Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 12 Mac 2014

Cermin mata..

Al kisah last week cemin mata tetiba buat hal..  tetiba bila nak dilipat ianya terkeluar... puas mintak hubby betulkan tapi kesimpulannya hubby cakap jgn lipat cermin mata tu.. ianya harus sentiasa 'kembang'.. Aiseh.. susahlah gitu kan.. Disebabkan aku yg memang xreti nak biarkan spek aku 'kembang'.. terlipatla jugak.. bila aku nak bukak.. tuppp!! terus patah seperti gambar di bawah... adesss... ok spek ni paling baru rasanya dlm 5 bulan kot usianya.. dan harganya sangat mengada2.. RM1100.. konon buat cermin jauh dekat sekali (aku rabun jauh).. senang nak makan xyah tanggal spek.. mmg sedaplah spek ni... alahai kan dah patah.. aku pun sgt tension.. dah ler McGyver aku xde bersama.. sadis betul... 

Disebabkan bila try spek lama cam tak sedap... aku pun berusahalah jadi MinahGyver... mengkaji dan menggigit.. cari plyer manik aku ntah kat mana incik suami letak hari tu... so gigi je la tempat bergantung... Akhirnya.. jeng jeng jeng.. berjaya digigit dan hasilnya telah bercantum semula dan boleh dilipat pulak tu. Ini bermaksud MinahGyver guna gigi lagi terra dan MatGyver guna plyer.



 Sekian.

~mel
Windduuu papa & yina...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan