencariku.. kesian pula aku.. aku tahu dia xberapa bg aku balik... dan aku dapat rasa dia risau ttg diriku.. mungkin dia dapat teka.. tapi.. dia langsung tak bertanya apa-apa.. lgpun agaknya dia tahu... kalau dia tanyapun..aku lebih suka mendiamkan diri...


smlm sempat my sister cakap (menyindir kot..).. ehh.. tak bawak bakal menantu menjemput mak sekali ke tadi... aku hanya mampu diam....


~mel
rasa sedih..

takut..

Perjalanan malam tadi benar-benar tak dapat aku lupakan. Walau sebelum ini pernah d isepanjang aku memandu aku ada terjumpa sampai 5 accident, semuanya tak terlekat kat mindaku atau membuat aku jadi takut. Tapi mlm tadi walaupun tiada aku tempuhi sebarang accident diperjalanan... tapi aku jadi takut. Sampai pagi ni aku masih terbayang2 situasi perjalanan malam tadi.

Aku keluar dari untuk mengambil ibuku dalam jam 6 ptg. Sebelum tu aku telah melalui perjalanan lebih 2 jam utk ke sana. sebelum tu badan aku mmg rasa tak berapa o.k tapi sebab aku sudah berjanji dgn ibuku aku teruskan jua. Perjalanan pergi tiada masalah, semuanya ok belaka.

Keluar pada pukul 6ptg tu mmg hari nampak sudah agak gelap. aku agak2 mungkin nak hujan. Sebelum tu mmg ada hujan renyai2. Betul tekaan ku.. sepanjang jalan hujan. Keletihan badan dan mindaku membuatkan aku rasa goyah. hiway yang aku lalui pula turun naik bukit, dan aku tidak berapa biasa berbanding hway utara-selatan yg dah aku hafal kat mana setiap papan tandanya. Aku yg selalunya memandu agak laju, tetiba jadi pemandu yg agak slow. Dari situlah aku jadi macam gabra.

Bila aku berada di lane paling kiri (slow) aku jadi macam pening. aku rasa macam ada lori nak potong di sebelah kiri. Sedangkan sebelah kiri aku hanya divider. Bayang-bayang divider tersebut mcm berbalam2. Aku tukar memandu ke lane tgh.. ikut kereta lain.. perasaan bertukar macam rasa lampu-lampu penuh di sekelilingku. Aku rasa ketakutan tapi aku diam saja, tak beritahu kpd ibu ku yg berada di sebelah. Takut dia pula yg risau.

Bila sampai KL, hujan lebat selebat2nya. Aku makin konfius, jalan mana yg nak diikut. Masa tu aku just tawakkal. aku tak nampak apa2.. aku rasa ketakutan.. aku rasa konfius dan banyak kali aku hampir terbabas. Akhirnya aku sampai ke hiway ke Klang.. di situ ujian paling kuat.. aku tak nampak apa2.. aku rasa masa tu macam aku kat satu lotong panjang, gelap tiada penghujung. Aku berada kat lorong tengah. Kerana aku rasa takut sgt.. aku ke lorong laju.. bila aku ke lorong laju.. divider tu nampak macam cahaya putih bergaris-garis.. dengan air hujan mencurah2.. aku terus ke lorong tgh2 semula. Sebenarnya masa tu aku macam tak sedar aku di mana.. yg aku rasa hanyalah aku kat lorong gelap.. dan tak sampai2. Perasaaan aku masa tu tak dpt aku gambarkan. Aku selalu memandu dlm hujan lebat, gelap... tapi tak pernah aku rasa sebegini. Sampai aku terfikir.. adakah ini hidupku... gelap..berbalam2.. tiada penghujung...

Akhirnya aku sampai juga ke rumah. Payung aku berikan pada ibuku.. aku sengaja biarkan diriku basah kuyup sebelum masuk ke rumah...

Malam td aku tak berapa boleh tidur.. sampai saat ini aku masih terbayang2 dan ketakutan.. nak bersiap utk balik ke penang pun aku rasa berat..



~mel
takut.. lorong gelap masih menghantui..

Isnin, 30 Mac 2009

me 'n' u..


There's something about this photo.. aku lakarkan tulisan ini di Pantai Gelora, Kuantan.. Sbnrnya pada mula dia menunjukkan pada ku kad jemputan perkahwinan kawannya di Kuantan aku terus cakap.. no.. i cannot make it.. ofis aku ada jamuan/grand dinner pada hari yg sama.. takkan aku tak pergi. Tapi tiba2 oleh kerana ada plan yg lebih besar pada hujung minggu tersebut yg pada mulanya seperti akan berlaku, aku terus kansel utk ke dinner tu, dan supaya aku tak dipanggil mesyuarat mengejut pada hari isnin/selasa/rabu seterusnya, aku telah mengambil cuti.

Tapi.. Allah lebih mengetahui.. sebaik2 perancangan kita.. perancangan Allah adalah yg terbaik.. Tak jadi pulak rancangan tu.. hasilnya.. sekarang ni kakak aku tak bercakap dgn aku.. huhu.. padan muka aku.. :( aku sendiri rasa macam separuh mati rasanya.. nak balik ke klang pun fikir 2-3 kali.. marah betul kakak aku sbb dia rasa macam main-main.. tapi apa aku nak buat.. bak kata dia.. berserah.. walaupun hati aku berat berkilo2.. pantang hati tersentuh.. airmata mudah jatuh..


Oleh sebab aku dah ambik cuti dan aku tak tahu nak buat apa dgn cuti tu.. aku tanya ajak dia utk ke kenduri kwn dia tu di kuantan. dan aku cakap kepada dia.. aku nak pergi kuantan tu sebab aku just perlukan sesuatu utk mengalihkan perhatianku pada hidup aku yg amat celaru skrg. Something yg aku boleh look forward too... dan dia ckp insyaallah.. So, we went to kenduri tu on saturday. Kenduri tu adalah kenduri yg xperlu diceritakan.. just.. tak berapa puas hati.. dari kenduri kami lepak di pantai gelora, kuantan.. actually tak tau nak buat apa.. just lepak2 and then makan abc aiskrim. masa lepak2 tu yg aku pergi ke arah pantai tgh2 panas dan coretkan tulisan di atas... dia pun tak tau apa yg aku tulis sbnrnya..


aku tulis tulisan tu sebab.. aku masih punya harapan.. walaupun sekarang ini aku tak tahu ke mana arahku.. cuma bila aku tanya kepada dia.. adakah masih ada "kita".. dan dia cakap.. masih ada.. dan itu yg aku akan pegang selama-lamanya.. sungguh sukar menaruh harapan tapi..entahlah.. kami dah terlalu lama bersama.. dan mungkin sukar difahami betapa selama ini terlalu banyak suka-duka di antara kami.. dan itu yg membuatkan kami menjadi semakin kuat.. dugaan Allah terlalu banyak.. dan itu banyak mematangkan perhubungan ini.. tapi aku tak tahu skrg.. ke mana arahnya...


aku hanya mampu berserah.. aku cuba bertahan walau aku tahu makin ku cuba semakin aku tak berdaya dan ku rasa makin dekat diriku pada kematian.. tapi teringat pulak kata-kata dia smlm.. kalau nak mati jgnlah mati sorang2, nanti tinggal dia menghadapi segalanya sendirian.. hihi.. saya takkan tinggalkan awak.. selagi awak perlukan saya.. saya pulak? u know how much i need u..




~mel
lakaran hidup yg sukar utk dilafazkan...
hanya airmata peneman sejati..
muka pun dah jadi tah apa2 jer..

Khamis, 26 Mac 2009

boss

Kalau ikutkan tak larat hari ni aku mmg rasa tak berupaya nak bangun untuk ke ofis. Tapi disebabkan beberapa perkara penting yang perlu aku selesaikan hari ini, nak tak nak aku perlu bangun juga walau aku mmg rasa sakit. Semalam aku pergi berjumpa doktor.. doktor tidak segan silu menyatakan 'u r killing yourself' which aku admit mungkin kdg2 aku rasa mcm itulah yg aku sedang lakukan. Ubat? kadang2 aku rasa dgn kadar tekanan hidup aku, makan ubat pun tak guna. Tekanan hidup lebih kuat dari ubat.. so sejak akhir2 ni aku jd malas nak ambik ubat. Frankly speaking, aku sbnrnya tak tahu hidup aku untuk apa skrg ni...


Tadi di ofis, mula2 aku kena selesaikan satu kes student aku meniru assignment. Lepas tu aku ada kelas yg terakhir utk semester ni, just rumusan utk keseluruhan semester,tips2 utk exam dsbgnya. Then tghari aku macam biasa tak keluar makan.. sebabnya aku tak rasa lapar sgt.. keduanya badan xberapa best rasanya utk pergi cari makan, sambil ada kerja pencarian sedikit di Internet. Beberapa kali telefon ofis aku berbunyi tp aku tak angkat. Ada perkara yg menybbkan aku takut utk angkat telefon ofis. Tiba2 henfon aku berbunyi, panggilan dari Main office.. boss aku ingin berjumpa. Ada sesuatu yg membuat aku rasa berdebar2. Aku turun pergi ke pejabat boss aku di bangunan yg berlainan.

Macam-macam yang boss aku perkatakan, dari hal kerja ke peribadi. Boss aku dah agak berumur, dah tak lama nak pencen. So dia selalu cakap aku mcm anak dia.. hari ni dari cerita pasal peralatan mulmedia ke hal peribadi yg disentuh. Dia cakap dia sepatutnya ada perkara yg agak penting ingin nyatakan, tp bila dia tgk muka aku, dia cakap dia tak sampai hati nak cakap. Dia ckp muka aku cengkung, aku nampak macam orang sakit dan tidak happy. Dia try nak korek rahsia aku, tp aku katakan hal aku terlalu peribadi dan aku mmg sedang sakit.


Dia banyak bg aku nasihat.. dan minta aku jaga kesihatan. Aku berterus terang padanya.. kesihatan aku amat bergantung kpd tekanan hidup aku.. bak kata doktor semalam.. lg bnyk tekanan yg aku hadapi.. mungkin menyebabkan aku makin lemah..(mati? kalau dah sampai ajal tiada siapa mampu menolaknya..) Last2 boss aku bnyk beri nasihat.. dan dari kata-kata dia mcm dia tahu apa yg aku alami... dia cakap kalau aku mahukan sesuatu.. dia mahu aku terus mencuba... jgn putus asa.. biarlah apa terjadi pun.. kegagalan selepas berusaha lebih baik dari kegagalan tanpa usaha. dia ckp kat aku.. jgn mudah mengaku kalah.. tapi ada sesuatu yg betul2 menghiris hati aku... dia ckp.. mencuba adalah sesuatu yg baik.. tetapi usah menaruh harapan.. harapan itu adalah sesuatu yg bisa membuat kita tersungkur sekiranya harapan tidak kesampaian... aku hampir menangis di hadapannya. Aku mengakui betapa benarnya kata2nya.. tapi buat masa ini.. hanya harapan itu yg aku ada.. aku tak tahu bagaimana utk hidup andai tiada harapan itu... sesungguhnya aku tak tahu..


Entahlah.. aku tk tahu sekarang apa yg perlu aku lakukan.. cuma aku bersyukur kerana boss aku cuba memahami situasi aku ketika ini. Agaknya mungkin bila dia tgk je muka aku.. dia tau aku tgh tensen.. huhu... muka toye kot..


anyway.. syukur nothing happen to me td.. seram sejuk sbnrnya.. tp aku tahu Allah tu maha pengasih dan penyayang.. dan siapalah kita utk menghalang takdir Allah.. dapatkah kita menghalang sebuah pertemuan? kalau kita tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan.. kita tidak akan ikut jalan yg sukar.. kita akan cari jalan yg bahagia.. sentiasa.. tapi siapalah kita utk menolak takdir itu..



~mel
how could i ever live wihout you...

Isnin, 23 Mac 2009

harapan.. utk awk..

Hari ini.. insan yg amat ku syg menghantar satu email kepadaku.. kandungan email tersebut spt di bawah (tak taula mana dia ambik).. masa aku baca email tersebut.. berlinang airmata ku.. kemudian.. tiba2 aku rasa stress yg amat sgt.. ku balas email tersebut dgn bertanya.. masihkah ada harapan.. aku sgt blur masa tu.. Tapi entah macammana malam ini.. selepas penyiksaan oleh seorang insan durjana yg mula2 benar2 membuat aku rasa tak gunanya utk teruskan hidup.. tiba2 aku macam terjaga.. aku tak boleh biarkan org lain musnahkan hidup aku.. takboleh! takboleh! aku mesti bangun.. jgn menangis lagi.. cukuplah!

yang aku mahu skrg.. aku mahu hidup bersama insan yg aku syg.. sepenuh hati.. dan aku percaya Allah itu maha adil.. Allah takkan pertemukan aku dengannya utk berpisah.. Harapan itu masih ada.. selagi aku masih bernafas selagi itu harapan itu takkan pudar.. Ini adalah takdirNYA..

awak.. kuatkan semangat awak.. jgn serabut2.. ingat kali terakhir kita jumpa.. tiap2 hari dan setiap hari tersebut adalah hari yg membahagiakan.. dan insyaallah bahagia itu akan jadi milik kita.. InsyaAllah.. Allah takkan menguji kita sesuatu yg kita tak mampu hadapi.. kita mesti kuat..
saya tak tahu macam mana tiba2 sy dapat semangat ini.. dan sy berdoa semoga semangat ini tak kan pudar sehingga apa yg kita impikan menjadi kenyataan.. PadaNYA berdoa.. berusaha & bertawakkal...

Dan.. terima kasih kerana memberi sy harapan di bawah.. i'm with u.. apa2 pun.. (yr words become my words..)..

Ceritera 4 Lilin

Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

:~Intinyaa…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!


~mel

harapan yg tak akan pudar... insyaallah..

Sabtu, 21 Mac 2009

hope..


~mel
hope that all the words is true.. hoping that everything happens for a reason..
because i can't seems to stop the tears.. for now..

sorry..


~sorry.. i don't know what to do today...

hmmm...

Hidup ini ada pasang ada surut.. ada tenang ada gelombang.. tp kadang2 gelombang tu melebihi segala-galanya dan rasa nak tersadai & tak mampu nak bergerak ke mana-mana.. entahlah..aku kalau boleh tak mahu menangis lagi.. cukuplah derita hidup aku selama ini.. kdg aku terfikir.. sampai bila harus aku hadapi kesedihan.. teringin juga utkku mengecapi bahagia.. tapi dapatkah aku merasainya?? maaf kan aku..kerana aku tidak sempurna...


Lagu ini buat seseorg yg selama ini sentiasa berikan keyakinan utkku meneruskan segala2nya...

Ayat-ayat Cinta - Rossa

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan..

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud...


~mel

'i'm with you..apa2 pun..

alarm..

Malam tadi dan pagi ni hujan selebat-lebatnya di kawasan rumah aku.. So lepas subuh aku tarik selimut dan pejamkan mataku semula. Maklumlah hari sabtu.. hari untuk bersantai2.. Seketika terlelap..aku dikejutkan dengan bunyi alarm kereta dari tingkat bawah rumah aku ni... dalam hatiku berkata.. ish kereta siapa pulak alarmnya berbunyi awal2 pagi ni.. kacau je orang nak tido.. Sekejab2 alarm tu berhenti and then start balik... bila stop alarmnya hatiku berkata.. agaknya tuan empunya kereta sedang try nak betulkan alarm kereta lah kot..

Makin lama aku makin curious sebab bunyi alarm kereta tu sama saja.. mula berbunyi.. lepas tu stop.. aku yg nak tido tadi jadi terbantut.. last2 aku bukak mata.. sambil2 baring tu aku just tekan mouse sambil main hatchlings. Tapi alarm kereta tu still berbunyi.. kejab bunyi.. kejab stop..

Tiba-tiba entah macam mana aku terfikir.. ehh.. aku mmg tak pernah dengar bunyi alarm kereta aku. Entah-entah alarm kereta aku tak?? Hatiku berbelah bahagi.. nak turun ke tak.. nak turun ke tak... Ada gak kata hatiku cakap.. kalau kereta aku mesti guard kat bawah akan naik ketuk rumah aku.. tapi entah macam mana hati aku ckp..baikla aku aku turun gi tengok kat bawah... manalah tahu mmg kereta aku.. teringat ada seplastik sampah yg perlu di bawa turun.. so, boleh gak buang sampah..

So aku pun bangkit dari katil.. suasana kat luar macam masih gelap.. so aku capai aje sweater bg menutup baju tidur ku, sarung tudung, capai plastik sampah, tekan lift dan turun ke bawah.. kuar dari lift aku campakkan sampah dalam tong sampah depan lift tu.. dan mataku meleret ke tempat aku parking kereta... laaaa... lampu alarm kereta ku menyala2.. bunyi alarm tu memang dari kereta aku!! dalam hati ku cakap.. ya allahh.. betul rupanya kereta aku.. cepat2 aku tekan alarm kereta bagi bunyi alarm tu stop.. dah ler hujan.. mujur aku parking tepi bangunan rumah aku tu.. so.. xdelah kena hujan sgt..

Mula2 bila aku dah matikan alarm (actually aku xtau apa yg perlu aku buat sebenarnya).. aku try bukak pintu pemandu.. eh.. tak boleh.. aku tekan lg button buka pintu.. banyak kali aku try tp tak boleh.. so aku pusing ke sebelah pemandu lak.. bila nak bukak.. baru boleh.. ish pening aku masa tu..bila aku tutup pintu tu aku dari luar, icon pintu terbukak masih menyala kat dashboard kereta... aikk... aku pergi kat pintu pemandu balik.. try bukak.. baru boleh.. aku nyalakan enjin beberapa lama.. pastu aku tutup. Aku bukak semua pintu dan tutup (termasuk bonet). After check semua & puas hati baru aku tekan alarm balik semula.. main2 dengan button alarm tu.. and then naik atas..

Tapi sampai sekarang ni aku masih tertanya2.. kenapa alarm kereta aku berbunyi.. ada org nak try bukak pintu ke.. atau something wrong dgn bateri ke.. tapi baru semalam aku gi servis kereta tu yg ke 20,000. Ke ada yg tak kena time derang servis tu.. dah beberapa kali lepas servis kereta aku buat hal tah apa-apa.. aircon tak fungsi dgn betul.. stering goyang dllg.. entahlah..

Ish.. bila fikir2 balik.. mujur aku ambil keputusan nak turun tengok tadi.. kalau tak.. sampai sekarang la kot alarm tu berbunyi.. dan kadang-kadang kita dok fikir sesuatu tu mungkin takkan terjadi pada diri kita.. mcm mula2..aku ingat kereta org lain... sebenarnya possibilities tu tetap sama.. apa yg terjadi kat org lain mungkin akan berlaku kepada kita..



~mel
trust your instinct!

Jumaat, 20 Mac 2009

scared..



tonite.. i feel so scared..
thinking what and how my life would be
if you are not here with me..
how would i live without you
and how would i go on with my life without you..
god.. i'm scared.. just too scared to open my eyes tomorrow..
god.. i'm praying.. i'm hoping..
 i'm too miserable to think..
 and i'm too scared to even let my self hoping... hoping to be with you.. 


~mel
dunno what to do...

gaya..

Dah lama tak update blog.. biasalah ikut time.. bila time free rajinla update..bila time busy, lambatla nak update.. hopefully 2-3 minggu lagi free sikit coz student dah exam, kelas dah xde..  tapi tak taulah kan kot-kot busy mende lain pulak..

This week aku macam malas nak fikir tentang pakaian ke ofis, jadi hari2 mmg aku belasah pakai baju kurung biasa, sempoi jer..entah macam mana satu pagi tu lepas aku park kereta, aku pun a berjalan ke ofis aku.. dari jauh aku nampaklah sorang colleague sekerja berdiri kat kat tangga nak naik bangunan ofis aku tu..  bila aku dah sampai dekat dia tengok aku dan dia cakap... laaa... u rupanya.. i ingat tadi student tahun 2.. aku pun pandang muka dia, senyum dan cakap... hai dr. nordin.. perasan muda sy nanti.. and then aku terus je la naik ofis aku.. xde la nak borak2..

sambil2 tu aku dok fikir.. alahai.. mcm mana nak menampakkan aku ni macam pensyarah ekk.. nak kena pakai glamer2 ke.. atau ada cara berjalan ke.. cara apa2lah.. dah banyak kali org tegur dan sampai aku ni rasa self-conscious plak.. mmg aku ni xde gaya lecturer agaknyer.. huhu.. even student aku utk subjek penulisan thesis pun ada cakap kat aku.. aku ni lain dari lecturer lain..lebih lepak & santai dan they all rasa mcm kawan2 pulak.. derang ni cikgu2 sekolah yg buat part time Master di usm ni.. so dah matang semuanya.. tapi pening gak aku.. macam mana gaya seorang lecturer tu..


entah macam mana.. aku ada kelas di dewan kuliah pd satu pg tu.. so seperti biasa aku bawah beg galas laptop aku + handbag.. hehe.. dua2 belah tangan ada beg.. huhu.. aku peduli ape kan.. tp still aku pakai baju kurung biasa.. lepas bg kuliah.. otw aku nak gi kereta kat depan aku aku ternampak seorang wanita yg agak berumur tp gayanya nampak  anggun dan serta merta dlm hatiku berkata.. haaa.. dia ni mesti seorang lecturer... hehe..  dia pakai baju macam kemeja, berblazer diluar, seluar slack, bertudung yg di ikat dibelakang.. dan paling penting.. dia menggantungkan cermin mata dia dileher dengan menggunakan tali...

dlm hati aku terus cakap.......haaaaaaaaaaaaa.. inilah gaya seorang lecturer.. terus boleh tau dia tu lecturer.. melalui cermin mata tergantung dileher.. dan pakaian dia yg sebegitu..

Tapi... errr.. mintak maafla.. aku rasa terima kasih sajalah.. aku rasa aku xboleh kot nak pakai mcm tu.. di luar bidang pemakaian aku.. nak nyer gantung cermin mata kat leher... erkkk.. aku tak pakai spek.. hopefully takkan pakai..   err.. err.. xpelah...

So, terpaksalah aku terima yg aku ni xde gaya seorang lecturer..  dan aku tak mampu mengubahnya... huhu.. terpaksalah aku kekalkan identiti sebegini sbb aku tak retilah nak bergaya mcm lecturer...huhu..



~mel
nak jugak belajar bergaya.. :P


Rabu, 11 Mac 2009

ppsmi..

Tiba-tiba terasa nak mengulas pasal PPSMI.. isu yg kini hangat dan rasanya telah dipolitikkan..Tadi aku membaca komen seseorg yg anonymous RANDOMNESS dan tiba2 membuat aku rasa sedikit hangin dengan komen yg diberikan. Sebenarnya aku sendiri mmg baru saja masuk ke dalam lingkungan PPSMI.. walaupun tak terlibat secara langsung tetapi tanpa aku sedari aku diserap di dalam dunia PPSMI secara tidak sengaja. Walaupun aku mengajar Teknologi ICT, Multimedia dllg kepada bakal2 guru, disebabkan PPSMI melibatkan penggunaan CD dan teknologi di dalam kelas, aku secara tidak langsung terlibat sama. Aku telah berpeluang pergi ke sekolah2 (di luar bandar) dan berpeluang melihat bagaimana guru2 mengaplikasi penggunaan PPSMI.

Aku rasa ketika mula2 PPSMI diperkenalkan mungkin bnyk implikasi yg terpaksa ditanggung oleh guru2. Tapi setelah aku pergi ke sekolah-sekolah di luar bandar dan melihat sendiri bagaimana guru-guru mengajar, aku rasa setuju PPSMI diteruskan. Mengapa? Bukan hanya pelajar mendapat manfaat, guru juga sama-sama belajar.

Usahlah berpendapat kalau guna BI utk mengajar maths dan sains akan merendahkan martabat bahasa melayu.. tak relevan langsung tu, kita cuma nak meningkatkan penggunaan bahasa inggeris supaya anak-anak bangsa kita terutama yg di luar bandar akan lebih terdedah dgn bahasa inggeris. begitu juga dengan guru-guru. bayangkan suatu hari nanti bila anak-anak dari luar bandar keluar dari ruang lingkup mereka, sekurang-kurangnya mereka yakin utk berbahasa inggeris kerana mereka pernah mengaplikasikan penggunaan bahasa inggeris semaksimum yg mungkin. salahkah belajar menggunakan bahasa inggeris? logik tak kalau guna BI untuk belajar Maths dan Sains akan buat kita lupa pada asal usul kita?

Kalau nak pertikaikan PPSMI menyebabkan keputusan sains & maths merosot mungkinlah lebih relevan. Tapi kalau nak cakap pasal memartabatkan bahasa melayu, bukanlah dengan menggugurkan PPSMI. Sebenarnya dengan adanya PPSMI dapat meningkatkan kompentasi guru-guru di dalam menggunakan bahasa inggeris. Kita ni.. sebagai manusia, kdg2 bila kita tidak terpaksa berbuat atau menggunakan sesuatu, kita takkan buat. Sebagai contoh bg diriku sendiri, sudah menjadi syarat universiti sekiranya ada seorang pelajar asing (international) di dalam subjek yg aku ajar, secara auto p & p (pengajaran dan pembelajaran) wajib dilakukan dlm bahasa inggeris. Kalau nak ikut gabra.. mmg aku gabra.. walaupun aku memang banyak melakukan pembentangan dlm bahasa inggeris, tp aku masih takut-takut jugak. tapikan bila sentiasa praktik dan setiap minggu terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris, aku rasa ia lebih memberi keyakinan pada diriku sendiri. Mmg kadang2 tengah-tengah mengajar aku jadi tak tau apa nak cakap.. hilang perkataan yg nak dinyatakan..tapi bila fikir-fikir balik, even mat saleh sendiri pun kadang2 terkedu bila terpaksa bercakap di khalayak ramai.

Jadi, buat apa nak bg alasan guru tak mahir berbahasa inggeris utk mengajar maths & sains.. practice makes perfect.. Alasan kita tidak memartabatkan bahasa melayu pun tidak boleh digunapakai.. kita tak menghina bangsa kita.. malah kita akan memartabatkan bangsa kita dengan menunjukkan betapa inteleknya bangsa melayu, mahir bertutur, menulis dan membaca dlm bahasa ibunda sendiri & juga berbahas inggeris. Sebenarnya mat-mat salleh kat luar tu cemburu dengan kita sebab kita lebih pandai dari mereka. Kita boleh cakap bahasa mereka.. mereka boleh tak? tak ramai yg bolehkan.. kita boleh menggunakan dwi-bahasa, mereka boleh?

Tunjukkan intelektualiti kita sebagai bangsa melayu, jgn asyik nak menentang sahaja.. jgn politikkan pendidikan, walau apa ideologi politik kita, kita harus sama-sama berusaha kepada pendidikan anak-anak bangsa kita yg lebih cemerlang. Jgn bangsa lain memandang rendah kepada bangsa kita hanya kerana ego kita tidak mahu satu pembaharuan. Kita masih bangsa melayu, kita masih memartabatkan bahasa melayu, yang lebihnya kita jadi bangsa melayu yg intelek dan dihormati kerana kita mampu mengumpat mat saleh kat depan muka diorang, tapi mat saleh tu tak boleh nak mengumpat kita pasal kita akan faham apa yg diorg cakap!! Kan best.. dari kita dok terkebil2 tak faham apa yg mereka cakap..


Fikirlah.. yg penting.. jgn politikkan pendidikan.. menyampah betul bila politik masuk dlm pendidikan..



~mel
you'll understand when u are in the system..
jgn ikut2 saja... fikir nasib anak2 kita di masa akan dtg...

Ahad, 8 Mac 2009

Nyaris..

pagi tadi sewaktu tengah nak masak breakfast kat bawah ni.. aku baru saja on kan dapur sebelah kiri..oleh sebab kuali yg aku guna tu baru lepas basuh..so aku pasang api agak kuat nak bg kuali cepat keringlah kononnnya...hmm..



tiba-tiba.. entah macam mana penyambung salur getah gas (gambar di bawah) yg menyambungkan antara dapur gas dan tong gas tercabut.. gas berbunyi zsssssssss keluar dari penyambung tu.. api kat dapur yg tadi sedang menyala tu jadi disembur tiba2 oleh gas yg laju dari salur paip tu.. aku jadi panik.. tapi secepat kilat aku menghala ke dapur gas dan dan cabut penutup gas.. gas pun berhenti..takut betul aku.. satu rumah bau gas...



Setelah beberapa lama barulah aku dapat recover dari terkejut dan bawak turun dapur dari atas rak dapur tu, dan cuba sambungkan balik penyambung dapur gas tu.. agak susah juga rupanya utk ketatkan penyambung tu. Bila dah sambung secekak yg aku mampu, aku masih takut2 nak pasang semula gas pada dapur tu.. tapi tawakkal sajala... harap tak terjadi lagi... akhirnya aku sambung balik masak brekfast yg terbengkalai..



hmmm.. bila fikir2 balik.. nasib baik aku tadi.. kalau xsempat nak tutup gas tu..
macam mana yer.. rumah masih terbau-bau gas....




~mel
masih terbayang2..