Dari siang tadi hatiku sarat dgn kerinduan.. sedang aku merayau2 dlm blog sendiri, aku terbaca posting2 sewaktu ibuku sakit.. sewaktu ibuku pergi.. sewaktu saat-saat aku merindui arwah.. Kdg2 kita ni sebagai manusia, kita selalu takes things for granted.. bila insan itu ada di depan kita, kita kurang beri perhatian.. bila dia dah takde.. barulah rindu itu dtg.. Itulah manusia..seorg manusia spt aku..
Sebagai anak.. kdg2 dlm kesibukan hampir terlupa mereka di sana.. Maafkan daku ayahbonda.. Kalian sentiasa dihatiku.. sgt dekat dihatiku..
~mel
Khamis, 29 Mac 2012
Secebis rindu..
Our Eryna
Rabu, 28 Mac 2012
Temujanji di GH
Anyway, skrg ni busy betul.. tak sempat nak update blog.. huhu...
~Mel
Khamis, 8 Mac 2012
Ahad, 4 Mac 2012
Eryna dah besar..
Post ni aku tulis atas flight dari Kuching ke Penang.. mmg boring betul bila travel sorang2 ni.. mujurlah 2 jam jer.. klu ke KK lagi lama.. huhu.. Anyway 2 hari 2 mlm aku di Kuching.. sbb dah beberapa kali dtg Kuching aku dah xbnykla nk shopping.. beli kek lapis pun sikit2 jer.. nk berjalan pun dah malas.. so tujuan ke Kuching just utk mengajar jer.. Dua minggu lg aku ke KK.. yg tu
just sehari semlm jer.. pergi pg sabtu balik ahad..
Spjg aku outstation biasa eryna tinggal dgn papanya je la.. Eryna pun skrg dah besar so xde la risau sgt nk tinggal.. hubby pun rasanya dah expert jaga Eryna.. for me Eryna xsusah sgt nk jaga.. dlm golongan baby yg ok la.. xdela nk meragam sgt dari kecik2 dulu.. Skrg ni lg senang sebab apa yg mommy & papa mkn, yg tula yina mkn. Aku ajar gak eryna mkn pedas2 sikit.. hihi.. maklumla selalu aku suap eryna sekali mknn dlm pinggan aku..
Tapi tu la kan.. makin besar Eryna makin aku miss time dia baby dulu.. hihi.. tp takkan nk suh eryna xbesar2.. :P
~mel
Layan Boring
Hihi.. layan boring sorang2 atas flight + memperabih bateri ipon la ni.. kali ni passenger sebelah pompuan jd agak selesa bila duduk di hujung belah tingkap.. kalau duduk sebelah lelaki mmg rasa sesak nafas duduk belah dalam ni.. tp sebenarnya prefer dok kat belah aisle.. senang nak ke toilet!!!
~mel
buat muka sepi :D
Jumaat, 2 Mac 2012
Pasangan Bahagia...
Dalam flight aku duduk tak jauh dari kak jah & pak khalid. Pak Khalid walaupun bukan bekas pensyarah di tempat aku tp dia mmg kenal aku. Pak Khalid ni seorang Profesor. Sebabnya aku pernah menumpangkan mereka utk balik ke KL dari Genting Highland time kami ada bengkel di sana beberapa tahun lepas. Kebetulan aku masa tu nk balik rumah kakak aku di Klang (masa tu arwah mak aku masih ada dan duduk di rumah kakak aku). So mmg suami isteri mmg familiar dgn aku. After keluar dari flight.. mereka jalan kat depan aku.. aku tengok.. ya allah..mesranya pasangan ni.. sambil bergurau2 jalan2.. sambil pegang2 tangan.. rasa sgt bahagia. Gambar kat bawah ni aku snap time aku jln kat blakang derang. Hihi.. nak amik gambar depan tak teramik la pulak..
Aku rasa sgt best bila tgk kak jah & pak khalid ni. Pak Khalid dulu2 pernah kena stroke jadi dia sbnrnya tak berapa kuat sgt. Biasanya kalau aku jumpa mereka di USM skrg ni yg memandu adalah Kak jah.. Pak Khalid dah tak mampu bawak kereta.. rasanya sebab kaki dia ada problem.. Bila dah smpi kat airport Kuching tu.. aku terus pergi tempat nak lepak sebab malas nak ke hotel dulu.. awal sgt kdg tak leh checkin. Sebenarnya hajat hati memula nak beli coffee ke apa2 minuman kat Old Town kat airport tu utk minum.. tp ingat nak dduduk dulu je la.. Tetiba pak khalid dtg duduk berhampiran dgn aku, kak jah ke toilet. So aku pun tanyala pak khalid.. kak jah mengajar PPG ke esok.. dan betullah tekaan aku. So aku pun briefing2 la sket kat pak khalid pasal PPG ni pasal aku dah 3 semester pengalaman ajar PPG.
Pak Khalid ckp derang dah lama tak dtg Sarawak.. paling last dlm tahun 1990an utk buat research.. dan semua ahli research tu skrg dah pencen belaka.. huhu.. dan research tu kak jah yg buat, dia pergi dulu2 pun ikut kak jah dan siap amik cuti seminggu utk teman kak jah ke Sarawak dulu2 tu.. So hari ni dia temankan kak jah jugakla.. Time tgh borak2 tu kak jah dtg.. kak Jah cakap kat aku.. dah lama dia & pak khalid tak travel jauh2 sama2.. this is like a long waited getaway for them..For me apa yg kak Jah cakap itu sgt2 sweet... Aku pun cakap.. kira honeymoon la nie ekk kak jah?? hehe.. Dia cakap lebih kurang cam tu la.. Anak derang 5 org.. 4 dah kawen dan yg bongsu single smbg study Master di UM. So tinggal berdua je..
Lepas borak2 tu aku dok layan sms dgn member aku pasal jadual PPG yg dok berubah.. Sambil2 tu aku curi2 dengar perbualan kak jah & pak khalid yg duduk belakang aku.. ya allah.. bestnya.. sgt3 mesra.. masih gelak2..gurau2.. aku rasa mcm cemburu pun ada.. sebab dalam usia emas mereka boleh sedemikian.. macam masih bercinta...huhu
Anyway.. I'm happy for them.. dan yelah dalam setiap perkahwinan kita inginkan kebahagiaan.. dan aku dapat rasanya mereka ni pasangan bahagia.. sgt2 bahagia.. saling melengkapi antara satu sama lain..
Bagi diri aku of course la kan.. aku berdoa semoga aku & hubby aku dan bahagia selama hayat kami masih ada.. harap2 tua2 nanti kami pun mcm tu.. Insyaallah.. Amin.
~mel