Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011..

Second last day of 2011...uiks.. cepat betul masa berlalu.. sekejab jer dah abis setahun... Eryna pun dah besar.. dah cerdik.. dan dah banyak 'idea-idea' baru yg telah dipraktikkan.. hehe..

Azam tahun 2011?

Aku tak de berazam ape2 tahun 2011 ni.. just ada beberapa hajat yg ingin dilaksanakan.. alhamdulillah.. ada yg tercapai... Yang paling utama kami akhirnya berpindah ke rumah sendiri pada 26/12 yg lalu... Kami nak beli rumah ni since Eryna lahir pada pertengahan 2010.. lepas tu oleh sebab aku sakit.. hujung bulan 11 baru start mencari2 rumah... bila dah dapat rumah..lawyer kami menasihatkan sign SnP early 2011 sebab ada diskaun utk stamp duti.. kalau tak silap 50%.. so SnP kami bertarikh 3/1/2011... meaning that itulah permulaan ke arah kami start nak beli rumah.. After that jalannya tak lah mudah sgt.. apply loan kerajaan yg ambil masa 5-6 bulan utk settlekan.. bayar deposit rumah 10% which cost us RM27,500... akaun bank masing2 terus tinggal sipi2.. haha.. Rumah kami berharga RM275k.. rumah teres 2 tingkat yg kami beli atas org.. bukan perumahan baru la.. locationnya dekat dgn jambatan Pulau Pinang.. which is convenient utk berulang-alik ke USM... Bila rumah dah beli.. kami buat renovation dulu.. fikir2 nak settlekan renovation apa2 yg patut.. baru nak pindah.. So kami pun renovate rumah tu.. habis lebih kurang 40k lagi.. huhu... tak pela invest sikit.. Anyway.. dah beberapa hari kami mendiami rumah baru.. banyak lagi belum abis kemas.. perabut masih di kedai perabut.. maklumla time dok Saujana dulu semua guna perabut kerajaan.. :P

Azam lain xde kot.. hajat nak tukar kereta.. tangguh next year la.. coz nak fully siapkan rumah.. selesaikan apa2 yg belum selesai.. so.. xpela.. xlari kereta dikejar.. haha

Azam yg tak tercapai... adalah.. tp harap2 dapat aku teruskan secara slow2.. huhu..

2011.. tahun yg menyaksikan aku hidup dlm kesibukan.. jarang ada cuti time weekend.. bnyk aktiviti.. selalu tinggalkan family utk outstation..

2011.. juga tahun yg kami banyak pergi bercuti... ke Melbourne.. ke South Island, NZ... cuti2 Malaysia mmg banyak.. Sabah, Sarawak dan Semenanjung (Morib, Kedah, Penang, Perak... ish.. mana lagi.. mmg bnyak).. actually bila aku kena kerja di hotel mana2 mmg biasanya family bawak.. sambil2 tu bercutila jugak.. kalau tak bawak jawabnya mmg sukar ada time utk family... Percutian di Melbourne mmg sgt menarik.. walaupun sebenarnya pergi conference.. 90% of the trip kami berjalan.. haha... ke South Island NZ pun mmg best.. berjalan time musim sejuk.. really enchanting scenery yg kami lalui..

2011.. ada juga yg slack.. aku melibatkan diri dgn mlearning.. dalam research yg aku sgt minat.. aku banyak letakkan usaha dan tenaga aku dlm mlearning ni.. awal2 tahun hingga tengah tahun mmg rasa best.. tp org yg bertanggungjawab dlm mlearning ni langsung tak focus.. kejab nak wat tu kejab nak wat ni.. dan sampai akhir tahun ni dah nampak kegagalan.. research aku jer yg berjalan.. tp tanpa support aku tak leh buat apa2.. aku nak terus develop existing sistem pun xde financial contribution... otak 'boss' tak rasmi ni pun ala2 pelik juga.. sampai skrg kami rasa dia ni mental/psycho... huhu.. tapi tula.. aku sygkan research ini.. so skrg aku tgh cari idea nak teruskan.. please.. moga Allah memberikan kekuatan dan ilmu utk aku memantapkan segala2 yg sedang aku jalankan...insyaallah..

2011...dah nak berakhir.. kehidupan kami pun makin mantap.. ada banyak perkara yg tidak disangka2 berlaku.. dan sedikit sebanyak menyerlahkan apa2 yg berlaku sebelum ini yg sukar difahami oleh insan lain... alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg memberikan keberkatan kepada hidup kami...

menabung..
Eryna dah pandai menabung.. tiap pagi minta duit dari papa utk masuk dlm tabung Angry Bird dia...keh3...

2012.. Azam? Aku tak pernah berazam sebenarnya.. yg aku tahu cuma ingin berusaha menjadi yg lebih baik... menjadi yg terbaik utk insan2 yg tersyg.. menjadi isteri yg soleh.. menjadi ibu yg dapat menyempurnakan keluargaku... menjadi guru yg baik kepada pelajar2 ku.. menjadi seorang insan yg tetap fikiran dan keimanan... Alhamdulilah aku bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan pada kami... semoga tahun-tahun yg akan datang rezeki kami bertambah baik.. Insyaallah...

Apa2pun jutaan Terima Kasih buat suami tersayang kerana sentiasa bersama, menerima dan menyokong setiap apa yg dilakukan... walaupun kadang2 gaduh jugak... haha...


~mel


Rabu, 28 Disember 2011

My Rubine..


My Rubine.., originally uploaded by melati.a.

One of the major renovation kat rumah baru kami adalah di dapur.. as rumah ni kami beli dari org so mmg dah ada kitchen kabinet semua.. tp sbg manusia kan.. huhu.. rasa nk kitchen kabinet taste sendiri.. so kami tukar yg lama kpd design kontemporari.. actually dapur pun ada jugak tp dah lama.. so kami decide utk beli dapur baru..

Setelah merayau di pulau dan sekitar Perai, kami pun decide nak beli dapur 3 hood ni.. harganya RM1899 complete set.. agak berpatutan berbanding yg kami tgk sebelum tu.. huhu.. gulpp!! Aku baru dua kali masak guna dapur baru ni dan aku decide i like it sbb mudah dicuci dan warnanya yg gelap sama dgn warna tiles table top..

Anyway bersyukur dlm masa pembinaan/ renovation, Allah Murahkan rezeki.. so dptla memenuhi keperluan renovation ni.. Alhamdulillah...

~mel

#WordlessWednesday


#WordlessWednesday, originally uploaded by melati.a.

Selasa, 27 Disember 2011

#Lunch..


#Lunch.., originally uploaded by melati.a.

Nasi Kukus ayam berempah di Bayan Baru..

Ahad, 25 Disember 2011

Our Eryna..

Ni sebenarnya time ter stuck kat parking Jusco Bandar Perda.. Tujuan ke sana hnya utk lunch after beli perabot kat area BM. Sambil hubby dok pusing2 cari jalan keluar sebab kereta bnyk sgt.. aku test amik video guna my iphone. bila eryna tgk muka dia dlm iphone tu.. dia mcm biasa try buat muka macam2.. tp.. masa tu sebenarnya dia dah sgt ngantuk... huhu




So... tengah2 amik video ni dia tertido... zzzz.. hahaha.. :D


~mel
mcm2 gaya eryna skrg ni... :)

Front Face Camera..

Front face camera dlm iPhone 4s mmg menarik perhatian eryna. Mula2 aku tak tau.. tp bila dia tgk kat screen & dan nampak muka sendiri... macam2 mimik muka yg dibuatnya.. kelakar dibuatnya... hehe...











Tengoklah tu gaya eryna pagi tadi... :P

~mel

Good Morning..


Good Morning.., originally uploaded by melati.a.

Scene biasa di pagi minggu... Yina tido atas dada papa...

~mel
bestnya cuti2 ni..

Selasa, 20 Disember 2011

iPhone 4s..


iPhone 4s.., originally uploaded by melati.a.

