Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 20 Oktober 2009

Di sini segalanya bermula..

Dah lama tak menulis.. meaning that.. menulis.. yer.. menulis apa yg aku rasa.. Sebenarnya selalu berniat nak menulis tapi terkadang masa tidak mengizinkan.. kesibukan dengan tugas dan macam2 lagi termasuklah tugasku sebagai felo juga menyebabkan aku stuck dengan kerja-kerja entah apa-apa.. Malam ni sebenarnya dari tadi aku teringin nak menulis. Just nak share my up and down sekarang ni.. tapi most of the time buat masa ni aku rasa up.. just ada kadang kala rasa down.. but i think biasalah tu.. in our life ada up ada down.. mungkin itu menjadi acuan kemanisan hidup..

At the moment.. kesibukan makin bertambah. Ada agenda hidup yg sedang dirancang dan Insyaallah dengan doa dan rahmat dariNYA akan memulakan satu titik kehidupan baru. Gembirakah aku? Tentunya gembira.. ada banyak ranjau di dalam perjalanan ini.. kadang kala membuatkan aku hampir putus asa.. terkadang rasa lebih baik ku lepaskan apa yg ku genggam.. Namun alhamdulillah.. akhirnya aku sampai di sini.. ke detik ini yang amat aku hargai...

Masa seperti pantasnya berlalu.. aku rasa terlalu banyak perkara perlu difikirkan dan perlu diuruskan.. Namun aku sentiasa berdoa semoga segala2nya dipermudahkan.. Kalau ranjau sebelum2 ini mampu ditempuhi.. insyaallah yang ini bukanlah ranjau.. tapi rahmat dan kurniaan dariNYA yang tidak terhingga.. Yang akan dilalui pada hari-hari mendatang adalah suatu nikmat yang bagi seorang hamba sepertiku. Insyaallah aku ingin lakukan yg terbaik.. utk diriku.. dirinya dan utk semua yg sentiasa berada di sisi kami selama ini...

Ya Allah.. Syukurku hanya padaMU... Berkatilah perancangan dan segala apa yg ingin kami lakukan... Di sini segalanya bermula...


~mel
moga segalanya dipermudahkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan