Rabu, 9 September 2009

layan jiwang..

Sebenarnya dengar lagu ni baru-baru ni masa rancangan Aznil kat Astro.. err.. tak tau rancangan ape.. tapi bila dengar lagu tu terus rasa sayu.. rasa nak nangis.. tp masa tu tgh buka puasa.. so tahan -tahan supaya airmata tak tumpah ke nasi..

Tapi kan.. hati mmg sayu.. teringat arwah ayah.. teringat arwah mak.. Arwah ayah dah pergi lama dulu... arwah mak masih merah pusaranya.. arwah ayah tak banyak cakap.. lebih suka mendiamkan diri.. berbanding dgn arwah mak.. banyak cakap dan selalu komen apa2 yg dia tak suka. Arwah ayah cukup tegas.. kalau putih katanya.. putih lah.. tapi arwah ayah banyak bagi semangat pdku.. dan aku tahu dia amat bangga dengan kejayaanku walaupun dia tiada bersamaku utk meraikannya... Aku rindu arwah ayah dan arwah mak.. :(

Sebenarnya.. walau macammana pun ibubapa kita.. walau kita terasa banyaknya kekurangan ibubapa kita.. dan betapa sukarnya kita menerima teguran ibubapa kita.. betapa tak sukanya kita dengan pandangan ibu bapa kita.. kasih dan sayang kita kepada ibu bapa tak pernah luntur. Apa pun yang terjadi mereka tetap ibu bapa kita.. Jadi.. hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup.. kasihi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kita masih belum mampu berdikari.. Benar kata arwah mak.. seorg ibu boleh menjaga seramai mana anak2.. tetapi anak2 mungkin tak mampu untuk menjaga seorang ibu& ayah.. itulah pincangnya kita sebagai seorg anak..



Ayah & Ibu : Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


download lagu ni kat sini


~mel
terkenang waktu dulu2...

1 ulasan:

  1. ye lagu sudir yg tu memang mengguris hati...

    mesti sayu ja dengar..

    BalasPadam