Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 31 Mac 2009

takut..

Perjalanan malam tadi benar-benar tak dapat aku lupakan. Walau sebelum ini pernah d isepanjang aku memandu aku ada terjumpa sampai 5 accident, semuanya tak terlekat kat mindaku atau membuat aku jadi takut. Tapi mlm tadi walaupun tiada aku tempuhi sebarang accident diperjalanan... tapi aku jadi takut. Sampai pagi ni aku masih terbayang2 situasi perjalanan malam tadi.

Aku keluar dari untuk mengambil ibuku dalam jam 6 ptg. Sebelum tu aku telah melalui perjalanan lebih 2 jam utk ke sana. sebelum tu badan aku mmg rasa tak berapa o.k tapi sebab aku sudah berjanji dgn ibuku aku teruskan jua. Perjalanan pergi tiada masalah, semuanya ok belaka.

Keluar pada pukul 6ptg tu mmg hari nampak sudah agak gelap. aku agak2 mungkin nak hujan. Sebelum tu mmg ada hujan renyai2. Betul tekaan ku.. sepanjang jalan hujan. Keletihan badan dan mindaku membuatkan aku rasa goyah. hiway yang aku lalui pula turun naik bukit, dan aku tidak berapa biasa berbanding hway utara-selatan yg dah aku hafal kat mana setiap papan tandanya. Aku yg selalunya memandu agak laju, tetiba jadi pemandu yg agak slow. Dari situlah aku jadi macam gabra.

Bila aku berada di lane paling kiri (slow) aku jadi macam pening. aku rasa macam ada lori nak potong di sebelah kiri. Sedangkan sebelah kiri aku hanya divider. Bayang-bayang divider tersebut mcm berbalam2. Aku tukar memandu ke lane tgh.. ikut kereta lain.. perasaan bertukar macam rasa lampu-lampu penuh di sekelilingku. Aku rasa ketakutan tapi aku diam saja, tak beritahu kpd ibu ku yg berada di sebelah. Takut dia pula yg risau.

Bila sampai KL, hujan lebat selebat2nya. Aku makin konfius, jalan mana yg nak diikut. Masa tu aku just tawakkal. aku tak nampak apa2.. aku rasa ketakutan.. aku rasa konfius dan banyak kali aku hampir terbabas. Akhirnya aku sampai ke hiway ke Klang.. di situ ujian paling kuat.. aku tak nampak apa2.. aku rasa masa tu macam aku kat satu lotong panjang, gelap tiada penghujung. Aku berada kat lorong tengah. Kerana aku rasa takut sgt.. aku ke lorong laju.. bila aku ke lorong laju.. divider tu nampak macam cahaya putih bergaris-garis.. dengan air hujan mencurah2.. aku terus ke lorong tgh2 semula. Sebenarnya masa tu aku macam tak sedar aku di mana.. yg aku rasa hanyalah aku kat lorong gelap.. dan tak sampai2. Perasaaan aku masa tu tak dpt aku gambarkan. Aku selalu memandu dlm hujan lebat, gelap... tapi tak pernah aku rasa sebegini. Sampai aku terfikir.. adakah ini hidupku... gelap..berbalam2.. tiada penghujung...

Akhirnya aku sampai juga ke rumah. Payung aku berikan pada ibuku.. aku sengaja biarkan diriku basah kuyup sebelum masuk ke rumah...

Malam td aku tak berapa boleh tidur.. sampai saat ini aku masih terbayang2 dan ketakutan.. nak bersiap utk balik ke penang pun aku rasa berat..



~mel
takut.. lorong gelap masih menghantui..

2 ulasan:

  1. kalau macam tu berhenti ajelah kat rnr mel, bahaya!

    BalasPadam
  2. nak benti pun tak tau kat mana masa tu.. satu ape xnampak...

    BalasPadam