Ahad, 31 Julai 2011

Milford Sound...

Semalam kami dari Dunedin ke Te Anau. Actually mula2 plan nak berhenti di Lumsden, tapi bila tgk hari masih ‘siang’ (kat sini skrg gekap dlm pkl 6).. kami teruskan perjalanan ke Te Anau. Dalam perjalanan ke Te Ana tu dah agak gelap.. kereta pun susah nak jumpa dalam perjalanan.. so agak cuak gak la.. coz tuan punya motel kat Dunedin tu nasihatkan we all supaya jgn ke Te Anau kalau dah gelap coz tak biasa jln. Anyway.. Alhamdulillah sampai di Te Anau dlm pkl 6.30.. tgk mana2 motel yg ada vacancy.. dapatla, harga pun berpatutan.. kat situ aku terus tanya mana boleh dpt tour ke Milford Sound. Aku dah bincang dgn hubby biarlah ke Milford Sound dgn tour supaya dpt menikmati keindahan alam tanpa perlu memandu. Receptionist motel terus book kan tour tersebut.. dan pick-up di depan motel pukul 8.45am tadi. Untuk tour ni adalah NZ$109 (dlm Rm270) utk dewasa dan NZ$50 (RM125) utk kanak2, which is quite berpatutan compare dgn harga yg kami dpt before this.

So pg2 tadi kami dah siap2 utk ke Milford Sound. Walaupun aku beberapa lama tinggal di NZ tp mmg aku tak pernah berkesempatan ke Milford Sound. So mmg aku tak sabar2 nak gi sana. Mula2 kami diambil dgn coach di depan hotel. Kami bernasib baik sebab jalan ke Milford Sound dibuka tadi.. Semalam pun buka pukul 10pg. Sepanjang jalan mmg sangat2 cantik… Memang tak terpejam mata melihat keindahan ciptaanNYA. Kebetulan di musim sejuk ni mmg salji turun 2 minggu lps, so mmg putih tu merata2.. dapat tgk tasik yg membeku, pokok berais.. dan macam2 lagi. Dlm perjalanan tu sempat aku cakap pada hubby…mujurlah tak drive sendiri sbb jalannya mmg sgt mencabar, licin dan kecil!! Itu belum lagi dgn terowong satu hala, kawasan ber ‘avalanche’ yg tidak dibenarkan berhenti, takut salji runtuh dah sebagainya. Rasa cam sangat menduga minda perjlnannya. Kami ada benti kat satu tempat namanya Mirror Lake di mana tasiknya ber’mirror’ dan sgt2 cantik. Berjalan kat tepi tasik tu sgt mengasyikkan walaupun rasa sejuk kebekuan.


Tapi mujurlah dlm perjalanan, eryna sangat baik. Tidur spjg jalan.. dari Te Anau ke Milford Sound. Sampai di Milford Sound kami naik cruise dalam tasik Milford Sound. Sangat cantik dan dgn air terjun cantik di sekeliling. Cruise tum mg best, lunch dlm cruise yg include dlm package tour. Lunch biasala, kami dah order vegetarian, makan dlm cruise.. pergh.. bak kata hubby cam cruise mewah jer. Kejab kami dok dlm kejab kami pergi keluar dek utk ambil gambar… siap kebasahan bila cruise mendekati satu air terjun… tapi best!! Cruise tu dalam 1.5 jam, then kami balik ke Milford Sound. Coach tunggu kami di sana dan bawa kami balik semula ke Te Anau. On the way tu berhenti di The Chasm, tempat air terjun/sungai yg sgt tinggi… Agak seram jugak… masuk ke dlm tu jalan kaki pergi balik dlm 15 minit.. apa2 pun eryna sgt seronok. Papa eryna lenguh mendukung…haha..

Sempat juga kami berhenti main2 snow di tgh2 kawasan yg ada avalanche… It was really an amazing experience. Kata tour guide kami.. kami amat bernasib baik dpt ke Milford Sound waktu winter coz selalunya bila jalan tutup mmg tak dapat ke sana.. kecuali naik helicopter laa… haha.. Naik coach pun semput nak bayar.. ini pulak nak naik heli .. :P


Anyway.. pagi2 esok kami nak ke Queenstown… malam ni kena bangun sahur.. esok puasa. Harap2 tiada masalah berpuasa sebab waktu subuh dalam 6.15pg, waktu maghrib dlm 5.30ptg… buka puasa awal.. :D


So.. dikesempatan ini.. kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.. Semoga Ramadhan kali ini kita semua diberkati hendaknya…


nak masuk terowong sehala.. sgt seram..

view dari atas cruise

pokok berais

@aliffzachary kesejukan
papa & yina..

Me & Yina atas (luar) cruise

Eryna tidur dlm bas

~mel @TE ANAU

p/s xleh upload gmbr bnyk2.. kredit internet tak mengizinkan.. hihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan