Khamis, 26 Mac 2009

boss

Kalau ikutkan tak larat hari ni aku mmg rasa tak berupaya nak bangun untuk ke ofis. Tapi disebabkan beberapa perkara penting yang perlu aku selesaikan hari ini, nak tak nak aku perlu bangun juga walau aku mmg rasa sakit. Semalam aku pergi berjumpa doktor.. doktor tidak segan silu menyatakan 'u r killing yourself' which aku admit mungkin kdg2 aku rasa mcm itulah yg aku sedang lakukan. Ubat? kadang2 aku rasa dgn kadar tekanan hidup aku, makan ubat pun tak guna. Tekanan hidup lebih kuat dari ubat.. so sejak akhir2 ni aku jd malas nak ambik ubat. Frankly speaking, aku sbnrnya tak tahu hidup aku untuk apa skrg ni...


Tadi di ofis, mula2 aku kena selesaikan satu kes student aku meniru assignment. Lepas tu aku ada kelas yg terakhir utk semester ni, just rumusan utk keseluruhan semester,tips2 utk exam dsbgnya. Then tghari aku macam biasa tak keluar makan.. sebabnya aku tak rasa lapar sgt.. keduanya badan xberapa best rasanya utk pergi cari makan, sambil ada kerja pencarian sedikit di Internet. Beberapa kali telefon ofis aku berbunyi tp aku tak angkat. Ada perkara yg menybbkan aku takut utk angkat telefon ofis. Tiba2 henfon aku berbunyi, panggilan dari Main office.. boss aku ingin berjumpa. Ada sesuatu yg membuat aku rasa berdebar2. Aku turun pergi ke pejabat boss aku di bangunan yg berlainan.

Macam-macam yang boss aku perkatakan, dari hal kerja ke peribadi. Boss aku dah agak berumur, dah tak lama nak pencen. So dia selalu cakap aku mcm anak dia.. hari ni dari cerita pasal peralatan mulmedia ke hal peribadi yg disentuh. Dia cakap dia sepatutnya ada perkara yg agak penting ingin nyatakan, tp bila dia tgk muka aku, dia cakap dia tak sampai hati nak cakap. Dia ckp muka aku cengkung, aku nampak macam orang sakit dan tidak happy. Dia try nak korek rahsia aku, tp aku katakan hal aku terlalu peribadi dan aku mmg sedang sakit.


Dia banyak bg aku nasihat.. dan minta aku jaga kesihatan. Aku berterus terang padanya.. kesihatan aku amat bergantung kpd tekanan hidup aku.. bak kata doktor semalam.. lg bnyk tekanan yg aku hadapi.. mungkin menyebabkan aku makin lemah..(mati? kalau dah sampai ajal tiada siapa mampu menolaknya..) Last2 boss aku bnyk beri nasihat.. dan dari kata-kata dia mcm dia tahu apa yg aku alami... dia cakap kalau aku mahukan sesuatu.. dia mahu aku terus mencuba... jgn putus asa.. biarlah apa terjadi pun.. kegagalan selepas berusaha lebih baik dari kegagalan tanpa usaha. dia ckp kat aku.. jgn mudah mengaku kalah.. tapi ada sesuatu yg betul2 menghiris hati aku... dia ckp.. mencuba adalah sesuatu yg baik.. tetapi usah menaruh harapan.. harapan itu adalah sesuatu yg bisa membuat kita tersungkur sekiranya harapan tidak kesampaian... aku hampir menangis di hadapannya. Aku mengakui betapa benarnya kata2nya.. tapi buat masa ini.. hanya harapan itu yg aku ada.. aku tak tahu bagaimana utk hidup andai tiada harapan itu... sesungguhnya aku tak tahu..


Entahlah.. aku tk tahu sekarang apa yg perlu aku lakukan.. cuma aku bersyukur kerana boss aku cuba memahami situasi aku ketika ini. Agaknya mungkin bila dia tgk je muka aku.. dia tau aku tgh tensen.. huhu... muka toye kot..


anyway.. syukur nothing happen to me td.. seram sejuk sbnrnya.. tp aku tahu Allah tu maha pengasih dan penyayang.. dan siapalah kita utk menghalang takdir Allah.. dapatkah kita menghalang sebuah pertemuan? kalau kita tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan.. kita tidak akan ikut jalan yg sukar.. kita akan cari jalan yg bahagia.. sentiasa.. tapi siapalah kita utk menolak takdir itu..



~mel
how could i ever live wihout you...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan