Dua tiga minggu lepas, aku dapat panggilan telefon dari Pen. Pendaftar di Pusat Kecemerlangan Akademik (CDAE) USM. Beliau memberitahu bahawasanya nama aku telah dicalonkan oleh CDAE untuk menghadiri satu persidangan di Sydney, Australia pada 19/3 akan dtg. Aku sgt terkejut la... ehh.. first time aku dapat invitation sebegini. Selalunya kalau nak pi kena mohon bagai. So aku cakap okla.. org dah calon takkan nak tolak.. date tu mcm ok coz aku xde apa2.. walaupun tak minta kebenaran encik suami lagi tapi biasanya encik suami biasanya akan menyokong... which sgt benar bila aku gtau dia lepas tu dia terus jawab... "Best la.. "
Cuma ada satu masalah iaitu aku sedang bercuti sabatikal... ramai orang tak tau apa bendanya cuti sabatikal ni sebenarnya.. Cuti sabatikal diberikan kepada pensyarah2 universiti yang telah berkhidmat 5 tahun untuk menjalankan sama ada penyelidikan, nak menulis artikel atau nak buat apa2 lawatan ke projek ke.. suka hati la propose nak buat apa. Boleh buat di dalam negara atau di luar negara.. Yang bestnya cuti sabatikal ni.. ianya bergaji penuh dan dapat tambahan elaun sabatikal sebanyak RM900 sebulan. Biasanya semua org akan suka bila dpt cuti sabatikal sebab inilah masanya nak berehat sikit sebab tak perlu buat apa2 tugas hakiki.. mengajar pun xpayah.. meeting xperlu attend.. huhu.. heaven..
Ok berbalik kpd pencalonan tu.. disebabkan aku sedang cuti sabatikal, aku perlu dpt kelulusan rasmi dari TNC Akademik utk pergi.. maklumla nak suruh org sedang cuti pergi tugas rasmi.. aku mmg tak apply sabatikal di luar negara dan tak expect pun nak pi oversea during sabatikal ni.. ingat nak rehat2 kat rumah jer.. kemas rumah... menjahit.. huhu (lain pulak yg nak dibuat dr proposal asal). So bila dpt pencalonan mmg terkejut lah kan.. Nak dijadikan cerita TNC Akademik tak de masalah untuk benarkan aku pergi.. dan masa aku terjumpa dengan Pengarah CDAE time nak amik eryna (pejabat CDAE depan Hadhanah iaitu pusat penjagaan kanak2 usm), pengarah cdae tanya aku berkali2 nak pi ke idak.. aku cakap insyaallah Prof, sy pi. Actually aku sebenarnya sgt2 berbesar hati dengan pencalonan ni.. takkan aku xmo pi kan... Time aku begitau kat kawan2 pun masing2 terkejut.. haa... mcm mana boleh dicalonkan? kena present paper ke hape? bila aku ckp aku xperlu present apa2 lagilah org terkejut.. which is kejadian yg sgt sukar berlaku.. hehe..
So.. bila semua settle, jemputan rasmi dari CDAE pun dpt.. aku pun buatlah preparation.. Sabtu ni akan berlepas ke Sydney.. Disebabkan kejadian MH370 ada sedikit kegusaran dihati.. Tapi insyaallah.. harap2 tak de apa2lah kan.. kita tawakkal kepada Allah semata2.. Eryna awal2 minggu dah papanya bawak ke Gombak.. incik suami ada kursus di Bangi sampai Sabtu dan flight aku dari Penang petang Sabtu.. nak tak nak incik suami bawa eryna terus.. kalau tidak aku kena hantar minggu ni...
Apa2 pun aku sebenarnya teruja dan bangga dengan pencalonan ini.. semoga rezeki Allah ini akan berterusan..
Harap dapat live blogging dari Sydney nanti... Insyaallah..
~mel
all the best Dr. Azidah!
BalasPadamsemoga mendapat ilmu yg bermanfaat dan dpt dijadikan panduan uk generasi akan dtg..& lillahi taala.