Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 11 Mac 2009

ppsmi..

Tiba-tiba terasa nak mengulas pasal PPSMI.. isu yg kini hangat dan rasanya telah dipolitikkan..Tadi aku membaca komen seseorg yg anonymous RANDOMNESS dan tiba2 membuat aku rasa sedikit hangin dengan komen yg diberikan. Sebenarnya aku sendiri mmg baru saja masuk ke dalam lingkungan PPSMI.. walaupun tak terlibat secara langsung tetapi tanpa aku sedari aku diserap di dalam dunia PPSMI secara tidak sengaja. Walaupun aku mengajar Teknologi ICT, Multimedia dllg kepada bakal2 guru, disebabkan PPSMI melibatkan penggunaan CD dan teknologi di dalam kelas, aku secara tidak langsung terlibat sama. Aku telah berpeluang pergi ke sekolah2 (di luar bandar) dan berpeluang melihat bagaimana guru2 mengaplikasi penggunaan PPSMI.

Aku rasa ketika mula2 PPSMI diperkenalkan mungkin bnyk implikasi yg terpaksa ditanggung oleh guru2. Tapi setelah aku pergi ke sekolah-sekolah di luar bandar dan melihat sendiri bagaimana guru-guru mengajar, aku rasa setuju PPSMI diteruskan. Mengapa? Bukan hanya pelajar mendapat manfaat, guru juga sama-sama belajar.

Usahlah berpendapat kalau guna BI utk mengajar maths dan sains akan merendahkan martabat bahasa melayu.. tak relevan langsung tu, kita cuma nak meningkatkan penggunaan bahasa inggeris supaya anak-anak bangsa kita terutama yg di luar bandar akan lebih terdedah dgn bahasa inggeris. begitu juga dengan guru-guru. bayangkan suatu hari nanti bila anak-anak dari luar bandar keluar dari ruang lingkup mereka, sekurang-kurangnya mereka yakin utk berbahasa inggeris kerana mereka pernah mengaplikasikan penggunaan bahasa inggeris semaksimum yg mungkin. salahkah belajar menggunakan bahasa inggeris? logik tak kalau guna BI untuk belajar Maths dan Sains akan buat kita lupa pada asal usul kita?

Kalau nak pertikaikan PPSMI menyebabkan keputusan sains & maths merosot mungkinlah lebih relevan. Tapi kalau nak cakap pasal memartabatkan bahasa melayu, bukanlah dengan menggugurkan PPSMI. Sebenarnya dengan adanya PPSMI dapat meningkatkan kompentasi guru-guru di dalam menggunakan bahasa inggeris. Kita ni.. sebagai manusia, kdg2 bila kita tidak terpaksa berbuat atau menggunakan sesuatu, kita takkan buat. Sebagai contoh bg diriku sendiri, sudah menjadi syarat universiti sekiranya ada seorang pelajar asing (international) di dalam subjek yg aku ajar, secara auto p & p (pengajaran dan pembelajaran) wajib dilakukan dlm bahasa inggeris. Kalau nak ikut gabra.. mmg aku gabra.. walaupun aku memang banyak melakukan pembentangan dlm bahasa inggeris, tp aku masih takut-takut jugak. tapikan bila sentiasa praktik dan setiap minggu terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris, aku rasa ia lebih memberi keyakinan pada diriku sendiri. Mmg kadang2 tengah-tengah mengajar aku jadi tak tau apa nak cakap.. hilang perkataan yg nak dinyatakan..tapi bila fikir-fikir balik, even mat saleh sendiri pun kadang2 terkedu bila terpaksa bercakap di khalayak ramai.

Jadi, buat apa nak bg alasan guru tak mahir berbahasa inggeris utk mengajar maths & sains.. practice makes perfect.. Alasan kita tidak memartabatkan bahasa melayu pun tidak boleh digunapakai.. kita tak menghina bangsa kita.. malah kita akan memartabatkan bangsa kita dengan menunjukkan betapa inteleknya bangsa melayu, mahir bertutur, menulis dan membaca dlm bahasa ibunda sendiri & juga berbahas inggeris. Sebenarnya mat-mat salleh kat luar tu cemburu dengan kita sebab kita lebih pandai dari mereka. Kita boleh cakap bahasa mereka.. mereka boleh tak? tak ramai yg bolehkan.. kita boleh menggunakan dwi-bahasa, mereka boleh?

Tunjukkan intelektualiti kita sebagai bangsa melayu, jgn asyik nak menentang sahaja.. jgn politikkan pendidikan, walau apa ideologi politik kita, kita harus sama-sama berusaha kepada pendidikan anak-anak bangsa kita yg lebih cemerlang. Jgn bangsa lain memandang rendah kepada bangsa kita hanya kerana ego kita tidak mahu satu pembaharuan. Kita masih bangsa melayu, kita masih memartabatkan bahasa melayu, yang lebihnya kita jadi bangsa melayu yg intelek dan dihormati kerana kita mampu mengumpat mat saleh kat depan muka diorang, tapi mat saleh tu tak boleh nak mengumpat kita pasal kita akan faham apa yg diorg cakap!! Kan best.. dari kita dok terkebil2 tak faham apa yg mereka cakap..


Fikirlah.. yg penting.. jgn politikkan pendidikan.. menyampah betul bila politik masuk dlm pendidikan..



~mel
you'll understand when u are in the system..
jgn ikut2 saja... fikir nasib anak2 kita di masa akan dtg...

3 ulasan:

  1. yes btul mel,sy faham sbb sy pun sedikit sebanyak terlibat dengan PPSMi nie sejak keje di sekolah

    BalasPadam
  2. ~~yerp agreed. Actually, thinking back, those who are complaining, the parents, the unproficient PSIMP teachers, and the academician, they should know well enough that every challenges need to be taken, and never say "NO". I am not a student in PISMP before but during my form 4 and form 5, the teachers already been teaching those Sciences subjects in English, long before the PISMP being used nationwide ( maybe becoz I was schooling a school in the heart of Penang island). I had no problem before to switch between English and BM. And dear writer, I do agree. The capability to switch code ( code-mixing) between we Malaysians ( some of us can switch code up to 4 languages ) is amazing and still under research by the native English speaker. They are actually amaze on how well we can switch code in between sentences ( fluently ) and within few seconds. But us? Negara Bangsalah, apa ke bendalah.... I am an English teacher..tho I speak in English, teach English, read English, watch English, think English , the skill of speaking bahasa never washed off. Moreoever, I found out that it is actually pretty easy to get part time job with my English when I was a student before. ~~~

    BalasPadam
  3. Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

    Thanks!

    BalasPadam