Isnin, 22 Mac 2010

Gotong Royong..

Semalam pagi2 dah menapak turun tangga bangunan rumah untuk berjalan kaki ke Taman Rekreasi Universiti yg nak dirasmikan.. Arahan suh turun 7.30pg.. So tepat jam 7.30pg aku dah menenggek kat tepi jalan untuk naik ke atas Taman Rekreasi yg letaknya kat atas bukit Kompleks RST. Bila tengok tangga naik ke atas tu cam seriau gak.. tapi naik je la kan.. Sampai2 kat atas tengok semua muka yg tak dikenali.. adehh.. tak best sungguh... Tetiba nampak muka Gee.. kawan aku dari HBP yg sama2 study di NZ dulu tapi unversiti yg berlainan... Mmg agak rapat dgn dia.. so lega rasanya.. dia pun lega la kot sebab ada member... keh3..

Taman Rekreasi Universiti tu khabarnya lebih utk kegunaan Pesila nak camping2.. di kawasan hutan simpan USM yg masih ada 22 ekar kot.. Aku pun sebenarnya tak de la semangat nak gotong royong.. huhu.. datang nak tunjuk muka jer utk perasmian.. So sarung tangan pun aku tak amik.. (tapi breakfast aku pau jugak..huhu pasal lapar kan)... So aku jadi gurugambar je la.. amik gambar mana2 yg patut.. huhu..


Gotong Royong
Mentari pun masih malu2 nak keluar.. apa lagi aku.. masih malu-malu nak kuar rumah.. kalau sambung tido kan best.. Ni kat jalan nak naik ke Taman Rekreasi Universiti..

Gotong Royong
Kira aku salah seorang yg terawal la naik kat atas bukit tu.. kosong lagi org belum sampai... walaupun aku ingat aku dah lambat..

Gotong Royong
Alatan2 yg disediakan... buat aku takut jer.. :P

Gotong Royong
Layout kawasan TRU yg di design oleh HBP..

Gotong Royong
Kelakar betul... penggali pun ada ikat reben.. jenuh aku nak imagin camne org tu nak menggali tanam pokok dengan reben terikat kat penggali tu.. huhu


Gotong Royong
Pro Canselor lepas tanam pokok dan menyiramnya pulak... Cool la dia ni..

Gotong Royong
Student2 yg dtg nak bergotong royong... tak pela kan derang pun dah ramai.. kalau aku tolong wat menyibuk dan meramai jer kan kan..

Anyway.. pukul 9 lebih aku dah melangkah kaki turun dari bukit tu.. time nak turun tu siap pakcik2 yg jaga kat tepi tangga tu cakap.. turun baik2 yer.. tangga tu curam sangat kang tergelincir pulak.. bahaya.. muka pakcik tu cam horror jer.. alamak obvious sgt dah ke perut aku ni... cam dlm hati pakcik tu kata.. dah tau awak tu cam tu nak gak panjat bukit tinggi2 ni.. huhu.. Apa nak buat.. demi menunjukkan muka kan?



~mel
xde mood nak kerja hari ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan