Rabu, 27 Ogos 2014
Sabtu, 23 Ogos 2014
Sad...
Hari semalam hingga ke hari ini saya rasa sedih.. semalam sy sedih kerana MH17.. Hari ini sy sedih kerana mcm2 perkara.. Sebenarnya dlm kesibukan sy sejak akhir2 ini sy kurang sempat berfikir tentang perkara2 yg merunsingkan hati.. Sy hidup mengikut apa yg perlu sy lakukan seharian.. hidup yg sgt sibuk, tiada masa utk diri sendiri.. kdg2 keletihan yg amat sgt..terkadang sy hanya mampu berserah oada Allah.. sbb kdg2 sy rasa bingung sendiri..
Ptg tadi sy terima panggilan Prof Fong, tentang pembahagian tugas mengajar semester depan.. semester depan saya akan mengajar dua kursus yg kedua2nya bermula 5 ptg hingga 10 mlm.. Saya sbnrnya bingung.. Saya perlu ambil eryna dari tadika pkl 5.30 dan perlu ambil aliff pkl 6.35ptg.. waktu tersebut nnt saya akan ada kelas.. Sy tsk tau apa nk buat.. nak minta org ambilkan aliff dan eryna.. siapa?? Kemudian mana harus sy letakkan mereka? makmal komputer saya?? Serius kedua2 mereka belum cukup utk tidak menganggu kelas.. dan sy rasa tidak profesional urk bawa mereka ke kelas..
Prof Fong meminta saya mengambil part 1 of the semester dan dia akan ambil part kedua.. biasanya dia part 1 dan saya part 2.. kali ni katanya dia perlu selesaikan beberapa perkara diawal semester.. Saya hampir menangis merayu padanya.. dgn suara bergetar sy mohon padanya agar berikan sy part 2 sebab part 2 dah cuti sekolah.. so sy hanya perlu tinggalkan aliff dan eryna di nursery, bayar OT smpi pkl 10 (which is tambah RM60 sehari) dan sy xperlu ganggu kelas utk ambil kedua mereka di sekolah.. Sy katakan kpd Prof Fong sy amat perlukan masa mngajar di part 2 supaya bila saya masuk mngajar nnt sy hnya perlu deal dgn sehari saja kursus lg satu utk ambil anak2 di sekolah.. Sy merayu pd Prof Fong supaya sy tiada dua hari yg merisaukan.. cuma satu hari.. tapi Prof Fong ckp dia mmg ada arrangement lain so dia perlu juga mengajar part 2 dan saya part 1.. bila dia ckp mcm tu.. saya putus harap.. sy ckp xpelah Prof.. saya terima saja.. nnt sy cuba cari jln menyelesaikan masalah sy.. sy sbnrnya sgt desperate.. sy mngalirkan airmata.. sy sebenarnya tak tahu nk buat apa..
Tiba2 setengah jam lepas tu Prof Fong call semula.. dia cakap dgn suara lembut.. Dr A.. i will give u part 2.. i'll try to change my schedule.. i know u r a mom and u desperately need my help.. Ya Allah syukur padaMu.. aku hnya perlu deal dgn satu lg kursus yg aku mngajar sorang2.. Walaupun aku still tak tahu nk buat mcm mana.. at least i got only one problem to deal with.. And unfortunately the sadness still tak hilang.. dan xtau mcm mana nk hilang..
Ya Allh.. Berikan aku ketabahan utk mengharungi dugaanMu.. I will resume work on 2 September.. not feeling ready at all..
~mel
hanyut...
Ahad, 17 Ogos 2014
Jauh...
This weekend aku & Eryna balik Gombak.. actually hari Jummat hubby ajak ke Instun ada jamuan raya bahagian dia & family dijemput. So pagi2 Jumaat aku & eryna gerak dr Penang ke Tg Malim. Setelah smpi terus ke pej. hubby makan2, bila dah kenyang terus balik kuarters hubby.. nak kata jauh sgt Penang-Tg Malim taklah.. dlm 3 jam drive, tp hari tu aku rasa penat sgt.. eryna pun penat jugak kot.. sbb bila hubby blk dia menjumpai kami berdua tidur bergelimpangan dua org.. Petang after hubby abis kerja kami blk gombak.. kereta comelku tinggal di Instun.