Since hari khamis kami suami isteri mencari2 iPhone 4s utk kami ganti iPhone 3g kami. IPhone aku dh genap 3 tahun.. so it's time to upgrade.. Hari khamis pergi cari kat QBMall dah abis stock.. frust!! Then td kami gi kat Bkt Jambul.. ada 2 tapi warna hitam 16gig.. takmo la.. then kami ke Digi Centre di Suntec.. yg tinggal hanya 64gig.. dan ada warna putih.. huhu.. jadi suami isteri sambar je la walau hajat hati nak 32gig aje.. so.. gumbirala rasa hatiku walaupun poket dah rabak!! haha..

Dan kerana nk beli iPhone 4s punya pasal aku lambat masuk meeting setengah jam.. huhu..

~mel
first blogging using iPhone 4s :P

Isnin, 19 Disember 2011

Midin & Terubuk Masin


Midin & Terubuk Masin, originally uploaded by melati.a.

Aku baru jer smpi dari Kuching tghari tadi. Alhamdulillah perjlnan pulang agak smooth dan flight landed 10 minit awal. Kali ni pergi kuching bawak hubby.. bnyk juga shopping.. siap beli 2 bijik pasu sarawak yg besar yg di poslaju oleh student2 ku.. TQ cikgu anamila, cikgu nurhidayah & cikgu haslina coz bawa kami jln2.. semangat betul mereka.. hihi..

bnyk juga aku bwk kek lapis sarawak.. esok nk pos utk adik beradik pulak.. tak lupa beli terubuk masin.. dan studentku belikan sayur midin.. sampai2 rumah td terus masak.. mmg sedap sayur tuk!!

~mel
hari ni lunch special.. seperti tertera digambar.. sayur midin goreng belacan, terubuk masin goreng... huhu

Isnin, 12 Disember 2011

Family Day @ Morib

Family day @ Morib

Last weekend kami sekeluarga ber family day with all my siblings di Morib.. Walaupun hanya di Morib it was such a beautiful holiday.. All my siblings semuanya ada except for my eldest brother yg dah bertahun2 (actually i can say berpuluh tahun) tinggal di US. So total participants includes adults and children adalah 24 orang.. hehe.. meriah sungguh tau! Last time kami buat begini adalah tahun 2010.. masa tu Yina masih dlm perut.. kami bergathering di A Famosa Resort Melaka... time tu kami sewa satu banglo and tinggal beramai2.. kali ni kami sewa 5 bijik resort.. satu family satu resort dan sape2 yg xde family tumpang2 je la mana2 family yg berkenaan..

Biasanya bila kami wat family day ni bukannya hanya bercuti tapi adalah aktiviti2 kekeluargaan yg kami buat.. seperti main games.. kali ni main bola tampar, futsal, badminton dllg.. aktiviti air seperti main bola air.. tenggelam2kan org.. huhu.. semuanya sgt fun.. budak2 beremdam dlm air cukup2.. dan Impian Resort Morib tu pool dia sgt best.. so mmg puas berendam.. hubbyku yg demam pun belasah berendam juga..huhu..

Anyway.. this event akan kami teruskan insyaallah.. walaupun ayahbonda kami telah tiada.. kami ni anak yatim piatu.. so ini lah caranya utk kami bersama2 mengeratkan hubungan antara kami..dan yg penting ipar2 kami juga sporting.. itu paling penting.. sporting mesti ada.. kalau ipar duai tak sporting mmg takkan jadi dan susah nak adakan event yg cam ni.. sporting tu mmg penting.. dari awal.. dari pilih tarikh.. tempat dan sebagainya.. siap kami ada perlawanan antara adik beradik lawan dgn ipar duai lg.. haha..sgt best..Mlm last kami siap buat kuiz 'serasi bersama'.. huhu.. sgt kelakar, riuh rendah resort dibuatnya...:D

Lupa pulak.. biasanya kami akan kumpul duit tiap bulan utk event ni bg yg kurang berkemampuan utk byr sekali gus.. meaning kami dah plan awal2.. satu family bayar RM50 sebulan kpd my eldest sister.. dia jadi ceti.. cuma for me mmg jarang bayar bulan2.. bila join aku bayar terus sekali gus jer sbb malas nk bankin duit bulan2.. Utk kali ni aku bayar RM500 utk resort + dlm RM2-300adalah extra2 utk mkn2 dllg.. kami adalah dinner yg best pd mlm kedua yg dibiayai oleh... duit hasil kebun getah arwah ayah bonda!!

Anyway.. insyaallah.. panjang umur.. murah rezeki kita jumpa lagi tahun depan di Family Day yg tak taula bila lagi tu... huhu.. Apa yg penting... kerjasama!!


Family day @ Morib
Subhanallah....

Family day @ Morib
Yina and papa mengelamun tepi pantai sewaktu air pasang... mujur ada tebing batu tu..

Family day @ Morib
Yina disakat oleh maklang & makandak.. biasalah tak nak kat org..huhu

Aliff Zachary
Abg Aliff - mcm mana butang baju tu??

papan tanda morib
Signboard pantai morib.. just sebelah jer dgn resort kami duduk

Yina
Yina laikha yg sentiasa takutkan org...

Chica
Chica - masih pemalu mcm kecik2 dulu..

Mommy
Mommy beli kek Secret Receipe....yiehhaaa... sedap!!


~mel
penat cuci rumah... pagi ni lepak ofis sat.. huhu..
p/s sorry papa.. cilok gmbr2... :P

Isnin, 5 Disember 2011

cicak & lipas


cicak & lipas, originally uploaded by melati.a.

Cicak cuba memerangkap anak lipas. Apa yg dia tak tahu adalah anak lipas tersebut ada kat dlm kereta & beliau di luar kereta...

#pengajaran; rajin2la cuci kereta supaya xde lipas di mlm hari..

~mel

Ahad, 4 Disember 2011

Sepagi di Pasar Kota Kinabalu...

Hujung minggu ni aku mengajar di Kota Kinabalu. Dah beberapa kali aku dtg ke KK tapi biasanya berteman.. pernah bersama hubby dan juga kawan2 perempuan yg sama2 mengajar. Tapi kali ni aku sorang2 memandangkan lecturer lain semua lelaki... heeee.. takkan nak berjalan dgn derang... walaupun yg sorang tu bersama wife dia tapi aku malas la kacau kan.. So spjg 2 hari kat sini aku jejalan sorang2.. quite ok actually.. hihi.. puas aku merayau.. :P

Pagi ni sementara tunggu nak ke airport (flight pkl 1pm).. aku saja berjalan2 ke tepi laut sana.. tak jauh dari hotel. Di situlah ada pasar (lebih kurang pasar tani) yang unik sebab pasar tu buka 24 jam. Macam2 ada jual. Kalau pergi malam aku biasanya cari buah2an potong utk makan kat hotel. Mmg menyelerakan dan banyak sekali. Aku juga akan mencari air avocado.. huhu.. addicted pulak aku.. avocado tu di blend dgn susu cair & susu pekat bersama ais. Mcm aisblended gak la.. kira aisblended avocado la tu.. Anyway layan la gambar2 di bawah yg aku ambil di pasar tepi laut tu.. really interesting.


Kota Kinabalu
Buah-buahan/Sayur-sayuran.. aku siap beli cili api RM2 utk bawak balik Penang.. boleh?

Kota Kinabalu
Di pasar ikan masin... berjenis2 ada.. aku adalah bawak balik udang kering dan ikan bilis...

Kota Kinabalu
Sign-board Pasar Ikan Masin

Kota Kinabalu
Lagi ikan masin.. ada juga amplang, kuih cincin.. dllg..kuih tradisional


Kota Kinabalu
Haa.. yang ni rumpai2 laut serta isi macam kerang kot... tp besar...

Kota Kinabalu
Rumpai laut dalam pinggan tu hanya RM1 sepinggan..

Kota Kinabalu
Suasana di pasar...

Kota Kinabalu
Haaa... tu lah lautnya...

Kota Kinabalu
Buah-buahan.. ada RM5, RM10.. setumpuk!

Kota Kinabalu
Warisan Square...hotel yg aku duduk kat sini la.. hotel Imperial Boutec.. okla..murah..haha

Kota Kinabalu
Boleh singgah duduk dan minum air kepala fresh...

Kota Kinabalu
Ada juga jual cengkerang2.. siput2 dllg.. macam2 jenis..

Kota Kinabalu
View yg sangat unik...

Kota Kinabalu
Ikan kering timbang... err.. tapi tak sanggup nak beli daa... huhu

Anyway.. kejab lagi nak balik Penang dah.. tak sabar nak balik Penang... Winduuuuu... Dua minggu lagi nak ke Kuching... insyaallah bersama2 hubby & the geng... best..best..

~mel
Moga cepat sembuh Mr. Hubby yg kedemaman... :P

Jumaat, 2 Disember 2011

Yina bum Papa


Yina bum Papa, originally uploaded by melati.a.

Pagi2 yina manja2 dgn papa before pi nursery.. Mommy nak ke Kota Kinabalu pagi nie..

~mel

Jumaat, 25 November 2011

November & Disember 2011

Bulan November dah nak abis.. Disember dah nak muncul.. bila aku dok kira2 hari.. ehh...aku ni cam dah xde weekend yg boleh tido2 untuk tahun ni... huhu.. semua weekend aku penuh daa...

Weekend ni 25-27 November 2011 - aku kena berbengkel di Park Ave, Sg. Petani utk Semakan Kurikulum Pusat Pengajian aku... (kerja..kerja..kerja).. Mujurla Isnin cuti.. tp kalau Jumaat, Sabtu, Ahad berbengkel.. Isnin sure tak relaks sebab nak basuh kain, kemas rumah.. dllg..

Weekend 2-4 Disember 2011 - aku akan ke Kota Kinabalu utk kelas PPG.. wokeh.. ini mmg kerja la kan... Hari Sabtu 3 Dis tu mengajar selama 6 jam.. fuhh.. mmg mengah jugak dibuatnya...

Weekend 9-11 Disember 2011 - Family day utk keluarga aku di Port Dickson... time ni kira cuti utk kami adik beradik berkumpul.. rasanya dah lama dah kami tak bercuti bersama2.. last sekali time eryna masih dlm perut baru beberapa bulan je masa tu.. kami berkumpul di A Famosa time tu.. kali ni di Port Dickson.. sebenarnya msing2 nak buat family day jauh2 tp sebab kekangan masa..PD udahla.. mujur gak kat PD kalau tak jenuh aku nak cari time yg sesuai utk join... hubby lak dah abis cuti.. :P

Weekend 17-19 Disember - Nak ke Kuching.. aku ada kelas PPG lagi di Kuching.. this time aku tak pi sorang.. hubby & co akan ikut.. mmg dah plan trip ke Kuching kali ni nak bawak hubby coz nak jalan2 jugak. Last time aku pergi aku gi sorang jer dan pergi hari sabtu balik ahad... ngeee....

Weekend 24-26 Disember - Pindah ke rumah baru/ kemas rumah dllg... okeh.. aku tak tau cam ne nak kemas rumah & pindah dlm keadaan weekend aku yg sgt sibuk.. tp alhamdulillah mujurlah cuti aku mmg berlambak2.. so lepas family day aku amik cuti seminggu sampaila pergi Kuching.. time tu aku berhajat nak kemas barang2.. kalau ada masa aku hantar sket2 brg kecik2 ke rumah baru... tak jauh sgt tu..

28-30 Disember - aku akan ke India insyaallah, ada jemputan konference di sana & aku mewakili Pusat Pengajian utk bentang paper kat sana...

So... ada sape2 boleh challenge my tight schedule tak? haha...
 :P

Anyway.. ini semua rezeki aku.. sementara larat & sihat aku buat la..

~mel






Khamis, 24 November 2011

Pengalaman Naik Ambulan.. Nenoneno...

Alkisahnya smlm aku ke klinik utk checkups.. biasanya ke klinik 3 bulan sekali.. biasanya hubby hantar ke klinik tp oleh sebab semalam aku ada viva pagi dan petang, so aku cakap kat hubby lepas aku viva petang abis pukul 2.45 aku akan straight ke klinik.. dia tak yah hantar sebab aku takut lambat.. lagipun aku ada kelas pkl 5-7.. so masa ada in between viva and kelas utk ke klinik..

So, after viva student Master aku pun terus drive ke klinik. Sampai2 klinik alhamdulillah orang tak ramai.. so cepatla dpt jumpa doktor. Jumpa2 jer doktor bila dia check, something buat dia really concern.. and terus dia cakap.. u must go to hospital now! Aku pun terkejut gila laa... ehh.. aku cakap.. doc sy rasa ok jer ni.. dia tanya aku ada muntah ke..pening ke.. aku cakap i'm feeling really ok.. & aku drive sendiri ke klinik td.. Doc tu xmo dgr apa2.. suh misi masukkan air satu pint and suh aku call hubby. Aku pun call jer laa... aku cakap kat hubby suh sape2 hantar dia ke klinik sebab doc suh aku masuk wad!! Hubby pun segeralah gerak dr ofis dihantar oleh kawannya naik motor!

Masa pembantu perubatan tu dok amik darah aku + nak masukkan air, dia cakap kat aku.. kak.. akak rasa ok ke? Aku cakap aku rasa ok, xde apa2 rasa tak sihat.. then, dia cakap, akak gtaula doc tak nak pi hospital.. dia cakap dia rasa aku xde ape2 sbb b4 that aku amik darah secara random. Ada dua tiga org misi kat situ pun cakap, aku nmpk cam ok... Bila hubby smpi kitorg pun borak2 dgn jayanya sambil tunggu ambulance!! Yaa!! Doc tu arahkan aku dihantar dgn ambulan ke GH Penang!! Bila ambulan sampai aku cakap kat hubby, tak yahlah ikut.. aku naik ambulan sorang jer sbb aku tak rasa sakit apa2.. kalau ada apa2 aku call la dia.. tp kena tukar fon dgn hubby coz henfon aku bateri tinggal nyawa2 ayam!

So.. naikla aku ke dalam ambulan.. dak dlm ambulan tu suh baring.. yela kena baring pasal tgh dok masuk air kan. Bila enjin start... nenoneno.. waaa... aku dok dlm ambulan mcm org sakit kronik... merasala melambung2 + dengarlah drebar ambulan dok suh kereta.. sila ke kiri.. sila ke kanan.. smbil2 tu dak pembantu perubatan tu dok interview aku.. asyik2 soalan yg sama.. last2 dia tanya.. akak ada rasa loya ke.. pening ke.. aku cakap.. tadi tak de.. tp dah naik ambulan ni mmg jadi loya.. pening pasal melambung2!! Haha.. gelak budak tu dibuatnya.

 Sampai hospital terus kena masuk ke dalam Bilik Zon Kritikal... okeh.. dlm hati aku cakap.. ehh.. kritikal benor rupanya aku ni... bersusun ada 5 katil utk kecemasan. Aku disorong ditgh2 antara 2 org tua lelaki. Doc check itu ini, tnya itu ini.. then dia injek ubat.. aku yg segar bugar + kebetulan pakai sgt glamer pulak tu rasa out of place dlm ER tu.. haha.. dah ler tgk org dok kena xray, bernafas semacam dllg.. yg best nyer tgh2 intai org lain yg emergency tu..masuk pulak org tgh berdarah2 kat dagu.. huhu.. seremmmm!!

Bila doc check2 tgk xde apa2 sgt.. problemnya cuma aku tak cukup ubat aje coz doc klinik tu xbg aku cukup ubat.. so.. after 1/2 jam my blood pun kembali to normal.. doc hntr aku ke ER yg 'normal' (tak kritikal lah tu'.. Last2 doc dtg ckp..ok u boleh balik.. u xde apa2.. huhu...

So.. aku dgn bangganya call hubby suh amik aku.. tak sempat lagi dia nak balik umah.. ofis hour pun lom abis.. Tapi aku terpaksalah kansel kelas kol 5-7 tu.. huhu...

Anyway..  xpelaa... merasa aku naik ambulan... nenoneno lagik.. :D

~mel

Tak Puashati..


Tak Puashati.., originally uploaded by melati.a.

Muka tak puashati sbb kena duk dlm cot! Marah sbb mommy xbg keluar sbb Yina nakal sgt.. Mommy MC hari ni..

~mel

Isnin, 21 November 2011

Sunat baby perempuan..

Dah lama aku dok tanya sana sini pasal nak menyunatkan eryna.. since eryna baru2 lahir tapi tak tau nak sunatkan kat mana.. Puas cari tempat di Penang ni.. cari kat klinik-klinik kat sini tapi ada yang doktor lelaki dan bukan islam. Then ada my friend bagitau ada satu klinik ni kat area Sg Dua.. kami pi cari2 tak jumpa pulak. Ada juga fikir bila balik Gombak nak sunat.. tp bila balik Gombak ada macam2 hal.. mmg tak sempat la pulak..

Entah macam mana satu hari tu kami gi betulkan kereta di Sg dua.. ntah camne ternampak satu klinik ni... baru terfikir.. agaknya tulah klinik yg kawan aku cakap... aku pun terus gi ke sana dan tanya kat klinik tu.. receptionist tu ckp.. ada buat sunat utk baby perempuan... time aku tanya tu beberapa bulan lepas ya.. haha.. lepas tu dari sehari ke sehari nak pergi..tp macam2 hal. Dgn kesibukan aku yg kerja 24/7 ni mmg tak sempat langsung..  biasanya sabtu ada jer hal... ahad pulak klinik tutup.  Last2 aku ckp kat hubby xleh jadi ni.. kang silap2 tak sunatla eryna sampai ke besar... huhu.. So kebetulan hari ni aku kelas petang pkl 5.. so aku cakap hubby hari ni kena pergi jugak..

Bukan apa.. kami risau sebenarnya, kang lepas sunat, meragam ke eryna ni.. so, hari ni tak hantar eryna ke nursery.. nnt kang pukul 4 lebih nak gi kelas tukar la shift dgn hubbyku.. Kami tak tau sebenarnya apa jadi time sunat anak perempuan ni.. pagi2 td singgah ofis ada student tu cakap mengerikan time sunat baby perempuan ni.. kalau bidan yg buat dia letak buah pinang dan ambil sedikit isi... dia pernah tengok.. errrr... so time nak pergi tu aku gabra gak la.. takut gak kot2 eryna tak selesa ke.. meragam ke..

Bila sampai klinik, ckp kat doc nak sunat eryna.. terus masuk dlm bilik.. baring kan eryna (kebetulan klinik xde org).. tgk doc tu relaks jer.. so aku jadi agak relaks gak... doc tu ambik sebatanag jarum & ubat sapu... tup tup... siap dlm masa 2-3 saat.. eryna pun tak nangis.. lepas tu terus relaks.. laa.. xde horror langsung.. keh3.. lepas tu dari klinik kami siap gi Pusat Islam USM, gi Switch QBMall dgn si eryna yg happy xyah gi nursery...

Kat klinik tu siap aku minta ubat selesa dan ubat kulit eryna yg kering.. dah prepare nak bayar sbb biasanya gi klinik panel usm free jer.. tetiba doc tu tnya staff usm ke.. aku ckp iya.. tp klinik tu bukan klinik panel aku.. dia cakap  xpe..nnt dia check, kalau staff xyah bayar juga.. ehh.. aku baru tau.. so last2 xyah bayar ubat eryna... just bayar utk sunat eryna sebanyak RM25 sahaja... hehe..

Anyway.. alhamdulillah.. settle dah perkara yg menghantui fikiran aku sejak beberapa lama... So, kesimpulannya sunat baby perempuan ni tak dela complicated sgt.. huhu



~mel


Ahad, 20 November 2011

Maghrib


Maghrib, originally uploaded by melati.a.

Yina sedang solat maghrib.. Semoga menjadi anak yg solehah.. Amin..

~mel

#ShoppingSunday


#ShoppingSunday, originally uploaded by melati.a.

Yina bershopping groceries di Tesco..