Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 21 September 2009

Pusara di Pagi raya..


Bismillahirrahmanirahhim..
Rabbighfirli waliwalidayya warhamhumma kama rabbayaani shaghiraan..

Ya Allah ya tuhanku, Ampunkanlah dosa2ku, dosa ayah serta ibuku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil...

Hari Raya 2009 kami rayakan sebagai anak yatim piatu tanpa ibu dan ayah. Bukan senang utk menghadapi hakikat ini terutama bila kami tak punya tempat untuk dituju, tiada org tua untuk dijadikan panduan, semua perlu diuruskan sendiri.. dan hari raya itu sendiri menjadi suatu keraian yang hambat walau cuba dimeriahkan dgn berkumpulnya kami adik beradik semua.
Upacara pertama setelah solat aidilfitri dan upacara bermaafan adalah ke pusara ayah dan bonda. Beramai-ramai kami ke sana, tahlil dan doa dibacakan.. moga arwah bonda dan ayahanda tenang bersemadi di sana dikalangan hambaNYA yang beriman.

Beginilah kami di pusara ayahbonda di pagi hari raya..








Ya Allah.. rahmatilah dan lindungilah kedua ibu bapa kami..
Kurniakanlah sebaik-baik tempat buat mereka
di sisiMU.. yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Ampunilah segala dosa2 mereka..
Hanya padaMU kami berserah
Hanya padaMU kami memohon pertolongan..


~mel
rindu ayahbonda..

1 ulasan:

  1. daripada ALLah kita datang kepadaNYA jua kita kembali.

    Yakinla akan bersama di syurga yang kekal abadi nanti..

    ramai adik beradik dan anak2 sedara mel ye.. lepas ni tambah anak2 kau je la.. ameen..

    BalasPadam