Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 21 Mac 2009

alarm..

Malam tadi dan pagi ni hujan selebat-lebatnya di kawasan rumah aku.. So lepas subuh aku tarik selimut dan pejamkan mataku semula. Maklumlah hari sabtu.. hari untuk bersantai2.. Seketika terlelap..aku dikejutkan dengan bunyi alarm kereta dari tingkat bawah rumah aku ni... dalam hatiku berkata.. ish kereta siapa pulak alarmnya berbunyi awal2 pagi ni.. kacau je orang nak tido.. Sekejab2 alarm tu berhenti and then start balik... bila stop alarmnya hatiku berkata.. agaknya tuan empunya kereta sedang try nak betulkan alarm kereta lah kot..

Makin lama aku makin curious sebab bunyi alarm kereta tu sama saja.. mula berbunyi.. lepas tu stop.. aku yg nak tido tadi jadi terbantut.. last2 aku bukak mata.. sambil2 baring tu aku just tekan mouse sambil main hatchlings. Tapi alarm kereta tu still berbunyi.. kejab bunyi.. kejab stop..

Tiba-tiba entah macam mana aku terfikir.. ehh.. aku mmg tak pernah dengar bunyi alarm kereta aku. Entah-entah alarm kereta aku tak?? Hatiku berbelah bahagi.. nak turun ke tak.. nak turun ke tak... Ada gak kata hatiku cakap.. kalau kereta aku mesti guard kat bawah akan naik ketuk rumah aku.. tapi entah macam mana hati aku ckp..baikla aku aku turun gi tengok kat bawah... manalah tahu mmg kereta aku.. teringat ada seplastik sampah yg perlu di bawa turun.. so, boleh gak buang sampah..

So aku pun bangkit dari katil.. suasana kat luar macam masih gelap.. so aku capai aje sweater bg menutup baju tidur ku, sarung tudung, capai plastik sampah, tekan lift dan turun ke bawah.. kuar dari lift aku campakkan sampah dalam tong sampah depan lift tu.. dan mataku meleret ke tempat aku parking kereta... laaaa... lampu alarm kereta ku menyala2.. bunyi alarm tu memang dari kereta aku!! dalam hati ku cakap.. ya allahh.. betul rupanya kereta aku.. cepat2 aku tekan alarm kereta bagi bunyi alarm tu stop.. dah ler hujan.. mujur aku parking tepi bangunan rumah aku tu.. so.. xdelah kena hujan sgt..

Mula2 bila aku dah matikan alarm (actually aku xtau apa yg perlu aku buat sebenarnya).. aku try bukak pintu pemandu.. eh.. tak boleh.. aku tekan lg button buka pintu.. banyak kali aku try tp tak boleh.. so aku pusing ke sebelah pemandu lak.. bila nak bukak.. baru boleh.. ish pening aku masa tu..bila aku tutup pintu tu aku dari luar, icon pintu terbukak masih menyala kat dashboard kereta... aikk... aku pergi kat pintu pemandu balik.. try bukak.. baru boleh.. aku nyalakan enjin beberapa lama.. pastu aku tutup. Aku bukak semua pintu dan tutup (termasuk bonet). After check semua & puas hati baru aku tekan alarm balik semula.. main2 dengan button alarm tu.. and then naik atas..

Tapi sampai sekarang ni aku masih tertanya2.. kenapa alarm kereta aku berbunyi.. ada org nak try bukak pintu ke.. atau something wrong dgn bateri ke.. tapi baru semalam aku gi servis kereta tu yg ke 20,000. Ke ada yg tak kena time derang servis tu.. dah beberapa kali lepas servis kereta aku buat hal tah apa-apa.. aircon tak fungsi dgn betul.. stering goyang dllg.. entahlah..

Ish.. bila fikir2 balik.. mujur aku ambil keputusan nak turun tengok tadi.. kalau tak.. sampai sekarang la kot alarm tu berbunyi.. dan kadang-kadang kita dok fikir sesuatu tu mungkin takkan terjadi pada diri kita.. mcm mula2..aku ingat kereta org lain... sebenarnya possibilities tu tetap sama.. apa yg terjadi kat org lain mungkin akan berlaku kepada kita..



~mel
trust your instinct!

1 ulasan: