Jumaat, 29 Julai 2011

Christchurch...

Akhirnya tercapai juga hajat aku & hubby untuk ke New Zealand... tertunai juga janji aku pada hubbyku..hihi.. Kami sampai di Christchurch ptg semalam dalam pukul 2 ptg waktu tempatan...lebih kurang pukul 10pg waktu Malaysia.. Kebetulan di LCCT sewaktu kami sedang siap2 nak naik flight tetiba aku terpandang seorg lelaki.. dia pandang aku.. dan aku pandang dia..masing2 terkejut2.. laaa... tak sangka terjumpa dgn sepupu aku yg sama2 nak berjalan ke Christchurch...sepupu aku tu sorang doktor di Hospital Kuantan.. nak berjalan ke NZ sorang2.. haha..sungguh kecil dunia..

Plan kami untuk seminggu lebih ini adalah tour pulau selatan.. Plannya ada kat blog hubby.. Pagi tadi sempatla kami berjalan bandar Christchurch sewaktu nak gi rent kereta.. kami rent sebuah Toyota Previa yg sgt selesa utk perjalanan ini... Christchurch yg telah dilanda gempa bumi sebenarnya telah hilang serinya.. tapi masih lagi cantik.. waktu kami dtg salji telah mula cair tapi masih ada tinggalan ais di sana sini..

Anyway.. malas nak tulis pjg2.. haha.. dari Christchurch tadi kami bertolak ke Dunedin, Otago dalam pkl 2ptg dan sampai di Dunedin pukul 6.45mlm. Sepanjang perjalanan eryna sgt good girl.. Kami sewa car seat utk Eryna di Plunket, Christchurch dgn sewa NZD15 seminggu.. sgt murah kan! Kat Malaysia kalau ada cam ni kan bagus.. barulah org beramai2 akan mengamalkan penggunaan baby car seat dan baby pun akan biasa dgn penggunaan car seat ni. Alhamdulillah, Eryna mmg kami latih guna car seat.. jadi mmg tak jadi masalah utk letak dlm tu.. Mommy pun tak de la penat sgt.. Kat bawah ni Plunket tempat kami rent carseat eryna tu...


Anyway.. enjoy some earlier pictures yg diambil pg tadi.. Gambar bnyk belum dload dari kamera.. ini dari kamera iphone hubby je ni..






~mel
sempat cakap kat hubby tadi... since sampai christchurch langsung tak teringat pasal kerja..hihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan