Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 8 Oktober 2009

It's a fine day..

Dah lama tak menulis mencurahkan perasaan. Dah beberapa lama juga diri sendiri melupakan rasa syukur di atas kurniaanNYA. Itulah kan.. kita sebagai hamba di muka bumi ini selalu lupa dan leka.. terutama terlupa siapa kita yg menumpang di bumi Allah ini. Pertama kali sejak beberapa lama aku rasa amat tenang, aku rasa tak kisah dgn kesusahan dan dugaan yg mendatang, aku tak kisah kalau diri aku terpaksa mengharungi apa-apa.. biarlah.. insyaallah apa-apa pun Allah akan tetap berada bersamaku. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.

Mungkin utk menunjukkan betapa lekanya kita dengan dunia, dengan apa yang ada di sekeliling kita, hingga kita tak sedar betapa lemahnya kita dan betapa 'fragile'nya kita terhadap qada dan qadarNYA.

Hari ini adalah satu permulaan... dari banyak permulaan yg telah aku mulakan. Namun aku berharap permulaan ini adalah permulaan yg makin mendekatkan diriku padaNYA. Dengan berbagai kekurangan yg ada pada diriku.. aku ingin terus hidup & bersedia utk bertemu denganNYA suatu ketika nanti. Buat masa ini.. aku tahu.. aku masih belum sedia.. Banyak yang aku tertinggal..

Hari ini aku bermuhasabah diri.. aku selalu menangis sebelum ini.. tapi alhamdulillah hari ini aku tidak menangis. Cukuplah tangisan2 aku sebelum ini... Let's put a stop into it dan bersyukur dengan segala rahmat Allah padaku. Apa yang tak mampu kucapai adalah disebabkan kekuranganku sebagai Hamba Allah... dan apa yg telah kuraih sesungguhnya kerana kasihNYA padaku.

Hatiku amat tenang hari ini... terima kasih kepada insan2 yg selalu ada menyokong hidupku... Faizal.. keluargaku, my siblings... jasa kalian tak mampu aku balas.. thank you all.. and i love u all very much...


~mel
it's a fine day today.. and it will be a fine day tomorrow.. and tomorrow.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan