Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 16 Januari 2010

Hidup baru..

Hidup baru..

Dah mencecah dua bulan aku hidup di satu kehidupan yg berlainan dari
sebelumnya.. Sebelum ini semua perkara bnyk yg aku lakukan sendiri..
Penang sememangnya satu tmpt yg amat asing bgku.. Aku tak punya ramai
kwn selain rakan2 sekerja.. Hidup aku sebelum ini hnya berkisar pd
diriku sendiri dan kerjayaku.. Teringat aku sewaktu hampir
menjelangnya hari itu.. Sedikit sebanyak terlintas dibenak fikiranku..
Perlukah aku lalui semua ini.. Hidup aku sudah hampir lengkap, aku ada
kerjaya yg ok.. Aku mampu utk hidup sendiri.. Aku mampu terbang bebas
semahunya.. Perlukah aku mengikat diriku dgn sebuah ikatan yg
mengikatku hingga akhir nanti?? Aku boleh melakukan apa saja
semahuku.. Perlukah aku melakukan semua ini??

Tapi walau mungkin aku bebas ketika itu.. Tapi ada satu kekosongan di
sudut kehidupanku.. Kekosongan yg tak mampu aku isi dengan segala
kebebasan yg ada di muka bumi ini.. Aku akur.. Hidupku tak sempurna
tanpa teman pengiring kehidupan.. Hidupku tidak sempurna tanpa tgnnya
mengenggam tanganku yg tergapai2 mencari kepastian.. Aku akur.. Aku
tak mampu hidup sendiri.. Ku terima hadirnya dalam hidupku dengan
lapang dada dan penuh syukur..

Teringatku pertama kali hari pertama kami kembali ke rumah kami..
Bersama2 kami menunaikan solat maghrib berjemaah bersama2.. Hampir
mengalir airmataku bila terdengar dia mengimamkan solat kami.. Ya
Allah.. Syukurnya aku.. Terasa lunak & merdu suaranya di telingaku..
Bacaannys bagiku amat sempurna.. Selesai solat ku cium tgnnya.. Sempat
dia bertanya.. Ok tak bacaan dan imamnya.. Dlm hatiku berkata..
Suamiku, aku hnya mampu bersyukur.. Inilah yg kucita2 kan selama ini...

Dua bulan ini menyaksikan aku dan dirinya bergelumang dgn kehidupan
baru.. Teringatku pada satu komen di facebook ku beberapa minggu
lalu.. Lebih kurang kata2 insan itu.. Alaa baru2 kawen mmg la.. Aku
hnya mampu tergelak.. Salah kata2nya itu.. Penyesuaian antara dua
insan itu bukan mudah.. Bukan kerana masih baru bermaksud semuanya
indah.. Terguris terluka itu juga dugaan di alam baru ini.. Malah
mungkin lebih hebat disaat menerima kekurangan dan mengenal diri
masing2 yg selama ini mungkin tak terduga..

Apa2 pun walau ini dunia baru.. Dunia ini adalah pilihan terbaik
buatku.. Itulah yg aku dambakan selama ini.. Dan insyaallah dialah yg
terbaik buatku..

Semoga Hidup kami dikurniakan mawaddah warahmah.. Keluarga yg bahagia
dan dirahmati Allah..


~mel

Sent from my iPhone

1 ulasan:

  1. "Inginkan mutiara selamilah lautan,
    Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,Inginkan kejayaan relailah pengorbanan, Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 kemanisan" ...

    BalasPadam