Ahad, 5 Oktober 2008

Di pusara ayahanda..

Sayu hatiku sewaktu menjejakkan kaki di tanah perkuburan itu. Tanah perkuburan yang agak kecil di sebuah kampung yg agak terpencil. Disitulah tempatnya bersemadinya arwah ayahku yang disayangi. Sudah sekian lama aku tidak menziarahi perkuburan itu.. sudah terlalu lama. Dihari kedua hari raya aku dan adik beradikku yg lain tiba di tanah perkuburan itu lebih kurang jam 4ptg. Ibu ku jua ada bersama. Terus terang ibuku seperti tidak berminat untuk ke sana tp setelah kami mendesak akhirnya ibuku mengikut sahaja.

Hmm.. sampai dikubur suasana agak hening. Kami adik beradik mencabut2 rumput di keliling pusara.. dan akhirnya abg iparku meminta my brother utk membaca doa utk arwah. Kebetulan pusara ibu saudara ku iaitu kakak kepada arwah ayah berada di sebelah, jadi dptlah doa dibaca utk kedua mereka sekali gus. Bila bacaan fatihah dimulakan iikuti dgn surah an nas dllg... airmata ku mula menitis. Apa yg mula2 ku fikirkan adalah bertuah sungguh ayahku.. kerana dibacakan doa oleh anak lelaki sendiri.. dgn bacaan yang cukup syarat tajwid dllg.. ya.. bacaannya mmg sempurna.. sesungguhnya sayu hatiku di samping bersyukur.. arwah ayah ada anak yang sedemikian.. moga sejuk rohnya di sana.. untungnya isteri kepada seorang suami yang mampu menjadi imam ketika sembahyang dengan sempurna... mampu membacakan doa utk ahli keluarga... mampu membaca surah yassin dgn lancar dan sempurna... untungnyaa.. tp aku bersyukur sekurang2nya ahli keluarga ku sedemikian...

Dalam mendengar bacaan doa utk arwah ayah.. aku makin lama makin sedih.. kulihat kakakku juga teresak2.. tak dapat nak aku tahan airmataku.. kami rindukan arwah ayah..

Tapi lain pula dgn ibuku.. yang menjadikan aku amat sayu.. sedang doa dibacakan.. ibu ku mundar mandir.. ke sini sana.. sambil berkata-kata sendirian.. lenguh kaki.. nak cari tempat yg selesa.. dllg. Sedangkan kami rasa amat selesa dgn sekadar mencangkung di tepi pusara ayah. malah tidak terasa lenguh sekalipun walaupun panjang doanya. Sebaik sahaja doa selesai.. sesaat demikian ibu terus berkata "jom!". Kami adik beradik saling berpandangan.. airmata pun masih menitis... ibu..ibu.. kenapa jadi begini...

Walaupun ibu banyak menyalahkan ayah dlm banyak hal.. tp arwah ayah adalah ayah kami.. dan dia telah pergi... sedih kami bila ini terjadi..

Menziarahi pusara arwah ayah benar-benar menimbulkan rasa sayu dan rindu padanya... Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.. AMIN...

mel~~
rindu...

2 ulasan: