Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 3 Mac 2014

Batik Pants

Trend batik pants/ pelikat pants sgt menular sekarang ni... aku tengok ada yang buat tempahan sampai RM65 sehelai... pergh.. sgt mahal beb... Disebabkan trend2 tu aku pun terfikir nak buat sendiri memandangkan mmg aku ada banyak helai kain batik yg belum pakai/jahit.. So hari ni tadi aku pun mulalah menjahit batik pants aku sendiri.. hihi.. design pun design aku la kan.. design simple jer.. seperti di bawah yer... kain batik ni kakak aku bagi dia beli time dia gi sarawak entah bila ntah...

Aku saja wat design kembang gitu.. utk memaksimakan penggunaan kain... lagi satu sebenarnya kalau kita pakai kain batik ikat cara melayu dan pakai tshirt aku rasa agak seksi juga sebenarnya kecuali kita pakai tshirt labuh/muslimah.. sebabnya akan nmpk juga bentuk belakang kita.. so bila buat jadi batik pants yg sebegini akan lebih menjaga aurat kita terutamanya di dalam rumah yang ada bukan muhrim kita seperti abg ipar, adik ipar lelaki, biras dllg... Sesungguhnya nak menjaga aurat di luar sebenarnya lebih mudah dari menjaga aurat dalam rumah... Teringat last time aku balik Gombak.. selalunya aku berhati2 kalau keluar bilik aku akan capai tudung.. entah macam mana hari tu aku mcm set mind aku yg adik ipar aku dah kluar gi kerja sebab dah lewat pagi.. tetiba tgh dok makan dan aku tak bertudung, adik ipar aku muncul baru nak gi kerja... Ya Allah masa tu rasa berdosa yg amat.. terus aku lari ke atas cari tudung... lepas ni tak mo dah takes thing for granted... kluar bilik mesti tutup aurat.. 

Berbalik kepada bantik pants di atas.. aku rasa, insyaallah ianya lebih sempurna dari pakai kain batik ikat.. bila try2 tadi macam best so rasa nak buat lagi... dari terbiar kain batik tu tak pakai baik buat pelikat pants... boleh pakai dgn tshirt lengan panjang.. bentuk belakang pun tidak jelas kelihatan... 

Marilah kita sama2 cuba menutup aurat dgn sempurna.. walaupun dgn ipar duai kita.. mmg susah tp nak susah di dunia kah atau susah di akhirat... pilihan ditangan kita..  InsyaAllah...

~mel

1 ulasan: