Rabu, 7 November 2012

Maaflah...

 Aku baru terima email kat bawah ni.. dari seorang student aku di Sarawak. Tajuk email.. "Maaflah...". Perkara yang diutarakan kan kat bawah ni bagi aku perkara biasa berlaku di universiti atau di institusi pengajian di mana bila lecturer minta pelajar buat kerja berkumpulan... ada saja masalah yang berlaku terutama ahli kumpulan tak mahu berkerjasama. Aku pun pernah mengalaminya dulu.. Masa berlaku kat aku, aku abaikan aje ahli kumpulan yg nak jadi penumpang tu.. aku buat kerja sendiri.. siapkan sebaik mungkin..dan hantar. Dia dapat markah tinggi sama cam aku?? Ya.. of course, tapi aku halalkan je lah yer.. sebab yang penting aku dapat markah tinggi dan walaupun dia dapat markah tinggi.. dia mungkin xdapat ilmu yg aku dapat.. tapi tulah kan.. setiap org lain pendekatannya... mamat kat bawah ni ngadu kat aku... :P
 
"A'kum Dr. Apa yang hendak saya luahkan adalah sesuatu yang di luar kehendak saya. Setelah memikirkan kerjaya dan ketenangan jiwa saya maka terpaksa juga saya luahkan untuk perhatian, tindakan dan makluman dr. Saya adalah Pen. Kanan HEM di sekolah yang besar. Walaupun sibuk saya tetap mahu belajar, masalahj yang timbul telah membebankan otak saya untuk berfikir secara rasional.

Saya juga turut mewakili rakan kumpulan saya iaitu P...  ak. ... dan J... ak T...(nama dirahsiakan)  Kami bertiga telah menghantar Pwer Pnt Interaktif secara individu kerana sikap dua orang rakan kumpulan iaitu AR b. AP dan O...  b. N. (nama dirahsiakan) yang tidak pernah menepati janji sejak dari sem.1 lagi. Saya telah arahkan semua ahli supaya mengumpul pwr pt tersebut untuk di burn dlm satu cd. Tetapi kedua2 mereka belum menyiapkan lagi kerja mereka sehingga memaksa kami bertiga mnghantar secara individu pada perjumpaan ke3 lepas.

Projek video dan story board pula menghadapi masalah yg sama. Sya dgn rela telah membeli sebuah handycam semata2 utk memudahkan kerja kump.  AR bersetuju untuk edit dan upload video tersebut. Sehingga sekarang belum ada apa2 berita dpd beliau.

Apa yang merisaukan saya ialah kelewatan tersebut akan menjejaskan 'markah' kami akibat dpd sikap dua org ahli kump tersebut. Saya amat mementingkan masa, setiap saat amat berharga bagi saya.

Apa harus saya buat? Hanya luahan ini yang mampu saya lakukan... "
 
 
Anyway.. aku ada bagi solution kat mamat ni.. hopefully dia dapat melakukannya...
~mel

Selasa, 6 November 2012

Bukit Bendera..

Pada hari raya aidil adha kedua, kami telah berjanji dgn my PhD student yg telah jadi kawan my hubby utk bawa dia dan family ke Bukit Bendera. Isteri dia dtg dari Palestine selama sebulan lebih dan akan pulang ke sana awal Disember. Incik hubby berminat utk berkawan dgn student aku ni, Odah namanya sebab nak tau perkembangan Palestine.. Aku pun tak kisahlah sebab mmg agak kesian kat dia.. since wife dia dtg.. dia hnya bawak wife dia berjalan sama ada berjalan kaki atau naik bas.. dan wife dia pun jenis tak kisah.. So that's why kami bawak dia jalan2 Bukit Bendera... last aku gi Bukit Bendera banyak tahun dah.. time tu keretapi masih keretapi lama yg terhegeh2 tu... skrg keretapi dah laju... :D Anyway.. enjoy the photo je lah... malas nak taip banyak2.. hehe..
 
 Tunggu nak naik train... train dah maju.. tak terhegeh2 macam beberapa tahun lepas..  Beratur pjg utk beli tiket dan naik.. org msia bayar RM7 jer sorang & RM3 utk kanak2 4-12.. tapi utk foreigner kena cas RM30 sorang... gilooo!! huhu

 kat belakang tu mamat palestine tu... Odah nama dia..
 
 
 incik hubby dukung eryna sambil beratur... 

 Masih beratuq nak naik keretapi.. 

Dah sampai atas... ni landasan keretapi yg kami naik tu...

Berjalan di atas bukit bendera

 
 Aku dan Sama..cantik dia ni... tp takut nak bergambar tepi bukit tu..

Hubby dan Odah sahabat karib nya... huhu


 
 @aliffzachary dok meneropong... orang teropong ke atas.. dia teropong ke bawah!!


Eryna berinai macam pengantin... tantikkk!!

Yina & @aliffzachary

Orang tengok teropong, dia teropong orang pulak kat bawah!

papa dan yina dengan @burunghantu

Sempat solat asar di Masjid Bukit Bendera.. alangkah bahagianya dapat berjemaah di atas sana.. selepas solat asar (raya haji ke dua kan) takbir berkumandang... Ya Allah sayunya hati.. berada di atas masjid di puncak Pulau Pinang...

Panorama di ats bukit bendera

Walaupun tinggal di Pulau Pinang.. sekali sekala naik Bukit Bendera memang rasa sangat best.. rasa nak naik lagi. tapi lepas ni rasanya nak melawat pantai pula.. insyaallah kalau ada rezeki panjang umur kita ke Monkey Beach pula yer papa @fullfilth.

~mel

Pergi di Hari Lahir...

Malam tadi aku menerima panggilan telefon yang mengejutkan tentang kematian seorang yang amat aku kenali tanpa disangka2 akibat kemalangan jalanraya. Berita itu sungguh mengejutkan. Yang pergi adalah seorang bapa yg meninggalkan seorang isteri (surirumah) dan tiga anak lelaki. Ketika panggilan telefon itu aku terima, aku menyangkakan anak beliau (berumur dlm lingkungan 9 thn) yg meninggal dunia kerana anak tersebut mempunyai masalah kesihatan yg kritikal dan baru saja keluar dari ICU sebelum hari raya haji yang lalu.. Bila diberitahu ayahnya yg meninggal dunia.. aku terkedu seketika.. macam tak percaya.. Bila aku gtau hubby, dia pun sama2 terkejut yg amat... Kami decide nak pergi melawat pagi tadi sebab dah agak lewat mlm...

Sebelum tidur kami menonton The Walking Dead.. tapi hati tak berapa concentrate on watching.. Ada pulak scene dlm tu yg agak sedih, so melelehlah air mata aku.. pada firasat hati aku mungkin aku juga menangis kerana terkejut... Masa nak tidur.. memang rasa tak boleh tidur.. hati sgt sayu.. kejab2 ambil iphone utk atasi rasa sedih.. bila buka fb tengok di wall arwah.. ya allah.. dia pergi di Hari Lahir dia.. 5 Nov.. Yang paling sedih masih ada yg mengucapkan selamat hari lahir di wall fb dia walaupun telah ada yg mengumumkan pemergian dia.. Sadis sungguh.. org tu mungkin hanya tulis di wall nya tanpa melihat post org lain.. which is soo sad...

Malam tadi aku peluk en hubby kuat2.. aku sebenarnya rasa takut.. ya rasa takut.. ya allah.. kalau terjadi pada diriku macam tu.. macam mana aku nak survive.. Dalam hatiku berdoa.. Ya Allah, semoga perkara begitu tidak terjadi kepada insan2 yg aku sayang.. :'(

Awal pagi tadi kami ke Sg Limau Kulim utk menziarahi keluarga arwah. Rupa2nya arwah telah dikebumikan terus malam tadi pada pukul 1.30pg. Kemalangan berlaku dlm pukul 7 malam. Sangka kami sempatlah kiranya hubby ku solat jenazah... tapi kami hanya dapat ziarah keluarga saja. Isterinya, Kak Ja.. sekejab menangis, sekejab kulihat membacakan ayat2 suci utk suaminya dan menenangkan diri sendiri... Aku peluk kak ja dan dia menangis teresak2 dipangkuanku... sedih sgt.. tapi sempat kak ja ceritakan padaku.. katanya arwah suaminya menaiki motosikal utk pulang ke rumah.. di lorong motor hiway ada motor pamcit.. jadi arwah suami dia mengelak lalu terbabas dan ada motor di belakang juga terbabas (mungkin berlanggar sama2) dan kedua2 tercampak ke bawah hiway.. dan kedua2 meninggal di situ jua.. Arwah suaminya patah rahang muka dan tercucuk ke otak... Astarafirullahalazim...  Sempat kak ja beritahu aku... semalam hari jadi arwah suami dia.. Aku hanya mampu mengangguk sebab aku dah tau perkara itu dari fb...


Frankly speaking, sampai sekarang aku masih macam tak percaya... Keluarga ini banyak jasa pada diriku.. banyak membantu ketika aku struggle to survive sebuah kehidupan..Dan hari ini.. aku sedang memikirkan.. bagaimana pula Kak ja nak survive..Tapi bak kata hubby on the way pulang dari ziarah tadi.. jangan risau, rezeki itu datang dari Allah.. mungkin kita lihat suaminya sebagai provider.. tapi yg sebenarnya Allah itu Pemberi yg utama.. insyaallah.. they will survive..


Ini adalah Afiq Shamin... anak arwah yang bongsu.. Anak ini mempunyai kecacatan sejak lahir.. dan banyak usaha telah dilakukan untuk anak ini.. Beliau hanya mampu berjalan beberapa tahun lepas.. tapi sejak akhir2 ini sering keluar masuk ICU kerana masalah pernafasan dan kahak yg serius.. Kata Kak Ja.. lepas raya haji ni barulah Shamin agak ok dan arwah suaminya berasa agak lega dgn kesihatan anaknya... kalau tidak mungkin dia tidak boleh pergi dengan tenang...


Akhirkata.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Arwah...semoga tenang di sana.. Waktu dia telah sampai... entah bila waktu kita.. bekalan masih jauh dari mencukupi.. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami di dunia dan di akhirat... Hanya padaMU kami berserah... Amin Ya Rabbal Alamin....



~mel