Tujuan hubby ajak blk gombak utk tolong dia kemas brg2 lama.. operasi utk buang.. actually klu ikutkan aku sbnrnya agak sibuk sbb mnggu dpn jadi urusetia seminar pembelajaran maya kebangsaan.. aku ada slot ceramah & aku belum sempat prepare.. Tapi dah hubby ajak balik kan.. aku ikut jer.. penat juga mengemas brg tu.. either aku xsihat atau kepenatan tp mmg badan rasa letih.. kejab2 ter zzzz...
Pagi tadi pkl 10 lebih kami gerak balik ke tg malim.. eryna mmg dah beberapa hari selsema, mkn ubat.. otw ke tg malim aku gtau kat hubby.. rasa ngantuk.. dia ckp tidurlah dulu.. sampai tg malim, lunch.. naik kuarters hubby, aku ckp aku perlu tidur.. ngantuk!! So aku sempat tidur seround kat kuarters hubby.. pkl 2.30 lebih barulah gerak ke penang.. masa buh minyak di behrang2020 aku siap beli bekalan utk xngantuk.. kopi, kacang dllg.. Eryna pula selsema xhenti.. sampai tgh jalan dia ckp.. lambatnya nak sampai.. yina penat.. Dlm hatiku berkata.. Ya Allah Yina mommy pun rasa xberapa nak larat tp terpaksa kuatkansemangat.. then aku suh yina tidur dulu..
Beginilah yina tidur sehingga sampai ke rumah.. sbnrnya dlm hati ini rasa sayu juga.. Sambil memandu sambil ku belai rambutnya.. hidungnya sarat dgn hingus.. sedih bila berjauhan begini.. masa bnyk habis diperjalanan dan ada kehilangan di situ.. papa kehilangan 5 hari seminggu masa utk bersama kami.. melihat yina membesar.. kami juga kehilangan papa 5 hari dlm seminggu..kdg2 tiada tempat nak bercerita.. tiada tempat nak bergembira..hidup pun rasa mcm lost jer.. hidup hanya sebab perlu meneruskan kehidupan.. Seriusly aku rasa stress sgt.. terutama aku dah nak masuk kerja semula 1/9 ni.. serius aku tak tau mcmmana nak cope..nanti aku ada kelas mlm.. aku bukan ada sedara mara kat sini.. arghhh.. stress yang amat sgt..
Papa cepatlah pindah ke sini semula.. kami tak mampu hidup berjauhan dgn papa...
~mel
Isnin, 4 Ogos 2014
Bawal...
Sudah beberapa tahun aku tak memakai tudung bawal... rasanya since 2009.. bila dah lama tak pakai memang malas nak pakai sebab terasa sukar untuk membentuk muncung bawal tersebut.. aku paling selesa pakai syria atau tudung instant tanpa awning... walaupun pakailah jugak tudung awning tapi kemalasan menjaga awning biasanya membataskan kemahuan aku membeli tudung awning..
Walaubagaimanapun semalam aku mendapat hadiah sehelai tudung bawal.. tak sangka dapat tudung tu dari dua org jejaka hansem yang tak pernah membeli tudung seumur hidup mereka.. terkejut dan terharu.. kebetulan sebelum hari raya hari tu, aku ada membeli sehelai jubah di Pasar Tani Gombak Setia berharga RM60 sewaktu menemani ibu mentuaku bershopping di situ... tengok2 padan pulak kaler tudung bawal & jubah tu.. Masa aku pergi pasar tani tu actually aku beli 2 helai baju ala2 jubah.. yg lagi satu rm20 just utk kegunaan pakai dalam rumah... sebabnya di musim perayaan la aku rasa tak cukup baju yg sesuai sebab aku perlu pakai sempurna sepanjang hari di rumah.. meaning aku perlu berbaju lengan panjang.. seluar/kain labuh... di rumah mentuaku dan di rumah adik aku.. Seboleh2nya aku cuba jaga aurat dengan abang/adik ipar aku.. dan bukan2 muhrim dalam keluarga.. Alhamdulillah masa di rumah adik aku kali ni, walaupun tidur diruang tamu tapi aku berjaga tidur dengan sopan.. haha.. pakai tudung.. alhamdulillah.. Allah bagi kesenangan utk melakukannya..Sebenarnya bila kita dah biasa melakukannya, bila kita nak melanggarnya akan ada perasaan tidak senang hati.. contoh.. dulu aku tak pakai stokin.. bila sekarang aku dah membiasakan diri pakai stokin, rasa bila keluar rumah tanpa stokin aku akan rasa bersalah.. rasa tak selesa... kdg2 walaupun pakai kasut full bertutup tp tak pakai stokin aku akan rasa macam2.. rasa berdosa.. takut mati tengah jalan... terserlah kaki aku tak berstokin... rasa takut kepadaNYA...
So kat bawah ni rupa aku hari ini.. bertudung bawal hijau dan berjubah hijau... dok ofis tunggu eryna balik sekolah... ok gak aku pakai bawal ni, cuma berbeza dgn waktu dulu2, sekarang aku akan pakai inner neck kat dalam bila pakai bawal.. sebabnya tudung bawal ni jarang.. kalau tak berinner.. memang saja nak tayang leher... free free jer nanti dapat dosa...
~mel
Mimpi...
Aku, Eryna & papa.. di sebuah rumah/tempat yg aku tak pasti di mana.. mcm sebuah rumah besar.. ada ramai org yg tinggal bermlm di situ.. kami di sebuah bilik.. bila hampir nk tidur seingat aku ada seseorg mengetuk bilik.. dtg mmberitahu ada something wrong.. mcm ada something yg menakutkan di situ.. cepat2 aku kunci pintu.. teringat mcm kami ada cuba buat sesuatu masa tu tp xtau buat apa.. then kami tidur.. kaedah tidur mcm biasa di rumah... hubby kt sebelah.. eryna yg lasak dimerata2 katil.. Sedang baru kami hendak tidur aku merasakan diriku dicekik dari atas dan di sebelah kiri.. ada dua lembaga yg mencekik.. aku xdpt bergerak.. xdpt berbuat apa2.. nafasku rasa sesak, tak boleh bernafad...tetiba aku tingat.. perlu baca Al-Fatihah.. aku baca sedaya mungkin.. tp spt tak mampu keluar dari mulut.. habis Al-Fatihah ku baca Ayat Kursi...Sedang baca ayat kursi terdengar suara hubby ku mengejutkan aku.... Mi.. Mi.. kenapa.. aku tersedar.. aku ketakutan.. Hubby tanya mimpi ke..Aku cepat2 merapatkan diri kpdnya.. badan rasa seram sejuk.. semuanya rasa sgt real.. sesak nafas dicekik tu rasa sgt menyeramkan.. dah lama xmengalaminya.. zaman dulu2 pernah mngalaminya di asrama waktu sekolah..
Spjg mlm tak boleh tidur.. nk mencapai telefon utk check waktu pun aku tak berani, hanya mampu merengkuk di tepi hubby dgn badan berpeluh2 dan seram sejuk.. hubby pun mcm xleh tido.. dia terus mngadap henfon.. xtaula pkl berapa dia tido semula..
Kami bgn semula bila jam berbunyi pkl 3.30 pagi.. hubby perlu blk ke Tg Malim.. arghhh.. dlm hati meronta2 mngharapkan dia jgn balik.. serius aku ketakutan.. perasaan bercampur baur. Sebelum mandi hubby bertanya.. mommy mimpi apa tadi?? Aku cerita sikit2 pdnya.. Aku tanya padanya, papa dgr mommy baca ayat apa.. Hubby ckp.. Al-Fatihah (tak berapa clear) dan kemudian Ayat Qursi.. Waktu aku baca kedua2 ayat tu aku sedang berperang.. dgn xboleh bernafas, aku rasa suaraku tak keluar.. puas aku cuba dan mencuba...
Waktu kami sahur sesama sebelum hubby berangkat pulang, hatiku kasih belum reda.. Dah dekat 3 thn kami tinggal di rumah ni.. that was the first timevaku alami pngalman ini.. kebetulan ketika hubby dgr aku baca surah2 tu, dia ckp dia dgr pintu diketuk bertalu2.. tp mungkin bkn pintu rumahku..
Berat hatiku bila hubby balik ke Tg Malim tadi.. siapa nk kejutkan aku klu jadi lagi.. takutnya aku.. serius aku takut.. nak nangis pun ada bila tgk hubby pergi tadi..
Dlm ketakutan aku ambil air sembahyang.. bertahajud seketika.. semoga beroleh pertolongan Allah dan diberi kecekalan dlm mengharungi kehidupan.. Amin..
~mel
masih seram..
Langgan:
Catatan (Atom)