Isnin, 13 Julai 2009

kau pergi jua..

*monolog*- maafkan ibu.. maafkan ibu... redhakan ibu pergi...

~ibu.. tiada apa yg harus kau pohon maaf dari kami.. seharusnya kami yg memohon maaf kepadamu.. disaat2 akhir hidupmu banyak permintaanmu yg tak mampu kami tunaikan..:'(


Hari ini hari ke 5 mak pergi.. aku masih di Klang yang mungkin kini akan menjadi 'kampung' tetapku.. dulu aku pulang ke sini kerana mak ada di sini.. skrg.. aku ada di sini kerana di sinilah akan menjadi tempat aku & adik beradikku berkumpul.. Seharusnya aku pulang ke Penang pagi ni, tapi aku rasa amat berat sekali utk bergerak.. pagi2 airmataku berlinang lagi..masih sukar berhenti walau ku pujuk-pujuk hatiku yg lara ini..

Mak.. tak sangka sungguh mak pergi seawal ini.. rasa xsempat utk mencurahkan baktiku pada mak.. teringat kali terakhir berjumpa mak.. dua hari sebelum mak pergi.. saat itu paling mengusik jiwaku.. waktu aku ingin pulang.. kucium tangan dan pipinya.. tangan mak menarik2 tanganku.. seperti tidak membenarkan aku pergi.. lantas kakakku berkata.. "mak tak bagi balik tu.." Aku dengan spontan menjawab.. "org terpaksa balik dulu mak.. esok kerja.. insyaallah hujung minggu ni org balik yer..". Namun tak kusangka.. mak tak benarkan aku balik kerana mak akan pergi selama2nya.. terkilan sungguh aku.. hingga kini terbayang2 akan kali terakhir bersua..setiap kali teringat setiap kali itulah airmataku berlinang..

Ya Allah. sukarnya aku menghadapi saat2 ini.. Kehilangan seorang ibu tidak sama dengan kehilangan yang lain-lain.. Hilangnya ibu tiada gantinya.. tiada gantinya..


Mak..
Kami rindukan mak..
Bila mak pergi..
Seluruh hidup kami juga pergi..
Luruh segala gembira
Punah segala suka
Yang tinggal hanya segunung duka

Mak..
Kami masih perlukan mak..
Bila mak pergi..
Seluruh hidup kami sunyi..
Siang kami tiada seri
Malam kami jadi sepi..
Yang tinggal hanya mimpi..
Mengharap mak akan kembali..
Walau kami tahu..
Mak sudah jauh di sana..
Tenang dan abadi..

Mak..
Diri ini menangis lagi..
Mak..
Kami rindu mak..
Kami rindu mak...
Kami sayang mak..
Pedih sungguh menerima pemergian mak..

Mak telah tidur utk selama-lamanya..
Tidurlah mak dengan tenang..
Tidurlah mak dengan aman..
Doa dari anak2mu ini
Moga mak sentiasa di dalam lindungan Illahi..
Ya Allah..
Rahmatilah ibunda kami..
Tempatkan mak di tempat paling atas..
dikalangan hambaMU yg beriman..

mak... kami sayang mak... kami rindu mak..




~mel
*monolog di atas diucapkan oleh makcik pengurus jenazah sewaktu menguruskan jenazah arwah mak.. sepertinya dia berkata2 bg pihak mak(sambil menangis), dan menyampaikanya suara hati mak kepada anak2 mak..*

Mak pergi tanggal 9 Julai 2009 bersamaan dengan 16 Rejab 1430 H.. perjalanan hari itu boleh dilihat di sini.. thanks faizal atas entri tersebut.. Aku masih lagi belum dapat menerima hakikat ini.. semangatku pergi bersama2nya...

7 ulasan:

  1. alfatihah

    tabahkan hati Mel. redhakan mak awak pegi. time sedih tu sedekah lah al fatihah walau di mana jua awak berada.

    kuatkan hati ye..

    BalasPadam
  2. salam ziarah.. banyakkanlah bersabar ye kak mel.. ada hikmah disebalik setiap kejadian, semua yg berlaku telah ditentukan oleh Allah SWT sebagai ujian bg hamba2Nya..

    BalasPadam
  3. Tabahkan hati, walau sudah jauh dari sisi namun rohnya tetap menanti-nanti pembelaan dari anak2 soleh..berdoalah bersungguh2 kerana itu sje yang termampu, bersabarlah dik.

    BalasPadam
  4. semoga rohnya dicucuri rahmat. jangan berhenti dari berdoa. sabar.

    BalasPadam
  5. sangat menarik, terima kasih

    BalasPadam